Friday, August 20, 2010

10 Ramadhan






Assalamualaikum w.b.t & Salam Perjuangan

Alhamdulilah... Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih diberi kesempatan untuk merasai kenikmatan dan keistimewaan didunia ini. Seharusnya juga kita meningkatkan keimanan & ketaqwaan kita terutamanya di bulan Ramadhan dengan memperbanyakan amalan soleh dan meninggalkan segala bentuk kemungkaran & kemaksiatan. Mudah-mudahan apabila kita keluar dari bulan tarbiah ini, Allah s.w.t mengampunkan dosa kita dan memperolehi rahmat Allah.s.w.t, Insya Allah.

Hari ini kita sudah memasuki hari ke 10 berpuasa, sedar tidak sedar masa berlalu bergitu pantas meninggalkan kita semua. Sedikit kita alpa banyak yang kita akan rugi terutamanya berkaitan dengan masa. Sebab itu ada orang mengatakan "Masa itu Emas". Ini menunjukan masa itu merupakan barang atau perkara yang amat bernilai yang tidak sepatutnya kita sia-siakan kerana masa akan terus meninggalkan kita tanpa kita boleh berpatah balik kebelakang. Segala kesilapan yang lalu sudah tidah boleh untuk kita ubah kerana masa tidak boleh diundur kebelakang untuk kita baiki kesilapan kita.Kerana itu la masa amat berharga untuk kita gunakan sebaiknya agar kita memperolehi manfaat bagi setiap detik yang berlalu.

Dipanjatkan juga rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana pada pagi tadi telah di adakan satu majlis ilmu di pejabat aku. Majlis di mulai dengan bacaan Yasin dan selepas itu ceramah Ramadhan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Anuar Bin Ali yang merupakan Ahli Majlis NGO Islam Sabah. Al-Fadhil Ustaz menceritakan bertapa pentingnya kita mengambil perluang dibulan Ramadhan ini untuk kita memohon keampunan kepada Allah s.w.t kerana berdasarkan satu Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Diawal Ramadhan merupakan rahmat, pertengahanya pengampunan dan dihujungnya perlepasan dari seksaan api neraka".

Al-Fadhil ustaz juga memperingatkan agar kita memperbanyakan amalan soleh di bulan Ramadhan ini seperti membaca al-quran, bersedekah, bangun di tengah malam, beriktiqaf di masjid, mendengar majlis ilmu dan memperbanyakan berdoa kepada Allah s.w.t. Selain daripada itu, puasa bukan la hanya menahan diri dari lapar & dahaga sahaja tetapi kita hendaklah menjaga pancaindera kita keseluruhanya agar sama-sama berpuasa.

Bergitula sedikit pengisian ceramah pada pagi tadi. Insya Allah jumaat minggu depan ada satu lagi majlis ilmu. Mudah-mudahan dipermudahkan olehNya dalam meniti jalan dakwah ini....

So cukup setakat ini, kita berjumpa lagi....

Thursday, August 19, 2010

Program Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perjuangan

Alhamdulilah.... Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekian alam. Setinggi kesyukuran dirafakan kerana masih disambung talian nyawa untuk hari ini. Dipanjatkan juga setinggi kesyukuran kerana masih diberi kesihatan dalam menempuh bulan Ramadhan ini. Sedar tak sedar hari ini kita sudah masuk ke hari yang ke 9 berpuasa. Bagaimana Puasa kita 8 hari yang lalu...???? adakah puasa kita pada hari semalam lebih baik dari puasa kita pada hari sebelumnya??? adakah puasa kita hari ini lebih baik dari puasa kita hari semalam??? Atau entah kemana puasa kita... kadang2 meningkat dan kadang2 menurun dan terus menjunam kebawah dan akhir sekali kemana Ramadhan kita tahun ini??? Adakah tahun ini lebih baik atau lebih teruk dari tahun lepas??? Tepuk dada tanyalah iman kita... kemana Ramadhan kita...???

Masjid dan surau sudah mula nampak kesurutan jemaahnya. Kalau mula2 Ramadhan dahulu jemaahnya melimpah hingga ke luar masjid atau surau tapi bila hampir memasuki fasa ke dua Ramadhan ini telah kelihatan ruang2 kosong di dalam masjid dan surau.Mungkin pada awal2 Ramadhan dahulu tidak ada aktivi malam yang mahu dilakukan tetapi sekarang sudah banyak pasar2 raya mula menawarkan promosi jualan2 murah yang menyebabkan aktiviti malam mula menggamit kerancakan. Itu la realiti kehidupan masyarakat moden sekarang apabila kita semakin jauh dan semakin jauh dengan agama. Kita terus hanyut dengan gelombang nafsu yang tidak dapat dibendung dan dikawal. Kita akan dibawa untuk terus hanyut dan hanyut hingga ke hujung Ramadhan. Bila kita sudah sedar, Ramadhan telah meninggalkan kita.Mungkin kah ada kesempatan lagi untuk kita bertemu Ramadhan akan datang...

Bergitu banyak program yang boleh diisi sepanjang bulan Ramadhan ini, cuma sama ada kita mahu ataupun tidak mahu sahaja. Alhamdulilah... di pejabat aku boleh di katakan ada juga la pengisian sepanjang bulan Ramadhan ini. Di antaranya Tadarus Al-Quran, Majlis ilmu dan Majlis berbuka puasa keluarga Jabatan aku. Tadarus Al-Quran di adakan pada setiap hari isnin hingga khamis pada waktu rehat. Adalah 4-5 orang join. Program ini bermula pada tahun lepas lagi tapi tahun ini cam tak ramai yang join jika di bandingkan dengan tahun lepas sebab ramai yang join tahun lepas sudah bertukar ke negeri lain jadi tahun tinggal lah beberapa kerat je yang nak join program tadarus ini.

Program majlis ilmu pula di adakan pada setiap pagi Jumaat dengan dimulai Bacaan Yasin kemudian seorang penceramah akan dijemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan Ramadhan. Alhamdulilah minggu lepas Ustaz Zulfikar dari TLDM, sepanggar telah sudi menerima jemputan untuk menyampaikan sedikit tazkirah di pejabat. Insya Allah pada minggu ini pula Ustaz Mohd Anuar telah bersetuju untuk mengisi slot majlis ilmu di Jabatan aku. Manakala program berbuka puasa keluarga pejabat aku akan di adakan pada sabtu minggu depan (28/08/2010). Semalam baru abis metting. tengah pening ni nak urus, lagipun ni kali pertama penganjuran so takde pengalaman lagi dan harap2 program berbuka puasa ni berjalan dengan lanjar tanpa gangguan.

Aaku rase itu saja la dahulu ok... Jumpa Lagi

Friday, August 13, 2010

Di Awal Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perjuangan

Alhamdulilah setinggi syukur dipanjatkan kepada Ilahi kerana masih diberi talian nyawa untuk berada di dalam bulan Ramadhan ini. Hari ini sudah masuk ke Ramadhan yang ke tiga dan masih berada di dalam 10 Ramadhan pertama. Diawal Ramadhan ini Masjid2 dan surau masih dipenuhi dengan jemaah untuk bertarawih dan ditempat aku tinggal, masjid penuh dengan jemaah sampai ke jalan raya.Alhamdulilah masjid penuh, surau pun penuh tapi ini berlaku diawal Ramadhan sahaja, semakin hampir Ramadhan sampai kepenghujung semakin lengang masjid dan surau di bandar2 dan tidak ketinggalan di Kampong2.Apatah lagi kalau bukan dibulan Ramadhan, masjid dan surau kosong tidak diberpenghuni.

Ramadhan merupakan bulan ibadah bahkan bulan berpesta ibadah. Allah melipat gandakan ganjaran setiap amalan ibadah yang kita lakukan sehinggakan ada hadis mengatakan walau kita tidur sekali pun dibulan Ramadhan kita akan mendapat pahala. Bergitu besar rahmat Allah kepada kita dibulan Ramadhan ini. Setakat hari ini aku solat terawih dirumah je sebab surau kat kawasan peruman aku penuh sampai ke jalan raya tapi kalau bukan bulan Ramadhan ada lah dalam 2-3 shaf jemaah solat fardu.

Tahun ni aku berazam nak katam Al-Quran tapi tak tahu la berjaya atau pun tidak hihihi harap2 aku diberi kekuatan untuk mencapai misi tersebut Insya Allah. Semalam kali pertama g Bazir Ramadhan di Indah permai, tak tahu nak beli ape. Pengunjung boleh tahan la ramainya tapi masih ada ruang untuk berjalan.Banyak juge la makanan yang menyelerakan tapi tak boleh lawan bazir Ramadhan di semenanjung lagi besar dan makananya lagi hebat. Jadi semalam aku beli cendoi ngan murtabak je untuk berbuka, pastu aku singgah di kedai makan Sri Keningau beli rendang daging (tapau). Aku cadang nak masak nasi di rumah dan makan ngan rendang daging yang aku beli tadi.

Malam ni niat nak solat terawih di masjid tapi tengok dulu camne dah 2 malam aku solat terawih kat rumah (malam pertama aku tak sempat nak terawih sebab baru sampai dari semenanjung-letih sangat). yang penting dah pasang niat nak bertarawih di masjid. tahun ni kali kedua aku berpuasa di Sabah bersedirian. Tahun lepas bini aku disemenanjung sebab masa tu bini aku tengah sarat mengandung so aku antar die balik semenanjung sampai die bersalin. Tahun ini pulak aku antar juga bini aku balik kuantan sebab die nak sangat balik kuantan dan berpuasa di kuantan so terpaksa la aku berpuasa bersendirian di Sabah ni hihihi tapi tak pe la senang sikit nak gerak ke hulu ke hilir hihihihi

Erm... aku rase cukupla setakat ini dahulu so nanti jumpa lagi....

Thursday, August 12, 2010

Puasa mengajar menahan nafsu, bukan melepaskan nafsu

Antara tujuan penting daripada puasa ialah untuk mendidik nafsu (shahwat) dan membentuknya agar ia dapat dikawal dan diuruskan kerana menuruti semua kehendak nafsu akan membawa padah yang buruk. Kalau diikutkan nafsu, buat apa masuk kerja seawal lapan pagi kerana lebih baik tidur, buat apa sibuk kerja kerana lebih baik sembang di kantin, buat apa nak pakai tudung kerana panas dan merimaskan, buat apa kahwin kerana lebih baik berzina, buat apa pergi surau kerana lebih baik tengok tv, buat apa dengar kuliah maghrib lebih baik santai di rumah. Manusia sentiasa mengimpikan masa santai , harta yang bertimbun, rumah yang hebat, kereta yang mewah, isteri yang cantik dan mengancam. Nafsu sentiasa memikirkan keinginannya dan dirinya sendiri lantaran nafsu itu sentiasa muda dan tidak pernah tua walau pun orang sudah tua.

Namun, nafsu itu juga penting kerana langsung tidak mempunyai nafsu juga membawa padah kepada manusia kerana keinginan itu membolehkan manusia terus hidup di atas muka bumi ini dengan sempurna. Tanpa nafsu, manusia tidak kisah tentang makanannya, untuk membina rumah yang cantik, untuk memikirkan kerjayanya, malah mungkin tidak berkahwin kerana tidak mempunyai perasaan kepada perempuan. Dengan kata lain, tanpa nafsu dunia ini tidak akan dibangunkan dan generasi manusia tidak akan wujud kerana manusia tidak berkahwin lantaran tiada keinginan.

Apa yang penting ialah untuk melahirkan orang orang yang dapat mengawal nafsunya dan mempunyai disiplin diri. Puasa mengajar manusia menahan satu perkara yang sangat dekat dengan manusia iaitu MAKAN. Manusia makan di waktu pagi, rehat pukul 10, makan tengah hari, makan petang, makan malam dan minum malam. Manusia bekerja pun dikatakan untuk cari makan. Bagi mendidik nafsu manusia, Allah taala telah perintah manusia agar dapat menahan makan dan diubah waktu makan daripada siang kepada malam. Rupa-rupanya dengan demikian itu manusia boleh jadi baik. Bulan puasa tidak banyak maksiat, malah manusia jadi sihat. Bandingkan sahaja antara kehadiran manusia ke klinik / hospital pada bulan puasa dan selepas raya.

Justeru, kawallah keinginan itu daripada membeli semua makanan yang terliur apabila pergi ke pasar Ramadan. Kawallah mata daripada melihat perkara yang bukan-bukan. Kawallah diri daripada pakai pakaian yang membuka aurat. Dengan demikian itu, kita akan mendapat hikmah daripada puasa iaitu mendidik nafsu dan keinginan agar sesuai dengan kehendak Islam. Selamat berpuasa.

Wednesday, August 11, 2010

Setibanya Ramadhan


Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa"(Al-Baqarah: 183)

Setiap muslim tentu senang menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan. Betapa bahagiannya setiap kita masih disapa oleh bulan yang selalu dinanti dan diimpikan kedatangannya. Ibarat orang yang telah lama berpisah dengan kekasih tercinta, ia akan selalu menanti kehadirannya. Rasa gundah sering timbul bilakah dapat berjumpa kembali. Maka, ketika bertemu, rasa bahagiapun meluap bak buih dalam air yang melambung ke permukaan. Segala sesuatu yang bisa mempertemukannya dengan sang kekasih-pun ditempuh. Tidak peduli walau harus mendaki gunung yang tinggi atau menyeberangi lautan yang luas, asal sang kekasih dapat tersenyum ceria melihat kesungguhan dan ketulusan hatinya selama ini.

Bagi setiap muslim, bulan suci Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa, bulan yang senantiasa dinanti-nantikan kehadirannya, rasa rindu yang selalu menggugah hati untuk mengabdikan diri kehadirat Allah swt, telah tiba. Bagaimana agar momen Ramadhan mendatangkan berkah dan tidak hanya menghasilkan kesia-siaan, itulah yang semestinya selalu direnungkan setiap muslim.

Kabar Gembira Kedatangan Tamu Agung

Abu Hurairah ra. Berkata, Rasulullah saw bersabda: ”Apabila datang bulan Ramadhan, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setanpun dibelenggu”. (HR. Muslim).

Hadist ini menjadi salah satu motivasi bagi setiap muslim untuk meningkatkan kualitas dan kuantitas pengabdiaannya kepada Allah ta’ala. Di bulan Ramadhan, Dia tidak hanya membuka pintu-pintu kebaikan dan memberikan pahala yang berlipat-lipat pada setiap amal kebaikan, melainkan Dia juga menutup - atau setidaknya meminimalisir - hambatan dan rintangan yang menghalangi hamba-Nya untuk meraih kebaikan dan pahala, yaitu dengan “membelenggu” setan, baik dari kalangan jin ataupun manusia.

Imam Ahmad meriwayatkan bahwa nabi bersabda kepada Abu Dzar, “Wahai Abu Dzar mohonlah perlindungan kepada Allah dari kejahatan setan, manusia dan jin”. Abu Dzar bertanya, apakah ada manusia yang menjadi setan? Beliau menjawab, “benar”.

Bahkan bisa jadi setan yang berbentuk manusia ini lebih berbahaya daripada setan dan jin. Dalam hal ini, Malik bin Dinar pernah berkata, “Setan (berbentuk) manusia lebih aku waspadai daripada setan jin. Karena ketika aku membaca ta’awudz, enyahlah setan jin dariku, akan tetapi setan (berbentuk) manusia itu malah semakin mendekat.”

Maka, sesungguhnya kabar gembira bulan Ramadhan sesungguhnya hanya akan dirasakan muslim yang memang memiliki tekad kuat untuk menjadikan Ramadhan sebagai lahan menanam amal dan mencurahkan segala keluh kesah kepada Yang Maha Kuasa, sehingga - paling tidak - dapat mendekati derajat taqwa yang merupakan tujuan akhir puasa Ramadhan.

Duri-duri di Bulan Suci

Hadist Nabi yang menggambarkan keistimewaan bulan Ramadhan, seperti dibukanya pintu-pintu surga, ditutupnya pintu-pintu neraka dan terbelenggunya para setan, seharusnya tidak hanya ditafsirkan secara tekstual melainkan dengan konteks yang diinginkan teks hadist itu. Dinyatakan bahwa di bulan Ramadhan pintu-pintu surga dibuka, maksudnya adalah di bulan ini banyak lahan amal ibadah yang sengaja Allah sediakan agar dapat digarap setiap muslim untuk meningkatkan kualitas keimanan dan keislaman. Sedangkan pernyataan bahwa pintu-pintu neraka ditutup, maksudnya adalah banyak hal di bulan suci ini yang dapat menghalangi seorang muslim untuk berbuat maksiat. Oleh karena itu, hadist itu ditambah dengan pernyataan bahwa setanpun ikut terbelenggu. Ini adalah kiasan, yang artinya adalah; setan akan sangat kesulitan untuk menggoda muslim ketika sedang berpuasa di bulan suci.

Akan tetapi hal itu tidak menutup kemungkinan seorang muslim tetap terjaga dari godaan setan. Setan akan terus menggoda manusia dengan berbagai macam cara termasuk dengan situasi dan kondisi sehari-hari pada bulan puasa itu. Walaupun mungkin tidak sampai membuat puasa batal secara hukum, akan tetapi nilai-nilai esensi yang terkandung dalam puasa akan hilang sehingga puasanya menjadi sia-sia. Demikianlah seperti yang disabdakan oleh Nabi: “Betapa banyak orang yang berpuasa, namun tidak mendapatkan apa-apa selain lapar, dan berapa banyak orang sholat di tengah malam tidak mendapatkan apa-apa selain begadang” (HR. Nasa’i).

Terdapat beberapa dalil yang menunjukkan bahwa tidak semua orang yang menjalankan ibadah puasa akan mendapat apa yang dijanjikan secara sempurna. Semua tergantung dari sejauh mana manusia menunaikan hak-hak puasa itu. Ada yang mampu menjalankan ibadah puasa dengan sempurna, ia tidak hanya mampu menjaga diri dari segala yang membatalkan dan yang dapat merusak puasa, melainkan ia mampu memakmurkannya dengan berbagai macam kebajikan.

Namun, lebih banyak lagi yang menyia-nyiakan hari-hari di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan dijadikan sebagai bulan makan-makan dan tidur di siang harinya. Sehingga menyelisihi hikmah disyariatkannya puasa. Tiada aktivitas di siang hari selain menunggu datangnya berbuka. Tidur, bermain atau menghibur diri (kendati dengan perkara mubah) agar waktu serasa cepat berlalu dan waktu berbuka cepat datang. Ia justru tidak memanfaatkan Ramadhan sebagai bulan amal, menambah pahala dan sarana merenungi dosa-dosa yang telah dilakukan sebelumnya.

Ada pula sebagian orang - bahkan mungkin kebanyakan orang – yang menjadikan bulan Ramadhan sebagai momentum pemborosan. Aneka ragam makanan diborong untuk dijadikan bahan berbuka puasa, porsi makan pun berlipat, seakan ingin jatah makan siang diambil pula untuk malam harinya. Demikianlah kiranya ironi orang yang berpuasa, namun tidak benar-benar berpuasa sehingga tidak mendapatkan apa-apa selain lapar dan haus.

Penutup

Suatu tuntutan bagi setiap muslim untuk menyadari bahwa puasa adalah momen yang sangat tepat untuk merenungi keberadaannya di dunia ini. Bahwa puasa di bulan ramadhan adalah media yang Allah sediakan bagi setiap muslim untuk meningkatkan kualitas keimanan dan ketaqwaan. Tiada yang lebih mulia dari pada bulan suci Ramadhan. Maka sungguh sangat merugi bila kita termasuk orang yang menyia-nyiakan puasa Ramadhan. Sebuah kata hikmah pernah tersimpulkan, bahwa; “Terkadang kita baru merasakan nikmatnya suatu nikmat yang diberikan Allah ketika nikmat itu telah pergi dan berlalu dari kita”. Semoga kita tidak termasuk orang rugi dengan mensia-nsiakan bulan Ramadhan ini. Amin ya rabbal álamin.

Ah Lan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perjuangan

Alhamdulilah, segala puji dan setinggi - tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana masih lagi diberi perluang untuk berjumpa dengan bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan kerahmatan dan pengampunan serta terhidar dari seksaan api neraka.Sewajarnya bulan Ramadhan ini digunakan sepenuhnya untuk melakukan amal ibadah berlipat kali ganda bagi menambah ganjaran dan bekalan diakhirat kelak.

Di kesempatan ini saya merakamkan ucapan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan semoga Ramadhan yang datang ini dapat membentuk diri kita menjadi hamba yang bertaqwa. Insya Allah....

Wednesday, August 4, 2010

Aktiviti Malam

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perjuangan

Alhamdulilah segala puji bagi Allah yang memberi rahmat sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda dan para sahabat. Hari ni nak cite ape yek.... hihihi... erm... xde modal sangat pon tapi rase rajin pulak nak menulis. Ok la dengan izin Allah malam tadi aku pergi ke program Diskusi bersama Ustaz Zahazan Mohamed di Kompleks Tabung Haji, KK. Ramai juga yang datang. Program ni anjuran bersama Yayasan Amal, Pustaka Aslam dan satu lagi syarikat (aku dah xingat nama syarikat tersebut).

Alhamdulilah la sambutan amat menggalakan walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00. Kalau nak diikutkan kita berada di majlis ilmu pun dah berapa banyak pahala yang kita dapat nak dibandingkan dengan bayaran yang kita buat. Kebanykan yang hadir ustaz2 dan ustazah2 serta penuntut Universiti jadi aku ni menumpang je la huhuhu...

Tajuk diskusi malam tadi berkisar Ramadhan dan Ustaz Zahazan menyampaikan ceramah selama 50 minit dan diikuti dengan sesi soal jawab yang berlangsung lebih sejam. Kira2 jam 11 malam baru abis program malam tadi. Ustaz tekankan 3 perkara yang penting kita perlu lakukan semasa bulan Ramadhan sekiranya kita mahu menjadi hamba yang bertakwa iaitu berpuasa dengan puasa yang sebenarnya, bangun malam untuk bertahjud dan membaca Al-Quran. Sekiranya kita dapat lakukan 3 perkara ini dengan sungguh2 Insya Allah kita akan menjadi hamba yang bertakwa.

Ustaz juga menakankan bahawa puasa bukan la hanya kita berlapar dan dahaga sahaja tetapi kita perlu berpuasa keseluruhnya termasuk anggota badan kita yang lain seperti mata, telinga, mulut, tangan & kaki. Menurut imam Ghazali puasa ni terbahagi kepada 3 kategori iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al khusus. Imam Ghazali menarangkan puasa umum ini merupakan puasa orang kebanyakan yang mana puasanya hanya tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa sahaja manakala dalam masa yang sama anggota badanya dan hatinya tidak berpuasa. Sebab itu kita boleh lihat berapa ramai orang yang berpuasa tapi dalam masa yang sama membuat maksiat. berapa ramai perempuan yang membuka aurat, berpakaian seperti bertelanjang, mengumpat, mengata orang, dan banyak lagi maksiat yang dilakukan bergitu juga lelaki yang masih ade pakai seluar pendek dan sebagainya. Kalau di tanya kepada mereka adakah mereka berpuasa pasti mereka menjawab mereka berpuasa tetapi mereka berpuasa dalam keadaan kemaksiatan.Adakah ini puasa yang menjadika kita bertaqwa???

Manakala puasa khusus pula adalah seseorang itu berpuasa dengan tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa dan seluruh anggota badanya pun turut berpuasa.susahkan??? Persekitaran kita penuh dengan kemaksiatan. Didepan kita ditayangkan punggung yang montok, dibelakang kite terpampang kulit dada yang gebu, kanan kita ditayangkan peha yang putih, di kiri kita dihidangkan dengan permandangan susuk badan yang mengasyikan. Kemana kita mahu melihat kerana di sekeliling kita penuh dengan kemaksitan. Disinilah terletakan iman orang berpuasa sama ade mahu memandang dengan penuh nafsu ataupun memandang sekadar sepintas lalu.

Kategori puasa yang ketiga pula adalah puasa khusus al khusus yang mana puasa seseorang itu bukan sahaja tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa dan keseluruhan anggota badanya juga berpuasa serta hatinya juga berpuasa. Bagaimana dikatakan puasa hati??? Puasa hati ialah puasa nafsu. Kita mendidik nafsu kita supaya tunduk dengan kehendak akal dan tidak mengganas. Nafsu umpama kuda liar yang perlu kita jinakan dan bulan puasa merupakan madrasah menjinakan nafsu supaya dapat dididik mengikut kehendak akal dan iman.

Sewajarnya kita mempunyai azam untuk mempertingkatkan puasa kita kalau sebelum ini puasa kita hanyalah kategori puas umum mari sama2 kita berazam pada tahun kita tingkatkan ke puasa khusus. Mudah2an diizinkan Allah untuk kita mengharungi bulan Ramadhan ini dengan penuh khusyuk dan dapat rahmat daripada Allah untuk kita menjadi hamba yang bertaqwa.

See u againt...