Assalamualaikum w.b.t & Salam Perjuangan
Alhamdulilah... Pertama sekali dipanjatkan kesyukurn kepada Allah s.w.t kerana dengan izin Allah s.w.t masih memberi kesempatan kepada diri ini untuk terus bernafas di bumi Allah s.w.t ini. segala puji bagi Allah yang memberi kesempatan untuk berada di dalam bulan Ramadhan & hari ini kita memasuki hari ke 20 Ramadhan. Rasanya macam baru semalam Ramadhan datang tetapi sekarang Ramadhan semakin hari semakin dekat sampai kepenghujung. Tinggal 10 hari sahaja lagi Ramadhan akan melabuhkan tirainya & Syawal akan menjelma sebagai bulan kemenangan.
Rasenye agak lama tidak up date blog ni. Sebenarnya agak sebuk dengan bermacam-macam urusan yang membantutkan keinginan untuk up-date blog ni. Alhamdulilah baru2 ni kita menyambut Nuzul Quran pada 17 Ramadhan & pada 17 Ramadhan juga berlaku satu peristiwa dalam sejarah islam pada tahun ke 2 Hijrah iaitu Peperangan Badar Al-Qubro.
Peperngan Badar merupakan peperangan yang amat penting untuk islam. Dengan hanya kekuatan 313 mujahid islam berjaya mengalahkan tentera kafir Qurais seramai 1000 orang dengan pertolongan Allh s.w.t.Ini merupakan peperangan pertama umat islam menentang kekufuran.
Esok kita akan menyambut hari kemerdekan negara yang ke 53 dengan tema 1 Malaysia Menjana Tranformasi. Alhamdulilah kita dah merdeka 53 tahun dalam suasana yang tiada peperangan jika dibandingkan dengan negara yang sedang bergolak. Dipanjatkan doa agar negara Malaysia yang tercinta ini akan kekal merdeka dan bertambah maju. Insay Allah... Ok la aku pun dah tak tahu ape lagi nak tulis...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.