Friday, June 18, 2010

Menuntut Ilmu Itu Ibadah

Islam memandang tinggi orang yang menuntut ilmu. Ia merupakan satu amalan yang sangat tinggi nilainya. Pahalanya amat besar sehingga orang yang mati semasa menuntut ilmu dikategorikan seperti seorang yang mati dalam beribadah.

Ayat pertama yang diturunkan dalam Al-Quran memerintah manusia supaya membaaca yang maksudnya menuntut ilmu. Sebagaimana firman Tuhan yang bermaksud

" Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah,yang mengajar manusia dengan perantaraan Qalam" [Al-Alaq ayat 1-4]

Dari ayat ini jelaslah menunjukkan betapa pentingnya ilmu dalam Islam. Rasullullah S.A.W juga menegaskan dalam sabdanya yang bererti:

" Sesungguhnya sekiranya engkau melangkah kaki di waktu pagi (mahupun petang) jika ia belajar satu ayat daripada Al-Quran pahalanya lebih baik daripada ibadah satu tahun"

Dalam Hadis yang lain Rasullullah S.A.W bersabda maksudnya :

" Barang siapa keluar untuk menuntut ilmu maka ia termasuk dalam golongan orang yang berjuang pada jalan Allah,sehinggalah ia kembali"

Menuntut ilmu sama ada ilmu fardhu ain atau fardhu kifayah,kedua-duanya adalah penting bagi setiap insan untuk bahagia di dunia dan akhirat.

Kesempurnaan hidup di dunia berkait rapat dengan kebahagiaan di hari akhirat. Jika hidp di dunia pincang,besar kemungkinan di akhirat juga akan termasuk ke dalam golongan orang yang dimurkai Allah S.W.T. Untuk kesempurnaan di dunia kita mestilah memiliki ilmu yang sempurna seperti firman Tuhan yang maksudnya

"Katakanlah hai Muhammad! Adakah sama kedudukan orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya orang yang sedar itu ialah orang yang berfikir" [Al-Zumar Ayat 9]

Ilmu pengetahuan yang ada pada seseorang itu dapat meningkatkan kedudukannya dalam masyarakat. Lagi tinggi pengetahuan seseorang maka lagi tinggilah kemuliannya dalam masyarakat. Orang berilmu bagaikan bintang yang bersinar diwaktu malam

Ini jelas seperti dalam Al-Quran bermaksud :

"Allah mengangkat kedudukan orang yang beriman dan mereka yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat kebesaran" [Al-Mujadalah Ayat 11]

Maksud ayat-ayat dan hadis-hadis di atas menunjukkan betapa tingginya darjat dan keistimewaan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam satu-satu bidang. Dengan ilmu seseorang itu dapat meningkatkan martabat hidup di dunia. Dengan ilmu juga mereka berpeluang memegang jawatan penting dalam perkhidmatan awam atau swasta,dan juga boleh menaikkan martabat seseorang ke tahap ulamak atau pakar.

Kursus NLP

insya Allah isnin depan (21-25 jnu 2010) aku akan menghadiri kursus Neoro Linguistic Programming (NLP) di hotel bervely Kota Kinabalu. Ini merupakan kursus yg aku tunggu2 dan peluang ini aku xkan sia2 kan walaupun harga yuranya mahal iaitu RM3780. Aku sebenarnya xde duit tapi Alhamdulilah pinjaman peribadi aku lulus di saat2 akhir yg membolehkan akan menhadiri kursus ini. Kursus ini merupakan kursus persendirian bukan melalui jabatan so aku terpaksa ambil cuti untuk menghadiri kursus ni walaupun cuti aku xbanyak & kalau dikira kira memang xcukup untuk aku balik Kg hari raya puasa & hari raya Haji... aaarrrr aku xpeduli yg penting ini perluang aku untuk berlajar mengenai Priskoterapi.... ada kawan aku cakap cuti xbnyak buat ape nak gi kursus ini juge... bagi aku cuti boleh dicari (cuti ganti la - Overtime dan xclim duit tapi diganti ngan cuti) tapi perluang seperti ini payah nak dapat... aku amat berminat untuk berlajar berkaitan dengan psikologi dan aku pernah mengambil Dip. Psikologi di Koleh Dar Al Hikmah Kajang tapi xlama hanya bertahan selama 1 bulan je... huhuhu iman xkuat beb mase tu so aku buat keputusan untuk behenti... banyak perkara aku boleh berlajar tentang NLP terutamanya macamana kita nak mengejar matlamat yang diimpikan... lagi satu ia memgunakan minda separuh sedar yang merupakan aset penting di dalam diri manusia dalam membuat keputusan.... ape2 pun nanti pas kursus aku akan cite sikit ape yang aku berlajar... ok see u againt ok...

eeerrrmmm malas nye...

Terlalu lama aku tak update blog... entah la... nak menulis ni kene ada mod & ideal kalau takkk... entah ape2 yg ditulisnye... tapi tengok blog org lain pun same juge lambat update... kadang2 sebulan sekali...kadang2 2-3 bulan sekali cume ada jugela blogger yg memang kejenye update blong je... hehehe ape2 pun aku cuba baiki sikap aku yg malas nak update blong... pasni insya Allah aku akan update blong aku sekurang kurangnye seminggu sekalu hihihi.... ok la see u againt ok...

Monday, April 12, 2010

Hari yang memenatkan

Hari ni bagi aku merupakan hari yang memenatkan dengan melayan kerenah bos aku.... huhuhu. Bukan apa pun tapi kadang-kadang bosan juge nak ikut apa yang bos kene buat huhuhu..... erm pagi tadi sempat juga lawat 2 premis, sebenarnya 2 premis tu berda dalam satu kawasan hahaha mudah la kerja kami huhuhu....

Lepas lawat premis bekerjo pulok ke Kg. Kawang antar Notis kat premis... huhuhu jauh juge tu dah la hari ni cuaca panas gile...... ditambah lagi ngan aircond kete jabatan aku tak sejuk... ape lagi bengang betul aku.... dah lama aku bagitahu kat driver suruh gi bengkel tapi bahagian admint pulok buat tak tahu je..... alasan takde duit.... aku memang tak boleh terima langsung alasan tu. Tu satu maslah ada satu lagi masalah kete yang aku bawa ni enjin cepat panas tapi alasan yang sama juge puok admint aku bagi, nanti nak tunggu enjin tu meletop agaknya baru nak baiki ..... huhuhu......

Pas balik dari Kg. Kawang berkerjo pulok ke Penampang hantar Notis dan Kompaun, nasib baik dapat jumpa ofis kilang tu. sebenarnya kilang di tempat lain dan ofis di tempat lain so Notis dan Kompaun tu hantar kat ofis la senang sikit cite ngan bos terus kalau kat kilang payoh nak cite, budok-budok kilang tak faham.... huhuhu tapi nasib baik la boleh setel cepat dan parking pun ada ngam-ngam depan ofis dorang....

Pas setel tu berkejor pilok ke S.k. Tnjung aru ambil anak bos aku, ni yang leceh sikit sebabnya aku bosan betul nk kene ambil anak die huhuhu... erm nak buat camne dah die bos...huhuhu....
dah ambil mestilah nak antar pulok ke rumah die tapi tak jauh la... hehehe sambil tu sempat lagi beli goreng pisang yang best kat sebelah DBKK....

Sambil driving sambil makan goreng pisang.... ngam-ngam lalu depan masjid sembulan waktu zohur masuk so singgah la dulu menunaikan kewajipan, bagi setel dulu urusan akhirat... lagipun bos aku ni HJ. jenis kuat agama so bab solat-solat ni memang tak tinggal la.... untung la dapat bos camni....

Setel solat balik rumah bos aku kat sembulan gak dekat je ngan masjid yang kami singgah solat zohur tadi, bos aku ambil kete die sebab nak ambil kawan die kat airport air asia. Kawan die ni pun bos juge la dari semenanjung datang sebab ada konvo anak die luse so dorang ni kire kawan kamcing la.... so aku pun terpaksa la ikut sekali....huhuhu tapi tak ape sebab pas tu kite orang gi makan kat Tiara cafe, ape lagi bedal la mee goreng daging sebab komfem dorang yang bayarkan huhuhuhu... untung juge ikut bos ni... pas setel antar dorang kat hotel singgah sekali lagi kat masjid sembulan menunaikan solat asar bagi setel awal senang sikit nanti kat ofis tak la terkejar kejar nak solat dah huhuhu....

Sampai kat ofis dah kul 4.30 ptg, dah ada pegawai dah nak balik huhuhu aku ada lebih kurang 30 minit lagi nk bali so sempat la layan fb jap sebelum offkan komputer.... sebenarnya aku penat bukan apa sebenarnya aku pening kepala, semalam tidur tak cukup anak merenget.... tu la nasib badan......

Apa-apa pun walaupun aku penat tapi aku tetap happy....

Wednesday, April 7, 2010

Sambil-sambil nak berlajar

hari ni aku cuba nak letak gambar dalam artikel aku... hehehe...

Gambar-Gambar Anak aku





Di sini aku bermula

Aku dilahirkan pada 10 November 1983 di Raub, Pahang tetapi aku hanya sempat duduk di Raub hanya selama 1 tahun sahaja disebabkan ayah aku ditukarkan ke Pekan, Pahang. Bermula dengan bersekolah di Sekolah Rendah Seri Terentang, Pekan berhadapan dengan istana Abu Bakar, Pekan dari darjah 1 - darjah 3. Sekali lagi ayah aku ditukarkan ke Temerloh, Pahang dan aku pun terpaksa la bertukar sekolah ke sekolah kebangsaan Kg. Tengah, Temerloh. Tetapi ku hanya sempat bersekolah di sini selama 2 tahun sahaja kerana ketika aku darjah 5 sekali lagi aku ditukarkan sekolah ke sekolah kebangsaan Tanjung Lalang disebabkan aku sekeluarga berpindah rumah yang baru ayah aku belikan. Bayangkan dari darjah 1 hingg darjah 6 aku bersekolah di 3 sekoalh yang berlainan. Susahkan....


Tapi itu lah realitinya kehidupan ini..... abis UPSR (keputusan tak bagus mane pun) aku memulakan langkah ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar, Temerloh dan sekolah ni merupakan sekolah yang terkenal la di Temerloh. Setelah abis PMR (Keputusan pun tak la bagusmana) aku sambung ke sekolah Menengah Teknik, Temerloh dalam jurusan Vokasional automotif dan pada tahun 2000 aku mengambil SPM yang buat pertama kalinya menggunakan sistem terbuka.

Tahun 2001 aku melanjutkan perlajaran ke Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan (POLISAS) dalam jurusan sijil kejuruteraan mekanikal selam 2 tahun sehingga bulan mei tahun 2003. Semasa di POLISAS ini lah aku berkenalan dengan isteri aku sekarang yang juga sama berlajar di POLISAS tetapi di dalam jurusan Diploma teknoloji Makanan. Sebenarnya kenal pun tak sengaja melalui clasmate yang mempunyai awek sama kelas dengan bini aku. So bermulalah babak-babak percintaan kami berdua sehinggalah kami di satukan pada tahun 2007 setelah 5 tahun menyulam cinta.

Aku memulakan zaman pekerjaan pada tahun 2005 setelah 2 tahun aku buat keje entah apa-apa. Alhamdulilah akhirnya aku diterima bekerja di dalam perkhidmatan awam tetapi yang tk syoknye aku diphostingkan ke Sabah.... huhuhu.... bukan guru ye... tapi masa tu belum kawin lagi so tak jadi masalah sangat la.....

Sampai sekarang aku masih di Sabah dan sekarang aku mempunyai 2 orang anak yang pertama lelaki lahir di Sabah dan yang kedua pun lelaki tapi lahir di Kuantan. Aku rasa sampai sini dulu coretan aku sebagai langkah permulaan sebab aku pun tak la pandai sangat nak mengarang kadang-kadang ayat pun lintang pukang... hehehe... tapi apa-apa pun terima kasih kerana sudi membaca... huhuhu.... see U...




Tuesday, April 6, 2010

Budak baru nak berlajar

Tu la... tengok orang lain berblog nak juga berblog. sebenarnya aku ni bukan pandai sangat berblog ni cume nak cuba-cuba ada blog sendiri hehehe..... sebabnya aku suka baca blog orang lain, baca kisah hidup orang lain dan apa-apa aktiviti yang bloger buat. Pertama sekali aku minta maaf la kalau blog aku ni tak cantik dan tak berseri macam blog-blog orang lain hehehe. aku ni budak baru berlajar.... jadi kalau salah tolong tunjukan....