Wednesday, April 7, 2010

Sambil-sambil nak berlajar

hari ni aku cuba nak letak gambar dalam artikel aku... hehehe...

Gambar-Gambar Anak aku





Di sini aku bermula

Aku dilahirkan pada 10 November 1983 di Raub, Pahang tetapi aku hanya sempat duduk di Raub hanya selama 1 tahun sahaja disebabkan ayah aku ditukarkan ke Pekan, Pahang. Bermula dengan bersekolah di Sekolah Rendah Seri Terentang, Pekan berhadapan dengan istana Abu Bakar, Pekan dari darjah 1 - darjah 3. Sekali lagi ayah aku ditukarkan ke Temerloh, Pahang dan aku pun terpaksa la bertukar sekolah ke sekolah kebangsaan Kg. Tengah, Temerloh. Tetapi ku hanya sempat bersekolah di sini selama 2 tahun sahaja kerana ketika aku darjah 5 sekali lagi aku ditukarkan sekolah ke sekolah kebangsaan Tanjung Lalang disebabkan aku sekeluarga berpindah rumah yang baru ayah aku belikan. Bayangkan dari darjah 1 hingg darjah 6 aku bersekolah di 3 sekoalh yang berlainan. Susahkan....


Tapi itu lah realitinya kehidupan ini..... abis UPSR (keputusan tak bagus mane pun) aku memulakan langkah ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar, Temerloh dan sekolah ni merupakan sekolah yang terkenal la di Temerloh. Setelah abis PMR (Keputusan pun tak la bagusmana) aku sambung ke sekolah Menengah Teknik, Temerloh dalam jurusan Vokasional automotif dan pada tahun 2000 aku mengambil SPM yang buat pertama kalinya menggunakan sistem terbuka.

Tahun 2001 aku melanjutkan perlajaran ke Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan (POLISAS) dalam jurusan sijil kejuruteraan mekanikal selam 2 tahun sehingga bulan mei tahun 2003. Semasa di POLISAS ini lah aku berkenalan dengan isteri aku sekarang yang juga sama berlajar di POLISAS tetapi di dalam jurusan Diploma teknoloji Makanan. Sebenarnya kenal pun tak sengaja melalui clasmate yang mempunyai awek sama kelas dengan bini aku. So bermulalah babak-babak percintaan kami berdua sehinggalah kami di satukan pada tahun 2007 setelah 5 tahun menyulam cinta.

Aku memulakan zaman pekerjaan pada tahun 2005 setelah 2 tahun aku buat keje entah apa-apa. Alhamdulilah akhirnya aku diterima bekerja di dalam perkhidmatan awam tetapi yang tk syoknye aku diphostingkan ke Sabah.... huhuhu.... bukan guru ye... tapi masa tu belum kawin lagi so tak jadi masalah sangat la.....

Sampai sekarang aku masih di Sabah dan sekarang aku mempunyai 2 orang anak yang pertama lelaki lahir di Sabah dan yang kedua pun lelaki tapi lahir di Kuantan. Aku rasa sampai sini dulu coretan aku sebagai langkah permulaan sebab aku pun tak la pandai sangat nak mengarang kadang-kadang ayat pun lintang pukang... hehehe... tapi apa-apa pun terima kasih kerana sudi membaca... huhuhu.... see U...




Tuesday, April 6, 2010

Budak baru nak berlajar

Tu la... tengok orang lain berblog nak juga berblog. sebenarnya aku ni bukan pandai sangat berblog ni cume nak cuba-cuba ada blog sendiri hehehe..... sebabnya aku suka baca blog orang lain, baca kisah hidup orang lain dan apa-apa aktiviti yang bloger buat. Pertama sekali aku minta maaf la kalau blog aku ni tak cantik dan tak berseri macam blog-blog orang lain hehehe. aku ni budak baru berlajar.... jadi kalau salah tolong tunjukan....