Wednesday, August 25, 2010

Akhirnya kecundang Jua

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perjuangan

Alhamdulilah, segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Segala pujian hanya untuk Allah jua yang masih memanjangkan umur ini bagi merasai kehangatan Ramadhan yang telah memasuki hari ke 15. Sedar tak sedar hari ini kita telah berada di pertengahan Ramadhan.

Hari ini takde ape sangat nak cite cume semalam aku demam juga walaupun aku pada mulanya mahu bertahan tapi semalam akhirnya kecundang jua. Terpaksa la gi klinik minta ubat & MC. Alhamdulilah la dapat MC, terus cabut balik rumah tidor. Hari ini tekak dah tak sakit cuma ada batuk & selsema ja. Harap2 sok dah ok & dah boleh cergas kembali.
Bukan ape kalau demam ni payah sikit nak beribadat, benda yang wajib tu memang la buat tapi nak buat benda yang sunat ni susah sikit la sebab badan tak berapa sihat.

Sebenarnya sakit ni sememangnya ada hikmahnya, cuma kadang2 tu kita ni je yang ego tak nak mengadu kepada Tuhan yang Maha Berkuasa. Aku berdoa agar aku dapat sembuh dengan segera dan menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna... AMIN!!!!

Monday, August 23, 2010

Sakit Tekak



Assalaamualaikum w.b.t & Salam Perjuangan

Pertama sekali dipanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan iziNya masih di beri perluang untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini dan masih di beri kesempatan untuk merasai nikmat Ramadhan yang sudah masuk hari yang 13 Ramadhan.

Entah la tak tahu nak tulis ape hari cuma satu je la tekak rasa cam tak best je... rase cam pahit2 gitu... tak tahu sebab ape... nak katakan cuaca panas memang 2-3 hari ni siangnya panas dan malamnya hujan... tak tahu la pulok kalau sebab rokok tekak rase pahit... kadang2 tu ade kemungkinan juga rokok penyebab tekak rase tak selesa... malam tadi pun tekak dah mula rase lain tapi hari ni rase lagi teruk... tak pe balik nanti singgah farmasi beli ubat sakit tekak... mudah2 dengan izin Allah s.w.t, sembuh la tekak aku ni. Sekarang ni pun selera nak berbuka pun dah takde... tak tahu la nak berbuka ngan ape karang....

Ok la jumpa lagi yeee......