Wednesday, August 25, 2010

Akhirnya kecundang Jua

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perjuangan

Alhamdulilah, segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Segala pujian hanya untuk Allah jua yang masih memanjangkan umur ini bagi merasai kehangatan Ramadhan yang telah memasuki hari ke 15. Sedar tak sedar hari ini kita telah berada di pertengahan Ramadhan.

Hari ini takde ape sangat nak cite cume semalam aku demam juga walaupun aku pada mulanya mahu bertahan tapi semalam akhirnya kecundang jua. Terpaksa la gi klinik minta ubat & MC. Alhamdulilah la dapat MC, terus cabut balik rumah tidor. Hari ini tekak dah tak sakit cuma ada batuk & selsema ja. Harap2 sok dah ok & dah boleh cergas kembali.
Bukan ape kalau demam ni payah sikit nak beribadat, benda yang wajib tu memang la buat tapi nak buat benda yang sunat ni susah sikit la sebab badan tak berapa sihat.

Sebenarnya sakit ni sememangnya ada hikmahnya, cuma kadang2 tu kita ni je yang ego tak nak mengadu kepada Tuhan yang Maha Berkuasa. Aku berdoa agar aku dapat sembuh dengan segera dan menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna... AMIN!!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.