Friday, June 18, 2010

Palestin - Hanya Apabila Kita Bersatu

Salam Palestin,

Misi Flotila bantuan kemanusian Palestin yang digerakkan kumpulan aktivis keamanan sedunia masih menemui jalan buntu untuk memasuki Gaza. Israel mara dengan kesombongan dan kekejamannya. Tetapi, misi tersebut telah melihat satu lorong cahaya yang telah ditemui, kemudian diterokai para pejuang intifadah Palestin lebih 20 tahun yang lepas.

Lorong yang menerobos masuk ke liang dan pembuluh di benak bangsa Yahudi yang dihimpit ketakutan. Kita selalu menjangka mereka gagah dan kuat, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Mereka terlalu takut dan pengecut.

Si pemberani hanya menyerang lawan setaranya. Menyerang aktivis keamanan daripada pelbagi ugama dan kepercayaan yang tiada memiliki selain rasa belas dan kemanusian dalam fitrah diri adalah tanda kebaculan dan ketakutan yang sukar dibendung. Ketakutan itulah yang akhirnya menutup akal dan logik Yahudi oleh bertindk secara betul.

Maka kegerunan dan kebaculan itulah yang menjadi barah buat Yahudi dan negara haram Israel. Bagi kita umat Islam, Allah telah mewahyukannya sejak lebih seribu tahun dahulu. Tetapi ia ditinggalkan umat yang telah membelakangi al Quran. Mereka pula menjadi takut dan bacul terhadap Yahudi.

Apabila gerakan intifadah yang digerakkan oleh HAMAS menemui lompang besar ini, mereka hanya memerlukan anak – anak batu yang dipecah – pecahkan menggunakan batu – batu yang lebih besar, lalu dilontar dan direjam ke arah bala askar Yahudi oleh anak – anak muda, bahkan anak – anak kecil Palestin yang masih hingusan.

Akhirnya persenjataan yang berteknologi tinggi di tangan Yahudi tumpas dan lebur di tangan si pemberani para pejuang intifadah. Yahudi mula goncang dan kerana kuatnya goncangan itu, Amerika turut menerima kegoncangan dan ia amat kuat sekali. HAMAS kemudiannya, kehadirannya tidak dapat disekat – sekat lagi. Ia telah menggenggam ulu hati bangsa Yahudi yang penakut. Ia telah menjajah hati dan sanubari Yahudi itu.

Aktivis Flotila menemuinya hari ini. Adakah anda menyangka mereka menjadi takut selepas melihat kematian dan darah yang berhamburan di dek dan dinding kapal itu? Tidak, mereka akan mula ketagih untuk datang lagi kepada Yahudi yang ketakutan itu, lebih daripada datang kepada Gaza yang dihuni para pendekar dan pahlawan berani mati! Mereka seronok bermain darah dengan Yahudi.

Tetapi misi Flotila juga adalah memalukan. Memalukan umat Islan sedunia yang terpaksa melihat keberanian yang seawalnya dimiliki para pejuag intifadah itu kini dimiliki pula oleh kumpulan aktivis kemanusiaan dan keamanan sedunia. Adapun, negara – negara Islam sedunia, mereka terus dibuai ketakutan dan kebingungan. Sungguh memalukan. Sungguh membingungkan!

Jika ada penawar yang boleh mengubati, maka ia adalah dari kerana para aktivis muslim yang turut sama menyertai misi besar ini. Negara kita turut disertai oleh para aktivis dan pejuang yang telah ditatah kerakyatan Palestin di isi sanubari mereka. Merekalah pejuang yang benar dalam iman dan keyakinan mereka terhadap Allah dan janjiNya, insya Allah.

Satu hari, dengan izin Allah, darah rakyat Malaysia akan turut bersimbah di perjalanan, kemudian di bumi, kemudian di anjung masjid al Aqsa. Saat itu, tiada perayaan yang lebih besar buat kita selain berbondongan mengiringi syuhada’ Malaysia ke syurga tuhan.

Darah adalah bayaran tuntutan al Aqsa, bukan tuntutan Yahudi. Al Aqsa menuntut darah bersimbah di buminya dan kerananya pintu al Aqsa akan terbuka buat kita. Kita atau anak kita akan bersujud nanti di mihrab para anbiya’ sebagaimana kita telah sujud kepada Allah di Masjidil Haram dan Masjid al Nabawiy hari ini.

Ketahui olehmu bahawa janji tuhan tiada akan berubah. Al Aqsa adalah milik umat Islam. Kita melepaskannya kerana kita telah melepaskan al Quran dari genggaman kita. Kita lalu terburai dan terhumban dari kapal yang pecah dan karam. Kerana kekuatan yang telah hilang, akhirnya Yahudi datang sebagaimana angkatan iblis sebelumnya datang untuk menjajah al Aqsa.

Al Quran mengajar kita untuk memiliki kesatuan kerana dengannya datanglah kekuatan dan keberanian. Dengan kedua – duanya, Yahudi akan lari dan lari ketakutan dan saat itu giliran kita pula memburu mereka.

Semoga seruan al Aqsa memudahkan kesukaran kita untuk bersatu sesama kita. Jika tidak al Aqsa, apa lagi?

Yang Remeh Bukan Temeh : Tulus Bahasa

“Tak baik langkah duit. Berdosa!” pesan opah.

Anak cucu tersengih.

Tunduk mengutip duit syiling yang bertaburan di lantai.

Bukan banyak pun, kalau dicampur-campur mungkin jauh daripada cukup untuk membeli sebatang ais krim berjenama popular di kedai.

Anak cucu yang bijak laksana itu mula bertanya sesama sendiri, kenapa pula berdosa melangkah duit? Bukannya ada apa-apa firman pada kepingan tembaga dan besi itu. Malah nilainya juga serendah satu sen. Mereka ada jawapan, bahawa opah memang sengaja begitu. Banyak benar pesannya. Dalam pesan yang sederet itu, banyak pula yang remeh temeh.

Antara anak cucu itu adalah saya.

Anak kecil yang tidak mengerti mengapa opah begitu banyak pantang larangnya.

Semakin saya pandai, semakin remeh nasihat opah saya perhatikan.

Segalanya mula menunjukkan makna, hanya apabila saya berhenti menilai nasihat opah dengan akal. Opah memberi nasihat bukan dari akal, tetapi dari hati. Hanya dengan merenung menerusi mata hati, nasihat opah menampakkan bijaknya.

PENGAJARAN DI ISTANBUL

Cuti musim panas itu, saya bertandang ke rumah Mahmud yang terletak di Draman, Istanbul.

Malam itu panas.

Sebelum kami melelapkan mata, saya meminta segelas air masak untuk membasahkan tekak. Mahmud mengambil cawan yang tersimpan di rak pinggan, membasuhnya terlebih dahulu sebelum diisi dengan air yang diminta.

Hairan…

Mengapa pula cawan yang sudah bersih itu mahu dibasuh dahulu sebelum dituang air?

Soalan itu timbul semula apabila saya berbual dengan Pakcik Mehmet di Bolvadin, Afyon.

“Mengapa nama Pakcik adalah Mehmet, sedangkan nama Rasulullah itu Muhammad? Kenapa yang itu Muhammad dan yang ini Mehmet? Maknanya sama, sebutannya berbeza!” saya mencari jawapan.

“Oh, tiada apa-apa rahsia. Biarlah yang mulia itu sahaja namanya Muhammad. Untuk kita-kita, sebut sahaja Mehmet. Supaya kalau ada di kalangan Mehmet ini yang mencuri telur ayam, maka yang disebut nanti ialah Mehmet si pencuri telur ayam. Bukan Muhammad. Nama yang baik itu terselamat daripada dinisbahkan kepada perbuatan buruk mencuri telur ayam!” jelas Pakcik Mehmet.

Oh, begitu!

Baru saya faham, orang Turki itu orang yang berhalus. Mengambil kira benda-benda yang sering dianggap kecil. Apabila mereka sudah sebati dengan sikap sedemikian, maka kebersihannya bukan setakat cawan yang sudah dibasuh perlu ditos dengan air, malah setiap inci rumah dijaga kebersihannya. Tong sampah juga harus bersih. Tong sampah bukan sampah, maka tong mesti dijaga kebersihannya.

Dengan pandangan yang teliti pada yang kecil, kesannya nampak pada seni masjid, seni ukiran, seni pakaian malah seni bunyi, seni tari dan seni lagu. Semuanya menjadi halus dan tinggi. Keindahan tidak meremeh temehkan benda yang kecil, tumpah pada manusia, dan alam sekitar yang dihuninya. Lebih teliti, lebih indah seninya.

PENGAJARAN DIBAWA PULANG

Teringat semula kepada nasihat opah.

Opah yang jahitan bajunya kemas. Tekat bantalnya halus. Bahasa bualnya lunak. Malah lenggok tarian zamannya lembut, dan lagu juga indah di telinga.

Halus…

Di dapur opah, lauk pula cukup rempah-pawahnya. Bawang betul berhiris. Ikan molek disiang. Serai halus dititik, cili cantik berpotong.

Saya baru mampu melihat, bahawa opah itu orangnya berkira. Mengira yang kecil-kecil.

Langkah duit dosanya bukan pada melangkah itu. Salahnya ialah pada meremehkan benda kecil.

Segera saya teringat, ketika Nabi Yusuf memberikan saranan bahawa tugas paling cocok buat dirinya adalah sebagai Bendahara negara Mesir, beliau berkata, “jadikanlah aku pemegang harta negara. Sesungguhnya aku ini seorang yang teliti lagi berilmu” [Q 12: 55]

Kelayakan bukan hanya pada berilmunya seseorang itu menguruskan kewangan, malah pada sikap telitinya pada apa yang dihitung sebagai amanah.

Tatkala duit satu sen atau sepuluh sen tidak dibiarkan bersepah di belakang kerusi atau bawah almari, itulah cermin kepada sikap telitinya seseorang dalam kehidupan. Orang yang lebih jelas kelayakan dirinya, memegang amanah dengan integriti.

Itu jugalah semangat yang diajar dalam berwudhu’. “Jangan membazir air, walaupun kamu di sungai,” pesan Nabi Muhammad. Berjimat bukan soal kekurangan bekal. Tetapi latihan membentuk sikap. Peka dengan keperluan, dan mengguna pakai seadanya, biar pun pada sekecil soal wudhu’ di tebing sungai.

KECIL-KECIL YANG BESAR

“Tolong-tolong!” jerit penduduk kampung.

Mereka gempar melihat kelibat harimau melintas desa.

Besarnya harimau, dengan taring yang mencarik tubuh, tentu sahaja terbit rasa gerun di empat penjuru kampung. Semua takut kehilangan nyawa, dek harimau yang gagah perkasa itu.

Tetapi berapa sangatlah dalam setahun, manusia mati dibaham harimau? Di sebuah negara yang masih kaya dengan hutan belantara seperti Malaysia, terhitungkah jari bilangan mangsa keganasan harimau? Ada lima puluh? Usahkan lima puluh, mahu dicari lima pun payah!

Jarang benar manusia mati dibaham harimau.

Tetapi bagaimana dengan nyamuk?

Berapa ramaikah manusia yang mati kerana menjadi mangsa gigitan nyamuk di negara kita?

Sehingga ke minggu ke-12 tahun 2010, negara mencatatkan jumlah kes demam denggi sehingga 12,157 dengan 43 kematian! Jumlah itu sangat besar. Lebih membimbangkan, kes demam denggi ini tertumpu di kawasan pembangunan bersama kepadatan penduduk yang tinggi. Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor adalah di antara negeri yang mencatatkan kes demam denggi tertinggi.

Ketika kegerunan kita masih berlegar pada haiwan sebesar dan seganas harimau, akhirnya kita tumpas dengan seekor nyamuk!

Yang kecil. Yang dilihat remeh. Tetapi tidak temeh.

Wabak demam denggi itu adalah peringatan untuk kita semua. Amaran bahawa sikap meremehkan perkara kecil, boleh menjadi besar. Apalah sangat usaha menerbalikkan bekas air yang bertakung di depan rumah, atau membersihkan pinggan melapik pasu bunga. Terlalu remeh, jika mahu dinisbahkan dengan tanggungjawab-tanggungjawa
b lain yang lebih besar dalam rutin seharian kita.

Namun akhirnya, sikap itulah yang mengundang musibah.

Jika generasi ibu bapa kita dahulu memberi pesan bahawa sikit-sikit lama jadi bukit, kini dengan sikap meremehkan perkara kecil itu, peribahasa berubah makna. Bukan lagi yang sikit menjadi bukit, tetapi merebakkan wabak dan penyakit.

Sukar benar untuk dunia yang besar ini diselamatkan, selagi manusia lupa kepada perkara yang kecil-kecil dalam hidupnya. Apalah sangat sekeping tisu yang dicampak dari tingkap kereta. Besar sangatkah masalah kalau sebuah mentol menyala tanpa keperluan?

Soalnya bukan saiz tisu atau mentol.

Isunya adalah SIKAP.

Hilangnya kepekaan terhadap persekitaran, meremehkan benda-benda kecil yang disangka tiada kepentingan, segalanya menjadi sumber musibah dan bencana apabila ia digandakan dengan bilangan manusia. Bukan seorang yang membuang sampah begitu, bukan seorang yang membiarkan mentol menyala seperti itu.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi penyakit.

SARANAN

Bercita-cita biar besar.

Tetapi bertindak, mulakan dengan yang kecil.

Tidak guna mengangankan sebuah rumah yang lengkap dengan landskap Jepun atau Bali ketika bajet tidak mengizinkan. Andaikata di poket hanya ada RM5, belilah penyapu dan sapu sampah di halaman. Jika setiap rumah menyapu halaman, nescaya bersihlah satu negara.

Terlalu jauh mengejar impian, untuk mengusahakan sebuah dunia yang aman tanpa konflik dan peperangan. Tetapi mulakanlah dengan langkah yang sebenarnya di lingkungan kemampuan kita.

“Pulanglah ke rumah, kasihilah keluargamu!” itu pesan Mother Theresa suatu ketika dahulu.

Yang besar itu impian.

Yang gah itu harapan.

Yang sederhana itu keseimbangan.

Yang kecil itu permulaan.

Peliharalah yang kecil-kecil itu.

Yang remeh, bukan temeh.

Khutbah Palestin

Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, iaitu dengan melaksanakan dan memperbanyakkan apa yang disuruh oleh Allah, dan meninggalkan yang dilarang oleh Allah. Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Sesungguhnya antara cara untuk meningkatkan ketaqwaan itu ialah dengan memperbanyakkan zikir dan doa, bertaubat dan beristighfar, menghadiri solat berjemaah di masjid dan surau, membaca al-Quran, menghadiri majlis ilmu, menghampiri orang-orang alim ulama, bertafakur memerhati kebesaran Allah dan mengingati dosa-dosa yang telah dilakukan. Dengan memperbanyakkan amalan sedemikian, diharapkan kualiti ketaqwaan kepada Allah akan meningkat. Sebaliknya, mengabaikan perintah Allah akan mengundang kesusahan dan kesengsaraan terhadap diri kita sendiri

Tajuk khutbah pada hari ini ialah “Isu Palestine; Apa tindakan kita”

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Palestin telah melalui sejarah yang panjang dalam tamadun manusia dan menjadi rebutan kepada tiga agama. Namun demikian, Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap muslim sejak zaman-berzaman. Keistimewaan Palestin seperti yang terdapat di dalam Al-Quran, Al-Hadith dan Kitab-kitab Sejarah ialah:

1. Sebagai qiblat pertama umat Islam.
2. Terdapat Masjidil-Aqsa iaitu masjid kedua yang dibina di atas muka bumi. Dan masjid ketiga paling suci selepas Masjidil-Haram dan Masjidin-Nabawi .
3. Tempat berlakunya Israk dan Mikraj.
4. Harta wakaf umat Islam sehingga ke hari qiamat.
5. Tempat kelahiran Para Anbia’

Kezaliman yang dilakukan oIeh rejim Zionis yang bermula pada tahun 1948 setelah terbinanya negara haram Israel telah menyaksikan bukan sahaja isu-isu kemanusiaan semata-mata tetapi lebih daripada itu. Ia melibatkan isu akidah umat Islam , tanahair, maruah dan peradaban. Sesungguhnya bumi Palestin yang terdapat di dalamnya qiblat pertama umat Islam adalah watan yang perlu dipertahankan oIeh umat Islam seluruh dunia. Apatah lagi Masjidil-Aqsa yang merupakan persinggahan Rasululah s.a.w. sebelum dimikrajkan ke langit, sekarang ini terancam dengan apa yang dilakukan oIeh Yahudi laknatullah terhadap masjid yang mulia ini. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 1ا

Bermaksud: “Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haram (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin) yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepada-Nya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada setiap kali bulan Mei ia mengingatkan kita semua tentang sejarah hitam bagi umat Islam yang digelar dengan NAKBAH iaitu hari malapetaka dalam sejarah umat Islam terutamanya di Palestin, dengan penubuhan negara haram Israel pada 1948. Pada 12 Mei 2010 baru lalu, Perdana Menteri negara haram Israel, Benyamin Netanyahu, di dalam Knesset (Parlimen Israel) menegaskan sekali lagi bahawa Yahudi berhak terhadap bandar Quds dengan alasan kononnya Quds dengan nama dalam bahasa Ibrinya dipanggil Sahyun disebut 850 kali dalam Perjanjian Lama (Taurat sedangkan ia tidak disebut dalam kitab-kitab suci lain. Quds juga disebut 142 kali dalam kitab Perjanjian Baru sedangkan al-Quran tidak menyebut walaupun sekali di antara 26 nama Arab untuk Quds sehinggalah dalam tafsiran al-Quran yang berkembang mulai abad ke 12 dikatakan di sana ada ayat yang menunjuk kepada Quds.

Para wakil Arab di Knesset (sidang Parlimen Israel) membantah kenyataan Netanyahu dengan menyebut bahawa Quds ialah qiblat pertama umat Islam dan tanah haram ke 3, dengan menuduh Netanyahu cuba memutar-belitkan sejarah. Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Di tanah inilah saksi kepada jihad yang mengorbankan jutaan umat Islam bagi mengembalikan kemerdekaan Palestin.

Bagi Yahudi pula, kononnya bumi tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah kampung halaman nenek moyang mereka berasal dari Bani Israel dan Yahudi percaya di tanah itulah terletaknya Bukit Zion tempat tertanamnya Haikal Sulaiman iaitu kuil suci mereka.

Manakala Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci di mana Temple of Nazareth yang terletak di tanah tersebut merupakan tempat kelahiran Nabi Isa, tempat Nabi Isa menyampaikan ajarannya dan disalib mengikut pegangan mereka. Sejak zaman nabi Ibrahim lagi yang merupakan moyang kepada keturunan Bani Israel dan Bani Ismail telah mendiami bumi Palestin. Meskipun Yahudi mendakwa Palestin sebagai tanah warisan mereka tetapi Allah sendiri menafikannya antaranya ayat 67 surah Ali ‘Imran :

Maksudnya : Bukanlah nabi Ibrahim itu Yahudi dan bukannya juga Nasrani tetapi dia adalah orang yang lurus, bersih (dari syirik dan sesat) dan muslim (berserah diri kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik



Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Musuh Islam sentiasa berusaha siang dan malam dalam menghancur Islam dan umatnya termasuk dengan merenggangkan semangat persaudaraan Islam dengan menyuburkan semula semangat kebangsaan sempit. Isu Palestin yang merupakan isu umat Islam dialihkan kepada isu negara Arab seterusnya dipinggirkan lagi sebagai isu rakyat Palestin sahaja.

Kita perlu mencontohi perjuangan Salehudin al-Ayyubi yang berbangsa Kurdis tetapi bangkit atas dasar Islam membebaskan masjid Aqsa hasil daripada surat banduan Palestin yang terseksa dalam penjara kerajaan Salib Kristian ketika betapa banyak surat lagi yang dihantar kepada raja-raja Arab sekelilingnya tetapi tidak dihiraukan. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Baituil Maqdis yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Sayidina Umar al-Khottab sebaik sahaja membebaskannya daripada cengkaman Empayar Rom. Bersamalah kita membantu umat Palestin yang merupakan penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat.

Jangan tunggu sehingga Masjid Aqsa menyembam tanah baru kita merintih sedih. Jangan kita menjadi umat Islam yang paling lemah iaitu membiarkan sahaja Masjid Aqsa runtuh pada zaman kita hidup. Tirulah apa yang dilakukan oleh umat Islam ketika Majid Aqsa dibakar pada tahun 1969 sehingga mereka bangkit yang menyebabkan hampir seluruh Yahudi dihalau keluar dari bumi Palestin. Kita mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kekejaman Israel yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza yang disertai lebih dari 50 buah negara sehingga ada sukarelawan yang mati ditembak dan ramai lagi yang cedera

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Dalam berhadapan dengan cabaran dari Yahudi dan sekutunya Amerika khasnya dan barat amnya, adakah umat Islam pada hari ini telah benar-benar bersedia? Atau umat Islam terus diulit mimpi indah tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang mencengkam dan menindas umat Islam pada hari ini? atau umat Islam hanyut di dalam dunia hiburan atau tenggelam di dalam lubuk duit dan harta sehingga lalai dari perintah Allah. Sesungguhnya bilangan Umat Islam di seluruh dunia pada hari ini bukanlah sedikit, iaitu 1/5 daripada penduduk dunia. Dari sudut ekonomi pula, negara Islam merupakan negara pengeluar minyak terbesar dan pengeksport bahan mentah dan makanan. Tetapi kenapa umat Islam terus diperkotak-katikkan oleh musuh Islam.

Selain dari aspek ekonomi dan politik, kita perlu menilai semula kekuatan keimanan kita kerana itulah yang akan menentukan sama ada orang Islam kuat atau sebaliknya. Seorang Islam yang kuat, ialah yang memiliki keimanan yang kukuh sehingga sanggup mengenepikan kepentingan peribadi dari kepentingan yang lain semata-mata kerana Allah. Berapa ramai pada hari ini umat Islam yang lalai dari kewajipan solat, betapa ramai umat Islam pada hari ini yang terlibat dengan riba, betapa ramai umat Islam pada hari ini yang terlibat dengan perlakuan sumbang, pegang-pegang dan zina, betapa ramai umat Islam pada hari ini yang terlibat dengan judi dan minum arak. Berapa peratuskah yang menunaikan solat jemaah maghrib di masjid dan berapa peratuskah yang solat subuh dimasjid berjamaah. Ini adalah beberapa petunjuk yang menegaskan bahawa umat Islam pada hari ini berada di dalam keadaan yang cukup lemah lantaran suatu penyakit yang tertimpa kepada mereka yang dinamakan dengan wahan; iaitu kasihkan dunia dan bencikan mati.

Sifat kasihkan dunia ini bukan sahaja terkena kepada orang kaya tetapi turut terkena kepada orang miskin. Orang kaya dengan cara kayanya dan orang miskin dengan cara miskinnya. Menjadi orang kaya bukan bermakna orang itu berdosa tetapi melupakan perintah Allah dan mengenepikan soal dosa pahala itu adalah dunia. Bukan sekadar itu, ia akan mendapat dosa di akhirat nanti dari Allah swt. Dunia itu bermaksud dekat, iaitu perkara yang tidak membawa pahala. Manakala akhirat itu lambat iaitu perkara syurga itu akan berlaku selepas mati. Makna lambat dan jauh. Dengan kata lain, apa jua perkara yang tidak membawa pahala, maka itu adalah dunia manakala perkara yang membawa pahala itu adalah akhirat.

Persoalannya, betapa ramai orang yang berebut mencari perkara yang tidak membawa pahala dan meninggalkan perkara pahala. Dengan fenomena ini, bagaimanakah kita boleh melawan musuh Islam sedangkan kita masih dan asyik sibuk mengira harta, kekayaan, permainan, rakan-rakan dan anak isteri sehingga menjejaskan perintah Allah SWT.

Kita sememangnya tidak dapat untuk menandingi kehebatan teknologi persenjataan barat kerana ternyata mereka lebih hebat dari kita. Justeru, untuk menunggu persenjataan kita kuat baru boleh mengalahkan mereka hanyalah satu impian sahaja. Orang Islam perlu membina kekuatan spiritual dan keimanan yang kukuh agar dengan kekuatan ini, orang Islam dapat menentukan apakah keutamaan mereka buat masa ini, apakah kewajipan yang perlu dilakukan dan apakah misi yang perlu di selesaikan.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Bagi menunjukkan sikap benci dan marah kita kepada musuh-musuh Islam, dan bagi menunjukkan sikap protes kita terhadap orang yahudi di Palestine, marilah sama-sama kita membina kekuatan dalaman kita iaitu kekuatan iman dan keyakinan kita kepada Allah swt.

Antara perkara yang perlu dilaksanakan oleh Umat Islam

1. Bangun pagi dengan azam untuk tidak menyumbang apa-apa kepada Yahudi serta menyekat kemaraan mereka.
2. Solat Subuh berjemaah di masjid. (Yahudi amat takutkan apabila umat Islam menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid seperti solat Jumaat)
3. Memastikan sunnah Rasulullah SAW diutamakan dan diamalkan.
4. Tanamkan dan sebarkan kesedaran indahnya hidup beragama melalui SMS, email, CD, risalah, blog dan lain-lain.
5. Hadiri majlis ilmu atau membaca bahan bacaan yang mengukuhkan kefahaman kita tentang kejahatan dan tipudaya Yahudi kepada orang Islam.
6. Memperuntukkan sumbangan kepada tabung kebajikan dan dakwah setiap hari.
7. Menyokong dan menyertai mana-mana aktiviti bantahan kepada Yahudi.
8. Memboikot semua rancangan media yang berbentuk hiburan maksiat serta merosakkan akhlak remaja Islam.
9. Menjalankan program yang membina iman ahli keluarga.

Allah berfirman:

Orang-orang yahudi dan nasara tidak akan suka melainkan apabila kamu mengikuti jejak langkah mereka. Al-Baqarah: 120.

Menuntut Ilmu Itu Ibadah

Islam memandang tinggi orang yang menuntut ilmu. Ia merupakan satu amalan yang sangat tinggi nilainya. Pahalanya amat besar sehingga orang yang mati semasa menuntut ilmu dikategorikan seperti seorang yang mati dalam beribadah.

Ayat pertama yang diturunkan dalam Al-Quran memerintah manusia supaya membaaca yang maksudnya menuntut ilmu. Sebagaimana firman Tuhan yang bermaksud

" Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah,yang mengajar manusia dengan perantaraan Qalam" [Al-Alaq ayat 1-4]

Dari ayat ini jelaslah menunjukkan betapa pentingnya ilmu dalam Islam. Rasullullah S.A.W juga menegaskan dalam sabdanya yang bererti:

" Sesungguhnya sekiranya engkau melangkah kaki di waktu pagi (mahupun petang) jika ia belajar satu ayat daripada Al-Quran pahalanya lebih baik daripada ibadah satu tahun"

Dalam Hadis yang lain Rasullullah S.A.W bersabda maksudnya :

" Barang siapa keluar untuk menuntut ilmu maka ia termasuk dalam golongan orang yang berjuang pada jalan Allah,sehinggalah ia kembali"

Menuntut ilmu sama ada ilmu fardhu ain atau fardhu kifayah,kedua-duanya adalah penting bagi setiap insan untuk bahagia di dunia dan akhirat.

Kesempurnaan hidup di dunia berkait rapat dengan kebahagiaan di hari akhirat. Jika hidp di dunia pincang,besar kemungkinan di akhirat juga akan termasuk ke dalam golongan orang yang dimurkai Allah S.W.T. Untuk kesempurnaan di dunia kita mestilah memiliki ilmu yang sempurna seperti firman Tuhan yang maksudnya

"Katakanlah hai Muhammad! Adakah sama kedudukan orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya orang yang sedar itu ialah orang yang berfikir" [Al-Zumar Ayat 9]

Ilmu pengetahuan yang ada pada seseorang itu dapat meningkatkan kedudukannya dalam masyarakat. Lagi tinggi pengetahuan seseorang maka lagi tinggilah kemuliannya dalam masyarakat. Orang berilmu bagaikan bintang yang bersinar diwaktu malam

Ini jelas seperti dalam Al-Quran bermaksud :

"Allah mengangkat kedudukan orang yang beriman dan mereka yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat kebesaran" [Al-Mujadalah Ayat 11]

Maksud ayat-ayat dan hadis-hadis di atas menunjukkan betapa tingginya darjat dan keistimewaan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam satu-satu bidang. Dengan ilmu seseorang itu dapat meningkatkan martabat hidup di dunia. Dengan ilmu juga mereka berpeluang memegang jawatan penting dalam perkhidmatan awam atau swasta,dan juga boleh menaikkan martabat seseorang ke tahap ulamak atau pakar.

Kursus NLP

insya Allah isnin depan (21-25 jnu 2010) aku akan menghadiri kursus Neoro Linguistic Programming (NLP) di hotel bervely Kota Kinabalu. Ini merupakan kursus yg aku tunggu2 dan peluang ini aku xkan sia2 kan walaupun harga yuranya mahal iaitu RM3780. Aku sebenarnya xde duit tapi Alhamdulilah pinjaman peribadi aku lulus di saat2 akhir yg membolehkan akan menhadiri kursus ini. Kursus ini merupakan kursus persendirian bukan melalui jabatan so aku terpaksa ambil cuti untuk menghadiri kursus ni walaupun cuti aku xbanyak & kalau dikira kira memang xcukup untuk aku balik Kg hari raya puasa & hari raya Haji... aaarrrr aku xpeduli yg penting ini perluang aku untuk berlajar mengenai Priskoterapi.... ada kawan aku cakap cuti xbnyak buat ape nak gi kursus ini juge... bagi aku cuti boleh dicari (cuti ganti la - Overtime dan xclim duit tapi diganti ngan cuti) tapi perluang seperti ini payah nak dapat... aku amat berminat untuk berlajar berkaitan dengan psikologi dan aku pernah mengambil Dip. Psikologi di Koleh Dar Al Hikmah Kajang tapi xlama hanya bertahan selama 1 bulan je... huhuhu iman xkuat beb mase tu so aku buat keputusan untuk behenti... banyak perkara aku boleh berlajar tentang NLP terutamanya macamana kita nak mengejar matlamat yang diimpikan... lagi satu ia memgunakan minda separuh sedar yang merupakan aset penting di dalam diri manusia dalam membuat keputusan.... ape2 pun nanti pas kursus aku akan cite sikit ape yang aku berlajar... ok see u againt ok...

eeerrrmmm malas nye...

Terlalu lama aku tak update blog... entah la... nak menulis ni kene ada mod & ideal kalau takkk... entah ape2 yg ditulisnye... tapi tengok blog org lain pun same juge lambat update... kadang2 sebulan sekali...kadang2 2-3 bulan sekali cume ada jugela blogger yg memang kejenye update blong je... hehehe ape2 pun aku cuba baiki sikap aku yg malas nak update blong... pasni insya Allah aku akan update blong aku sekurang kurangnye seminggu sekalu hihihi.... ok la see u againt ok...