Friday, November 4, 2011

Sanggupkah Kita Berkorban????



Pertama sekali marilah kita merafak kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas segala nikmat dan limpah rahmatNya kepada kita sehinggakan kita masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini dengan suasana yang aman dan damai. Sewajarnya juga kita mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T dengan melakukan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangaNya. Mudah-mudahan kita memperolehi ganjaran kesejahteraan di dunia dan di akhirat InsyAllah…

Sedar tidak sedar kita telahpun memasuki bulan Zulhijjah dan meninggalkan bulan Zulkaedah yang mana bulan Zulhijjah ini telah memahatkan sejarah agung pengorbanan kisah para nabi dan rasul. Sebagai permulaan saya bawakan satu hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Abi Qatadah RA, Nabi Muhamad S.A.W bersabda yang bermaksud :

“ Puasa hari Arafah menebus dosa dua tahun, setahun sebelumnya dan satahun
selepasnya. Dan puasa Asyura’ itu pula menebus dosa satahun sebelumnya”

InsyAllah tidak lama lagi kita akan menyambut 10 zulhijjah iaini hari raya Eiduladha, ianya juga dipanggil hari raya hají ataupun hari raya Qurban dan ada sesetengah tempat dipanggil hari raya besar. Sejajar dengan itu saya mengajak diri saya serta Tuan-tuan Dan puan-puan marilah kita mengambil kesempatan ini untuk menambah amal Ibadah kita dengan berpuasa pada hari Arafah iaini pada 9 Zulhijjah, semoga kita mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.

Hari raya Eiduladha merupakan hari kebesaran umat Islam yang dianugerahkan kepada kita. Allah mengharamkan kita berpuasa pada 10 Zulhijjah dan pada hari-hari tasrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah dan pada hari raya ini juga kita bertakbir raya bermula pada pada 9 Zulhijjah sehinggalah ke 13 Zulhijjah (bagi yang tidak menunaikan haji) berbanding dengan hari raya Eidulfitri yang mana kita bertakbir raya bermula dari terbenamnya matahari sehari sebelumya sehinggalah khatib selesai membaca khutbah pada hari raya. Ini lah kebesaran hari raya Eiduladha yang mana pada masa yang sama jutaan umat Islam berhimpun di bumi Arafah, melontar di Mina, bertawaf di Masjidilharam, bersaie dari bukit Sarfa ke bukit Marwah dalam rangka mentauhidkan Allah Yang Maha Esa.

“ HambaMu telah datang menyahut panggilanMu, Ya Allah, HambaMu datang
menyambut panggilanMu, Sesungguhnya segala pujian dan nikmat dan kerajaan
adala milik Mu, tiada sekutu bagi Mu”

Selain daripada itu pada hari raya Eiduladha ini juga Allah telah mensyariatkan kepada kita untuk menyembelih binatang peliharaan untuk dikorbankan, hukum menyembelih binatang untuk dikorbankan adalah sunat muakad iaini sunat yang amat-amat dituntut dan hampir kepada wajib bagi mereka yang bekemampuan. Sejarah juga telah mencatatkan kisah pengorbanan agong yang terjadi di dalam keluarga Nabi Allah Ibrahim AS di dalam mentaati perintah Allah S.W.T. Saya bawakan satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi yang bermaksud :



Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?'' Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.'' Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?'' Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.'' Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?'' Rasulullah s.a.w. menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.''

Dan satu hadis lagi yang diriwayatkan oleh Imam Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim yang bermaksud :

“ Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalir darah (yakni menyembelih korban). Sesunggunya ia datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tamduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di satu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”

Sekarang mari kita singkap sejarah pengorbanan agung yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim AS sekeluarga bermula dengan perintah Allah S.W.T yang memerintahkan Nabi Allah Ibrahim AS meninggalkan isterinya Siti Hajar beserta anaknya Ismail AS di sebuah lembah padang pasir yang gersang yang kini di namakan Mekah dan meninggalkanya lalu pulang kembali ke Palestin untuk berdakwah. Ini lah saat pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS apabila diperintahkan untuk meninggalkan anak dan isterinya di sebuah padang pasir yang gersang bagi mentaati perintah Allah S.W.T. Mari kita bayangkan bagaimana mungkin setelah bergitu lama Nabi Ibrahim tidak mempunyai anak dan kini Allah telah mengurniakan anak kepadanya dan dalam masa yang sama terpaksa meninggalkan anak dan isterinya di padang pasir yang gersang. Sejarah juga terpahat sekali lagi apabila anak nabi Ibrahim AS iaini Nabi Ismail AS kehausan dan dalam masa yang sama air simpanan telah kehabisan lalu Siti Hajar berlari mencari air di sekitar kawasan tersebut untuk diberikan kepada anaknya tetapi tidak dijumpai. Setelah daripada itu dengan kekuasaan Allah S.W.T terpancutlah air dari celah kaki Nabi Allah Ismail AS dengan banyaknya dan mereka berdua meminumnya dengan sepuas puasnya. Inilah air yang diberi nama air Zam Zam kerana mengikut sesetengah riwayat mengatakan ketika mana air tersebut terpancut keluar ianya mengelurkan bunyi ZamZamah. Kisah ini juga memaparkan bagaimana ketaatan seorang isteri dalam mentaati perintah Allah S.W.T tampa kompromi sedikit pun yang mana Siti Hajar menanyakan kepada Nabi Ibrahim kenapa Baginda meninggalkan mereka berdua di satu kawasan yang gersang ini? Tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab di tanya lagi sebanyak 3 kali dan akhir sekali Siti Hajar menanyakan adakah ini perintah dari Allah S.W.T? barulah Nabi Ibrahim AS menjawab YA. Lalu Siti Hajar berkata “ sekiranya ini perintah dari Allah S.W.T maka aku akan mematuhiNya kerana sesungguhnya Allah S.W.T akan melindungi kami di sini”. Hebatnya keimanan Siti Hajar dalam mematuhi perintah Allah S.W.T walaupun ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim AS bersama anaknya yang masih kecil di kawasan yang tidak mempunyai apa-apa dan hebatnya Siti Hajar dalam meletakan keyakinan yang tinggi kepada Allah S.W.T sebagai satu-satunya tempat bergantung hidup untuk meneruskan kehidupan.


Sejarah pengorbanan agung terpahat sekali lagi apabila Nabi Allah Ibrahim AS diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS dan kisah ini Allah S.W.T nukilkan di dalam Al-Quran di dalam ayat 102-107 surah As-Saaffat. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama – sama denganya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan ke padamu; insyAllah, ayah akan mendapat daku dari orang-orang yang sabar”. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: “ Wahai ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikian sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

Lihatlah bertampa kentalnya keimanan seorang anak dalam mentaati perintah Allah tampa rasa muskil menyerahkan batang tubuh untuk dikorbankan oleh ayahnya dalam rangka mentaati perintah Allah S.W.T. Kita lihat pula bagaimana Siti Hajar seorang ibu yang Amat menyayangi anaknya dengan hati yang redha merelakan anaknya dikorbankan bagi mentaati perintah Allah S.W.T seperti mana Siti Hajar berkata kepada Iblis yang datang menghasutnya : “ Seseorang Nabi tidak pernah diperintahkan Allah dengan sesuatu yang bathil…bukan setakat anaku aku sanggup korbankan, malah nyawaku sendiri aku sanggup serahkan kepadaNya”.

MarsyaAllah…. Bergitu hebat keutuhan keimanan keluarga ini dalam mentaati perintah Allah S.W.T. Bayangkan lah perasaan seorang ayah yang terpaksa menyembelih anaknya sandiri, anaknya yang cukup disayangi. Bayangkan pula seorang ibu yang terpaksa merelakan anak yang dikandungnya di sembelih oleh suaminya sendiri, bayangkan seorang anak yang merelakan lehernya di serahkan kepada ayah nya sendiri untuk disembelih. Saya bawakan pula pesanan Nabi Ismail AS kepada ayahnya ketika mana tubuhnya diserahkan untuk dikorbankan ; “ Wahai ayah.. tolonglah ikatlah tangan saya supaya saya tidak bergerak gerak agar mudah urusan ayah menyembelih saya…Ayah hadapkanlah wajah saya ketanah, supaya ayah tidak melihat wajah saya yang nanti menyebabkan timbul perasaan belas kasihan ayah kepada saya…Ayah lipatkanlah kain ayah keatas supaya tidak terkena percikan darah walau sedikit, nanti ibu akan lebih bersedih melihatnya…Ayah tolonglah nanti bawakan baju saya kepada ibu sebagai pengubat rindu dan katakanlah kepada ibu “bersabarlah dengan perintah Allah”…Ayah tolonglah janganlah beritahu ibu bagaimana cara ayah menyembelih saya”. Akhirnya setelah Nabi Ismail menyerahkan tengkuknya dan Nabi Ibrahim meletakkan pisau ditengkuk anaknya...Allah telah menggantikan di tempat Nabi Ismail itu seekor binatang Syurga yang gemuk sebagai ganti Nabi Ismail AS.

Bertapa hebatnya pengorbanan ini, bertapa dasyatnya keimanan keluarga ini sebagai panduan umat selepasnya. Inilah contoh kecintaan kepada Allah S.W.T yang tidak terbelah bahagi yang tiada tandinganya. Bertapa hebatnya kecintaan mereka kepada Allah dalam mentaati perintahNya sebagai hamba yang diciptakan olehNya. Marilah kita merenung sejenap sejauh mana kecintaan kita kepda Allah?, sejauhmana ketaatan kita kepada Allah? sejauh mana pengabdian diri kita kepada Allah S.W.T?. Adakah kita sanggup bekorban meninggalkan segala kemaksiatan yang selama ini kita lakukan?, adakah kita sanggup bekorban untuk meninggalkan segala keseronokan dalam mengejar erti kepatuhan dan ketaatan kepada Allah S.W.T?. Kita nilai diri kita adakah kita pernah bekorban untuk keluarga kita?, adakah kita pernah bekorban untuk negara ini? dan adakah kita pernah bekorban untuk agama Islam yang suci ini? Kalau ada pun adakah memadai pengorbanan yang kita lakukan jika dibandingkan dengan nikmat dan kesenangan yang Allah kurniakan kepada kita.

Kisah pengorbanan keluarga Nabi Allah Ibrahim AS telah membuka mata hati kita bertapa kurdusnya pengorbanan itu, bertapa sucinya pengorbanan itu dan kisah pengorbanan ini juga telah membuka satu lembaran sejarah agung yang perlu dicontohi dan teladani oleh kita semua dalam rangka ketaatan dan kepatuhan kita kepada Allah S.W.T. Sanggupkah Kita Bekorban????

Sambutlah SALAM EIDUL ADHA 1431H dari Saya sekeluarga :

Ahmad Nasrul Hakim B. Hj. Saleh
Noorhayati Bt. Yakub
Ahmad Fateh Adam B. Ahmad NAsrul Hakim
Ahmad Farhan Aqil B. Ahmad Nasrul Hakim
Nur Farisya Alya Bt. Ahmad Nasrul Hakim

Friday, August 26, 2011

Ramadhan di Penghujung waktu...


Assalamualaikum w.b.t & Salam Perjuangan

Alhamdulilah... Ramadhan sedang menunggu masa untuk melabuhkan tirainya & Syawal juga menunggu masa untuk diraikan bersama. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Bergitu cepat masa berlalu, rasanya baru sahaja semalam Ramadhan datang menjelma. Ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan, di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai panduan untuk Khalifah mentadbir bumi. Di dalamnya juga terdapatnya malam yangg lebih baik dari seribu bulan, beruntung la siapa yang menemuinya. Di dalamnya juga di lipat gandakan ganjaran pahala setiap amalan ibadah yang kita lakukan. Senang cite bulan Ramadhan Allah s.w.t lelong pahala & beruntunglah bagi mereka yang berusaha melaksanakan ibadah.

Kini bulan yang Allah anugerahkan kepada kita sudah hampir kepenghujungnya & kebanyakan di antara kita juga sekarang sudah sibuk membuat persiapan untuk menyambut Syawal. Pasaraya sudah mula berasak dengan pengunjung, jalan raya sudah mula besesak dengan kenderaan. Masjid & Surau sudah mula kekurangan pengunjugnya di malam hari. Ini lah realiti kehidupan manusia di penghujung Ramadhan. semuanya hendakan yang baru, semuanya ingin kepuasan nafsu sedangkan Ramadhan di ciptakan untuk manusia mendidik nafsu. Nampaknya Ramadhan belum melabuhkan tirainya lagi nafsu sudah mula berajalela kembali.

Syawal bukanlah di nilai dengan cantiknya baju yang digayakan di pagi hari raya.Syawal juga bukanlah di nilai dengan segala bentuk kemewahan yang dipamirkan. Sememangnya tidak salah berbaju baru di pagi Syawal tetapi janganlah berlebih lebihan yang akhirnya menimbulkan riak & takabur. Sewajarnya di penghujung Ramadan kita mengambil kesempatan yang ada untuk muhasabah diri kita. Adakah Allah s.w.t menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan ini. Adakah Ramadan kali ini merupakan Ramadan terakhir kita atau pun Allah s.w.t masih memberi perluang kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan.Kemana Ramadhan kita tahun ini??? Adakah Ramadhan tahun ini lebih baik amalan ibadah kita berbanding tahun lepas atau sebaliknya. Kadang2 Ramadhan silih berganti saban tahun namun tidak memberi sedikitpun kesan kepada keimanan & ketaqwaan kita. Di mana silapnya??? Tepuk dada tanyalah iman kita...

Setelah Ramadhan melabuhkan tirai, Allah s.w.t menganugerahkan kepada kita hari raya Eidul Fitri yang disambut pada 1Syawal. Bergitu besar nilainya hari raya Eidul Fitri sehinggakan Allah s.w.t mengharamkan kita berpuasa pada 1Syawal.Sewajarnya kita menyambut Eidul Fitri dengan tidak melakukan maksiat & Kemungkaran. Sememangnya Eidul Fitri merupakan hari untuk kita bergembira tetapi kegembiraan tersebut tidak sewjarnya kita cemarkan dengan kemaksiatan & kemungkaran. Eidul Fitri merupakan hari kemenangan bagi kita yang telah berjaya mendidik nafsu & berjaya menjulang Piala TAQWA. Semoga Ramadan tahun ini merupakan Ramadan yang penuh memberi makna kepada kita dan Syawal akan akan menjelma memberi keinsafan serta diharapkan kita keluar dari bulan tarbiyah ini dalam keadaan yang FITRAH yakini suci dari segala dosa... Insya Allah... Amin...

Selamat Menyambut Eidul Fitri dari:

Ahmad Nasrul Hakim Bin Hj. Saleh
Noorhayati Bt. Hj. Yakub
Ahmad Fateh Adam Bin Ahmad Narul Hakim
Ahmad Farhan Aqil Bin Ahmad Nasrul Hakim
Nur Farisya Alya Binti Ahmad Nasrul Hakim

Wednesday, July 27, 2011

Akhir Zaman: Wang Kertas VS Emas

Semua orang Islam wajib beriman dengan kemunculan Hari Kiamat. Ia terkandung di dalam rukan Iman. Jika ada mana-mana Muslim yang tidak mempercayainya, maka imannya pastilah tidak lengkap. Percaya pada Hari Kiamat adalah rukun Iman ke-5.

Dalam menuju ke Hari Kiamat, kita diberi tanda-tanda kecil dan besar hari bagi tujuan persediaan.

Biasa dengar kemunculan Dajjal? Nabi Isa A.S?

Saya suka bertanyakan yang mana akan muncul dahulu. Kerana kedua-dua susuk di atas akan turun ke bumi.

Jika diamati, Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S. di Israel. Jadi Dajjal itulah yang akan turun dahulu.

Tetapi apakah kaitannya semua itu dengan wang kertas dan juga emas?

Wang kertas dan emas adalah matawang. Hari ini kita guna wang kertas. Dahulu guna emas.

Setiap kerajaan memerlukan matawang untuk berkuasa. Tak kiralah, samada kerajaan Dajjal atau pun Nabi Isa A.S.

Zaman Dahulu
Zaman dahulu, semua negara menggunakan emas. Ramainya manusia menggunakan emas adalah sama seperti mana ramainya manusia menggunakan wang kertas pada hari ini.

Emas dipilih kerana ia mempunyai nilai semulajadi di dalamnya. Emas itu memang semua orang suka di seluruh dunia. Cuba lihat sukan Olimpik, apakah yang dikejar oleh para atlit? Pingat apa?

Mengapa mereka tidak dikalungkan dengan kalungan wang kertas? Berapa lama sudah sukan Olimpik diadakan?

Tidak cukup dengan itu, lihat sultan-sultan Melayu hari ini, apakah yang mereka pakai?

Emas tidak akan jatuh nilainya. Kerana emas tetap emas. Ia memiliki nilai emasnya yang tersendiri yang tidak ada pada kertas. Seperti wang kertas, ia dicipta untuk menjadi wang yang ditentukan nilainya oleh manusia.

Allah S.W.T sebagai jurutera pencipta manusia tentulah tahu apa yang terbaik untuk ciptaannya. Hari ini, kita tolak emas sebagai wang. Kita terima wang kertas.

Wang kertas jika dikaji asal-usulnya, ia hanyalah surat hutang yang mewakili jumlah emas.

Sejak zaman dahulu sememangnya kerajaan-kerajaan di dunia semua menggunakan emas sebagai wang. Para penjajah negara kita pun menggunakan emas sebagai matawang. Siapakah yang pernah menjajah negara kita?

Belanda, British (United Kingdom), Portugis, Jepun dan Siam (Thailand). Tak kiralah negara mana pun yang menjajah kita dahulu. Mereka semua menggunakan matawang emas.


Kerajaan Siam (Thailand)


Kerajaan Jepun
Kerajaan Portugis


Kerajaan British
Kerajaan Belanda

Kerajaan Kelantan

Kerajaan Johor

Tapi mengapa mereka semua bertukar pada wang kertas? Jawapannya ialah kerana kerajaan mereka mengalami masalah kewangan. Mana tidaknya, wang emas itu habis digunakan bagi tujuan berperang. Kepulauan Melayu bergolak dengan penjajahan demi penjajahan. Sehingga tulisan Jawi kita jua dijajah menjadi tulisan Rumi (Roman) seperti yang huruf-huruf yang anda sedang baca sekarang ini. Sehingga juga ada warga veteran yang masih hafal lagu negara Jepun.

Apakah banyak wang terlibat dalam peperangan. Oh! Sudah tentu.

Siapa tukang bina kapal?
Siapa tukang kimpal?
Siapa tukang jahit layar kapal?
Siapa jurumudi kapal?
Siapa buruh kasar kapal?
Siapa jururawat di kapal?
Siapa pengawal di kapal?
Siapa tukang senjata di kapal?
Siapa tukang masak di kapal?
Siapa dan siapa ...

Jadi wang kerajaan sesebuah negara itu habis dek peperangan. Wang ketika itu ialah emas dan perak. Ia tidak boleh diulang-cetak. Ia sangat unik.

Hari ini, kerajaan Amerika Syarikat turut mengalami benda yang sama. Mereka kerugian kerana peperangan. Peperangan cara sekarang lebih banyak melibatkan wang. Bom-bom berkuasa hebat, teknologi canggih dan lain-lain.

Taktik Penjajah
Jadi semasa para penjajah kehabisan wang emas dan perak. Jadi penjajah ini mula menggunakan kertas sebagai ganti kepada emas. Rakyat jelata disuruh bekerja atau pun berkhidmat. Tetapi rakyat jelata tadi tidak diberikan emas.



Lihat perkataan promises to pay the bearer on demand.


Perkataan tersebut jika diterjemahkan, ia bermaksud 'janji-janji untuk bayar si penanggung beban atas tuntutan'.

Katakan anda orang Melayu yang menjual goreng pisang ketika itu, anda dapat kertas ini. Anda kemudiannya boleh menukarkannya kepada wang. Wang ketika itu ialah emas. Jadi kertas ini bersandarkan kepada emas.

Hari ini? Tidak lagi. Wang kertas kita, tidak lagi disandarkan pada emas. Buktinya? Kita akan lihat nilai wang kertas ini semakin menjunam. Ia akan mengalami inflasi dan spekulasi. Manusia boleh mainkan nilai wang kertas itu. Ia tidak sama halnya dengan emas. Kerana emas mempunyai nilai tetap di dalamnya terkandung berat, karat, saiz dan lain-lain.

Berbalik pada cerita penjajah tadi. Apakah kertas tadi boleh diterima oleh rakyat jelata? Apakah mereka tidak marah? Mereka marah dan tak suka orang berhutang dan memberikan selain daripada emas kepada mereka. Maka dari situ British pun mencantikkan kertas mereka seperti yang kita dapat saksikan di bawah ini:-



Dengan kertas ini rakyat jelata boleh mendapatkan emas mereka. Rakyat jelata menjadi tenang apabila terpampang gambar pemimpin British di kertas itu. Kononnya penjajah serius menjaga kebajikan rakyat jelata. Tetapi pada hakikatnya ini semua hanyalah untuk meredakan kemarahan rakyat jelata atas penipuan demi penipuan.

Maka seterusnya penjajah pun saling berperang. Kerajaan Jepun pun mahu kaya. Mereka kata Asia Tenggara ini mereka yang punya.

Masih ingat British lawan Jepun di Tanah Melayu? Apabila Jepun menguasai Tanah Melayu, mereka juga turut mengikut jejak langkah British. Dengan hasrat ingin untung sama seperti British untung. Maka Jepun pun mencetak kertas di bawah:-


Kertas bergambar pokok pisang yang sering diperkatakan warga veteran kita.


Rakyat jelata tentu marah. Mereka mahukan wang sebenar iaitulah emas. Bayangkan seorang peniaga goreng pisang menjual goreng pisang, dia tidak terima langsung sebutir emas dalam setiap jualan goreng pisangnya.

Bahkan dia terima pula kertas yang ada gambar pisang di atas. Mesti marah bukan? Tetapi dalam keadaan dijajah begitu, mana nak berani bangkang-membangkang?

Jika difikir, penjajah semakin untung, kerana rakyat jelata disuruh bekerja dan berkhidmat dengan hanya diberikan kertas-kertas bernombor.

Oh ya, semasa British digulingkan oleh Jepun, kertas-kertas British masih ada disimpan oleh ramai rakyat jelata. Kerajaan Jepun tak mahu bertanggungjawab dengan kertas-kertas British. Jadi siapa yang rugi? Tentulah rakyat jelata. Mereka kehilangan emas mereka.

Setelah itu, Kerajaan Jepun pula digulingkan oleh British. British kembali berkuasa. Tetapi kali ini mereka datang dengan mencetak kertas yang baru.



Lagi sekali rakyat jelata ditipu. Kertas-kertas terdahulu yang disimpan tidak dapat ditukarkan kepada emas. Malah tidak laku kerana British mengatakan kerajaan terdahulu dan terkemudiannya berbeza. Walau bagaimanapun kertas baru ini masih menjanjikan emas.

Setelah British memasukkan Borneo ke dalam Malaya, kertas baru dicetak lagi.



Apakah bezanya dengan kertas baru ini? Kertas ini tidak lagi melibatkan emas. Emas tidak lagi diwajibkan sebagai pertukaran. Ia hanyalah kertas bernombor semata-mata. Gambar Permaisuri Elizabeth digunakan. Pada masa itu, gambar ini sudah cukup seksi untuk meredakan kemarahan rakyat.

Jadinya rakyat jelata sudah ditipu dari penjajah demi penjajah dan dari penipuan demi penipuan. Ini semua melambangkan tenaga rakyat jelata boleh dikerah, diguna tanpa melibatkan sebutir emas pun. Cukup punya pandai penjajah ini. Kalau penjajah pandai, makanya rakyat jelata?

Kerajaan British amat bijak dalam melakukan persedian bagi menghadapi akibat terburuk. Maka mereka sekali lagi mencetak kertas yang baru.



Kertas ini ada gambar pemimpin negara kita.


Cerdiknya British, mereka sanggup menggantikan gambar Permaisuri dengan pemimpin negara kita demi menghalalkan kertas ini. Rakyat jelata rata-ratanya hormat akan pemimpin sendiri. Jadi hasilnya tiadalah lagi api kemarahan rakyat. Tetapi tidakkah kita terfikir, bagaimana pemimpin kita boleh mendengar cakap British?

Mengikut sampaian orang-orang veteran, raja-raja Melayu, ulama' dan pemimpin Melayu yang tidak berpihak pada British akan dibunuh dan dibuang ke pulau-pulau kecil. Jadinya kuasa-kuasa istana dan pemimpin di parlimen yang ada pada hari ini berpihak pada siapa?

Amalan jelik masih diteruskan oleh budak suruhan British hingga ke hari ini. Sekaligus terus-menerus menidakkan hak rakyat jelata untuk mendapatkan kembali emas kepunyaan nenek moyang mereka sejak zaman penjajah dahulu.

Ini semua akhirnya akan menjadikan kita semua, satu negara kita ini meleset dari segi ekonominya, akhlaknya dan lain-lain akibat tempias penggunaan kertas itu tadi.

Satu contoh, peperangan yang berbekalkan dana emas akan berakhir apabila emas habis dibelanjakan. Ia tidak mungkin dapat dicetak lagi seperti kertas. Jadinya kezaliman dan keangkuhan pemimpin untuk terus berperang akan terbatas dengan ketiadaan emas. Tetapi hari ini, kertas boleh diulang cetak.

Mengikut kiraan ulama' Sheikh Imran Hosein pada ceramah 2007 beliau, katanya setelah kejatuhan wang dalam bentuk kertas tadi, Dajjal pun akan muncul.

Kedatangan Dajjal boleh disaksikan oleh budak-budak yang sedang bersekolah hari ini. Jika kiraan ini tepat, maka Dajjal yang dikatakan lahir dari keluarga Yahudi, berambut kerinting akan memerintah dunia dari negara haram Israel dalam sedikit masa lagi.

Tambah Sheikh Imran Hosein, Dajjal akan menggunakan wang elektronik bagi menggantikan wang dalam bentuk kertas. Satu lagi penipuan secara elektronik bakal mewarnai dunia. Bukan?

Kata Sheikh Imran Hosein, apa yang umat Islam perlu lakukan ialah melaksanakan apa yang ada di dalam Al-Quran dan hadis.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua para pembaca, agar kita kembali kepada dinar (emas) dan dirham (perak) serta menghayati sistem ekonomi Islam yang popular dengan pengharaman riba'.

Kita tidak seharusnya mengaku kalah dengan kedatangan Dajjal. Kerana terdapat juga proses menyambut kedatangan Nabi Isa A.S dalam menewaskan Dajjal di Israel. Jadi tidak mahukah umat Islam turut serta menyambut Nabi Isa A.S?


PETIKAN

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa anggota gabungan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) supaya menggunakan Dinar Emas untuk menghalang Amerika Syarikat dan Yahudi terus menguasai ekonomi dunia.

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, Nik ImageAziz mempersoalkan jika Kesatuan Eropah boleh menggunakan Euro sebagai matawang sendiri, mengapa tidak negara OIC.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan, penggunaan dinar boleh menjadi teras kepada penyatuan negara umat Islam dari sudut ekonomi untuk bangkit dari dibuli penjajahan kuasa besar dunia.

Nik Aziz turut mengesyorkan kerajaan Malaysia, supaya mengambil langkah positif, meneruskan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh bekas Perdana ImageMenteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

"Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata," tegasnya. Kerajaan Negeri Kelantan menurutnya mengorak langkah pada tahun lalu untuk memperkenalkan dinar emas kepada rakyatnya.

Beliau turut berbangga kerana pelancaran dinar emas mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Kelantan dan pelancong yang berkunjung ke negeri Serambi Mekah itu.

Nik Aziz berkata demikian dalam Majlis Makan Malam sempena 'Persidangan Antarabangsa Mengenai Ekonomi Gold Dinar' yang dianjurkan di PWTC pada 24 dan 25 Julai ini yang turut disiarkan secara langsung menerusi www.kelantan.tv.

Selain Dr Mahathir sebagai pemidato utama, persidangan dua hari itu mengemukakan beberapa tokoh ekonomi Islam antarabangsa antaranya, Profesor Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Profesor Masudul Alam Choudhury, Sheikh Imran N. Hosein, Umar Ibrahim Vadillo, dan lain-lain.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib-naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.

Teks penuh ucapan Tuan Guru Nik Aziz seperti berikut:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi). (Surah Ali Imran, ayat 14)

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa taala, kerana hanya dengan limpah izin dan inayah-Nya sahaja, kita dapat menjayakan majlis makan malam, sempena "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa" yang sangat penting lagi amat bersejarah ini.

Dato'-dato', Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekelian,

Pada tanggal 27 Syaaban 1427 hijriah, bersamaan 20 September 2006 yang lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mudahkan kepada rakyat Kelantan amnya, dengan penjualan kepingan-kepingan dinar yang diperbuat daripada emas tulen 22 karat, bersamaan seberat 4.25 gram.

Pelancaran emas dinar Kelantan tersebut, bukanlah bermaksud Kerajaan Negeri Kelantan mahu menggantikan penggunaan ringgit Malaysia dengan dinar!

Kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat sekalipun, tidak mampu, malah tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Bahkan, kerana wujudnya perjanjian di peringkat antarabangsa, yang memutuskan bahawa emas dan perak tidak lagi boleh dijadikan mata wang dalam ekonomi semasa.

Tindakan mewadahkan dinar yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan, sama sekali tidak bertentangan dengan peraturan dan amalan bank negara, kerana pada tahun 2003 yang lalu, Bank Negara sendiri pernah memperkenalkan wadah dinar kepada rakyat.

Sehingga hari ini, tuan-tuan dan puan-puan masih boleh membeli dinar, yang ditempah dan dijual oleh The Royal Mint dengan tiada apa-apa masalah.

Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20.

Maksudnya:

Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (Surah Ali Imran : 75)

Maksudnya:

Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja...

Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi.

Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya:

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.

Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham.

Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.(Untuk ditukar dengan sistem sekular Ataturk dan telah menimbulkan seribu satu masalah kepada al-insan).

Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas.

Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Adia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu.

Para Hadirin sekalian,

Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja.

Bahkan ramai juag ahli-ahali ekonomi dari kalangan bukan, yang inginkan wang komoditi, kahsnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya.

Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.

Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.

Dato'-dato', datin-datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.

Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus.

Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semuala kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumabangan yang tertentu dan sebagainya.

Saya telah difahamkan bahawa sehingga ke tarikh ini, sejumlah lebih RM600 ratus ribu nilaian wang emas dinar Kelantan, telah dibeli oleh masyarakat umum. dan yang sangat menariknya, pelancong-pelancong dan pelawat-pelawat dari luar Kelantan juga, berebut-rebut untuk memiliki dinar emas keluaran kerajaan Kelantan.

Sama ada sebagai cenderamata, mahupun untuk lain-lain kegunaan mengikut keperluan masing-masing. Ini semua membuktikan bahawa, usaha ke arah mengembalikan semula penggunaan mata wang dinar, mempunyai masa depan yang amat cerah, dan akan mendapat sokongan daripada pelbagai masyarakat di seluruh dunia, tanpa mengira agama, bangsa, bahasa dan budaya. Para hadirin sekalian,

Saya selaku Ketua Kerajaan Negeri Kelantan, akan terus memberi sokongan yang sepenuhnya, walaupun dalam bidang yang terhad kepada perjuangan "Gold Dinar Economy" kerana ia merupakan satu perjuangan suci, yang dapat menyatukan dan mendaulatkan kembali umat Islam serta negara-negara kecil sedunia, daripada terus dijajah dan dibuli oleh kuasa besar ekonomi dunia.

Saya juga mengesyorkan supaya kerajaan Malaysia mengambil supaya kerajaan Malaysia mengambil langkah positif, dengan meneruskan cadangan dan landasan yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata.

Ia sebaliknya mengandungi kemaslahatan umum yang bersifat sejagat, yang perlu diperjuangkan secara konsisten oleh kita semua. Jika negara-negara Kesatuan Eropah boleh menggunakan matawang mereka sendiri, dengan nama mata wang Euro, mengapa tidak kita negara-negara OIC menggunakan mata wang dinar?

Saya serahkan kepada pakar-pakar ekonomi kita, untuk terus berjuang memberi kefahaman kepada masyarakat Islam, terutamanya pimpinan dan golongan cendikiawan.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur persidangan ini, dan juga semua pembentang kertas kerja, sama ada dari luar negara mahupun dari dalam negara, yang sama-sama telah bersatu tenaga dan idea, dalam menjayakan "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa," yang sangat penting lagi sangat bersejarah ini.

Sumber:
http://hanief.blogspot.com/2010/03/semua-kena-tipu-wang-kertas-vs-emas.html

Monday, February 7, 2011

Kenali Rasulullah S.A.W

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW
Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)

BIODATA RASULULLAH SAW

•Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
•Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
•Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
•Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
•Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
•Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
•Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
•Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN

•Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN

•Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
•Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

•Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
•Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

•Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
•Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

•Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
•Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

•Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
•Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
•Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
•Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

•Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
•Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
•Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

•Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

•Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
•Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

•Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

Khadijah Binti Khuwailid
Saudah Binti Zam ' ah
' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab Binti Jahsy
Maimunah Binti Harith
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah 2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib 2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ' Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ' Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya..

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas

Monday, January 24, 2011

Wakaf Masjid Daerah Penampang, Sabah



LATAR BELAKANG

Masjid merupakan satu anugerah dan satu institusi yang sinonim dengan umat Islam. Masjid adalah sebagai tempat beribadah dan berinteraksi khusus untuk umat Islam.

Daerah Penampang ialah jiran yang rapat dengan Bandar Raya Kota Kinabalu. Oleh yang demikian maka berlakulah kepesatan penambahan penduduk pelbagai kaum di daerah ini, khususnya yang beragama Islam. Di samping itu, penjawat awam, swasta dan para peniaga yang beragama Islam juga penyumbang kepada penambahan penduduk Islam yang ketara di daerah Penampang.

Hal demikian menjadi kepentingan dan keperluan asas bagi penduduk Islam di Penampang agar sebuah masjid dapat didirikan di kawasan ini dengan kadar yang segera. Dengan terdirinya sebuah Masjid di daerah ini, umat Islam dapat menunaikan Solat Jumaat di samping menunaikan fardhu kifayah yang lain seperti pengurusan jenazah, solat terawih dan yang berkaitan.

Selaras dengan tujuan ini, satu Jawatankuasa Wakaf Masjid Penampang telah ditubuhkan hasil idea pelbagai pihak dan diharapkan agar Jawatankuasa ini dapat menggembleng tenaga serta usaha agar satu kutipan dana diperoleh untuk merealisasikan pembinaan Masjid ini melalui sumbangan kerajaan, orang awam dan syarikat-syarikat korporat.


MATLAMAT

- Menyediakan tempat ibadat yang strategik untuk umat Islam
- Tempat umat Islam berkumpul untuk menjalankan aktiviti-aktiviti agama.
- Mewujudkan institusi pendidikan agama untuk keperluan generasi Islam di daerah Penampang dan kawasan sekitarnya.
- Menjadi pusat informasi Islam dan “One Stop Centre”
- Menyemarakkan syiar Islam di daerah Penampang.


MAKLUMAT TAPAK

Cadangan tapak bagi pembinaan Masjid Wakaf ini telah dikenalpasti berhampiran dengan Jalan Penampang Bypass. Tapak yang sesuai yang telah dikenalpasti merupakan milik individu yang telah bermurah hati untuk memindah milik tanah ini pada harga yang sangat rendah berbanding harga sebenar pasaran. Individu ini berhasrat untuk melihat terbinanya masjid ini bagi memenuhi tuntutan agama Islam di daerah ini. Kebenaran kutipan dana dari Jabatan Ketua Menteri juga telah diperoleh bagi tujuan ini.


TAWARAN HARGA TAPAK WAKAF

Jawatankuasa Wakaf Masjid Penampang telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menetapkan harga bagi satu lot tapak wakaf bersamaan dengan satu kaki persegi bagi masjid ini seperti berikut:

1 Lot Tapak Wakaf bersamaan 1 kaki persegi bernilai RM100.00


KAEDAH SUMBANGAN

- Tunai / Cek
- Pemindahan wang bank
- Memasukkan terus ke akaun bank “Jawatankuasa Wakaf Masjid Penampang”

***Bagi tujuan pembelian tapak menggunakan Wang Pos/Cek/Akaun Bank Islam, sila bayar atas nama JAWATANKUASA WAKAF MASJID PENAMPANG dan faks salinan resit transaksi bank untuk rekod.

No Akaun Bank Islam : 10016010074517

Untuk maklumat lanjut sila ke laman http://wakafmasjidpenampang.blogspot.com/

Amalan Wakaf Menjana Kemajuan Ummah

Oleh: Mohd Rumaizuddin Ghazali

Amalan wakaf memainkan peranan penting dalam membangunkan agama, masyarakat dan negara. Dalam rangka pembangunan ekonomi ummah, Islam mengemukakan pendekatan yang bersepadu dan proaktif di antara lain mengemukakan ibadat wakaf. Bahkan wakaf ini diinstitusikan untuk menyusun masyarakat dan telah terbukti melalui sejarah betapa institusi ini berperanan penting dalam membangun kekuatan dan kesejahteraan umat Islam sejak berzaman.

Muhammad Abu Zahrah dalam bukunya Muhadarat fi al-Waqf ( Perbahasan Mengenai Wakaf) menyebutkan bahawa pembinaan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa adalah sebahagian daripada usaha kerja amal wakaf yang pernah berlaku dalam sejarah manusia. Sifat naluri manusia juga mahu memberi sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain selepas ia meninggal dunia.

Oleh itu, agama Islam menggalakkan umatnya melakukan amalan wakaf supaya pahala tersebut akan berterusan walaupun ia telah meninggal dunia selagi mana harta wakaf itu digunakan untuk kepentingan umum.

Rasulullah merupakan orang yang pertama mewakafkan hartanya selepas peperangan Uhud apabila baginda mewakafkan harta yang diberikan oleh sahabat yang bernama Mukhairiq daripada hasil habuan perang. Kemudian perkara tersebut diikuti oleh para sahabat seperti Umar bin al-Khatab.

Amalan tersebut terus subur dalam masyarakat Islam sehingga kini. Begitu juga, pembinaan Masjid al-Nabawi adalah hasil daripada harta wakaf. Amalan jariah mendirikan bangunan masjid tersebut menjadi amalan keseluruhan umat Islam. Antara masjid-masjid yang masyhur adalah masjid al-Azhar,Masjid al-Husain di Mesir, Masjid Umawi di Syria dan Masjid al-Qairawan di Tunis. Di Malaysia, amalan tersebut bermula sejak kurun ke 15, apabila Islam mula bertapak di sini dengan pembinaan masjid di seluruh Tanah Melayu.

Wakaf merupakan sebahagian daripada bentuk amal jariah yang ganjaran pahalanya akan terus menerus berlaku hingga wakafnya berakhir atau musnah, walaupun pewakaf itu telah meninggal dunia. Hukum mewakafkan harta adalah sunat kerana ia merupakan perbuatan yang baik daripada kerja kebajikan yang sangat dituntut.Abu Hurairah telah menjelaskan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud :

“ Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaat dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.” (riwayat Muslim).

Imam al-Rafi’i menjelaskan perkataan bersedekah jariah dalam hadith tersebut dengan maksud wakaf kerana pahala sedekah jariah wakaf terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain pahala tidak berpanjangan mengalir seperti wakaf.

Antara tujuan wakaf adalah untuk mendekatkan seorang hamba dengan Allah. Oleh itu, wakaf hanya dibolehkan kepada perkara kepentingan umum umat Islam dan bukan kepada tempat ibadat orang-orang kafir, atau disalurkan ke dalam aktiviti yang haram atau maksiat atau yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Muhammad Abu Zahrah menyatakan amalan wakaf tidak terhad kepada pembinaan masjid, bahkan merangkumi semua bentuk amalan yang berlaku pada sedekah seperti amalan mewakafkan harta benda, tanah, wang sewaan tanah, pembinaan hospital, rumah-rumah anak yatim dan fakir miskin.

Salah satu contoh harta wakaf umat Islam yang kekal sehingga kini ialah pembinaan Universiti al-Azhar semenjak 1000 tahun lalu. Sehingga kini pembiayaan dikendalikan daripada harta wakaf yang memberi khidmat percuma pengajian kepada pelajar Islam dari seluruh dunia.

Friday, January 7, 2011

Penghijrahan Bermula....


Assalamualaikum w.b.t... Salam Perjuangan

Segala puji bagi Allah... Segala puji bagi Allah... Segala puji bagi Allah tuhan sekian alam... Merafak sembah kesyukuran yang tidak terhingga kerana diri ini masih diberi keizinan oleh Allah untuk terus muhasabah diri membaiki kelemahan, meningkatkan potensi dan menambah amal soleh sebanyak yang mungkin.

Hari ini diri ini berada di bumi semenanjung. Tiada ungkapan yang layak melainkan kesyukuran kepada Allah kerana diberi keizinan untuk diri ini berbakti di bumi semenanjung setelah lebih 5 tahun di izinkan Allah untuk merantau di bumi Sabah di Bawah Bayu.

Sabah di Bawah Bayu merupakan bumi yang bertuah. Bergitu juga manusia yang berada di bumi tersebut juga adalah manusia yang bertuah. Sebuah negeri yang mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi bangsanya, makanannya, budayanya, adat resamnya, undang-undangnya, cara kehidupanya, bahasanya, tingkah lakunya, kemesraanya serta banyak lagi keunikan bumi Sabah.

Terlalu banyak kenangan indah & pahit sepanjang perjalanan merantau ke bumi Sabah. Jauh dari kampong halaman, ibu bapa & sanak saudara. Yang ada ahanyalah sahabat handai yang sudi membantu sekiranya memerlukan.

Buat masa sekarang kenangan di bumi sabah masih dalam ingatan. Tempat-tempat menarik sukar untuk di lupakan, walaupun sebenarnya hati ini amat berat untuk meninggalkan bumi yang sudah mula serasi dengan diri ini. Namun bergitu penghijrahan itu satu fitrah yang kadang-kadang tidak dapat di sembunyikan. Keinginan untuk berkhidmat di semenanjung juga membuak-buak di samping berhampiran dengan keluarga. Duduk jauh bukanya tidak seronok tapi kadang-kadang dirasakan sedikit kesusahanya apatah lagi sekiranya ada ahli keluarga ditimpa musibaah kesihatan. Sememangnya diakui kos perjalanan untuk pulang ke kampong amat memeritkan kadang-kadang mencecah RM2000-RM 3000.

Namun bergitu negeri Sabah di Bawah bayu kekal di dalam ingatan. Tanah tempat aku mencari rezeki tidak akan aku lupakan. Bumi yang banyak mencoretkan kenangan dalam hidup ini. Terima kasih kepada semua warga sahabat yang mengenali diri ini ketika diri ini menumpang teduh di bumi Sabah yang banyak membantu diri ini mengenal erti kehidupan. Jasa kalian tidak akan di lupakan...