Monday, September 27, 2010

Tersungkurnya Kemenangan Di Uhud


Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Ukhwah

Pertama sekali marilah kita merafak sembah kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk mehirup udara segar, melihat persekitaran yang indah dan memijak bumi yang bertuah. Sesungguhnya udara yang kita sedut, bumi yang kita pijak ini adalah hak milik Allah S.W.T.

Sedar tidak sedar kita semakin hampir menuju ke penghujung syawal dan akan memasuki bulan Zulkaedah. Semakin cepat masa berlalu semakin cepat usia kita meningkat semakin dekat kita kealam kubur. Seperna penghujung bulan Syawal ini marilah kita menyusuri sirah Nabawi yang mana di dalam bulan syawal ini berlakunya peparangan yang di namakan Peperangan Uhud yang terjadi pada 15 Syawal tahun ketiga Hijrah. Peperangan ini di namakan peperangan Uhud kerana peperangan ini berlaku di kawasan yang bernama Uhud.

Sekiranya kita masih ingat pada bulan Ramadhan yang lepas kita telah merasai dengutan peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke dua Hijrah. Rintitan dari peristiwa tersebut telah menyebabkan kaum musyikin Quraisy Mekah yang kalah dalam peperangan Badar menyimpan rasa tidak puas hati & dendam terhadap islam di Madinah. Di dalam peperangan Badar ramai pemimpin – pemimpin Quraisy terbunuh termasuklah Abu Jahal serta permimpin-permimpin tertinggi Qursaisy yang lain. Di sebabkan rasa dendam yang amat tinggi untuk menuntut bela maka pemimpin Quraisy telah bersepakat untuk melancarkan perang terhadap umat islam dan tentera Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufyan menggantikan Abu Jahal yang telah mati di medan Badar.

Ramailah kaum kerabat & ahli keluarga kaum Quraisy yang mengikuti peperangan ini bagi menuntut bela di atas kematian sanak saudara mereka termasuklah isteri abu Sufyan iaitu Hindun binti Utbah yang menuntut bela bagi kematian bapa dan saudaranya iaitu Utbah dan Walid yang dibunuh oleh Ali & Hamzah.

Berita peperangan ini sampai ke Rasulullah S.A.W dan Baginda memanggil para sahabat untuk mendapatkan pandangan mengenai peperangan ini. Setelah para sahabat sampai di rumah Rasulullah S.A.W, baginda memberi pandangan untuk tentera islam menanti musuh di benteng pertahanan Kota Madinah sahaja dan sekiranya musuh menyerbu masuk barulah tentera islam menyerang kerana amat sukar tentera musuh untuk memasuki Kota Madinan dan ini memberi kelebihan kepada kaum Muslimin. Walaubagaimanapun terdapat orang-orang muda yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut dan mencadangkan supaya tentera islam keluar menentang musuh supaya musuh tidak beranggapan tentera islam lemah dan penyecut.

Ramai sahabat-sahabat Nabi yang tidak bersetuju dengan pandangan orang-orang muda yang mahu keluar berperang lalu seorang sahabat Nabi yang bernama Abdullah bin Ubai berkata ” lebih baik kita bertahan di dalam kota Madinan sahaja. Dalam pengalaman saya, belum pernah kami menang apabila menyerbu masuk dan belum pernah pula musuh menang apabila menyerbu masuk”. Abdullah bin ubai merupakan seorang pemimpin penduduk Madinan. Sebelum islam penduduk Madinah bercadang untuk mengangkatnya menjadi raja. Namun permuda-permuda islam Madinah terus menuntut supaya mereka keluar menyerang musuh. Rasulullah S.A.W masuk ke dalam rumah Baginda dan keluar semula dengan memakai pakaian perang lalu seorang pemimpin muslimin berkata ”Ya Rasulullah biarlah kita bertahan di Madinah sahaja seperti yang Engkau perintahkan” tetapi Nabi menjawab ” Tidaklah layak bagi seorang Nabi yang telah memakai pakaian perang berundur semula sebelum bertempur. Aku telah mencadangkan supaya kita semua bertahan di Madinah tetapi kamu menolaknya. Sekarang pesanku bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah dalam pertempuran melawan musuh.

Kemudian tentera muslimin seramai 1000 orang berkumpul di masjid dan Nabi sendiri yang memimpin akatan tentera ini. Walaupun bergitu Abdullah bin Ubhai merasa amat marah kerana Nabi tidak mahu mengikut nasihatnya lalu mengajak pengikutnya untuk memboikot peperangan ini iaitu seramai 300 orang tentera. Sekarang tinggalah 700 orang tentera islam sahaja untuk menentang tentera musuh. Setelah tentera islam sampai ke bukit uhud Baginda mengarahkan supaya pasukan perangnya membelakingi bukit Uhud dan pasukan memanah pula di tempatkan di bukit yang lain serta berpesan supaya tidak meninggalkan bukit tersebut kecuali dengan perintah Baginda.

Tentera islam seramai 700 orang berhadapan dengan tentera musuh seramai 3000 orang yang dipimpin oleh abu Sufyan. Setelah kedua dua pihak telah bersedia lalu berlakulah peperangan. Tentera islam dengan semangat yang tinggi telah hampir memenangi peperangan ini dan pihak musuh telah mula berundur tetapi tentera islam tidak mengejarnya sebaliknya mereka sebuk mengumpul harta rampasan perang. Pasukan pemanah tentera islam yang di tempatkan di atas bukit melihat kejadian tersebut dan beranggapan tentera musuh telah kalah lalu turun dari bukit untuk mengambil harta rampasan perang. Ketua pasukan pemanah cuba menghalang dengan berkata ”ingat pesan Rasulullah S.A.W. kita tidak boleh meninggalkan bukit ini tampa arahan dari Rasulullah”. Tetapi sayangnya nasihat tersebut tidak diendahkan oleh ahli-ahli pasukan pemanah lalu turun dari bukit dan mengambil harta rampasan perang. Baginda meletakan pasukan permanah di atas bukit adalah sebagai pertahanan kepada pasukan islam yang bertempur dengan tentera musuh.

Khalid bin Walid yang melihat pasukan pemanah trnteta islam telah turun dari bukit dan meninggalkan kubu pertahanan, lalu Khalid bin Walid yang mengetuai pasukan berkuda tentera Quraisy berpatah kembali melalui belakang Bukit Uhud dan menyerang kembali tentera islam dari belakang menyebabkan ramai tentera islam terkorban. Pada ketika itu Seorang tentera Quraisy yang bernama Washyi tenampak Hamzah lalu membaling lembing ke arah Hamzah dengan kuat menyebabkan Hamzah jatuh lalu syahid. Setelah itu Wahsyi berjumpa dengan Hindun bagi memaklumkan yang beliau telah berjaya membunuh Hamzah lalu Hindu terus mendapatkan jasad Hamzah dan membelah dada hamzah, mengambil hatinya lalu mengunyahnya bagi menuntut bela di atas kematian bapa dan saudaranya.

Ketika itu tentera islam telah bertempiaran lari jauh dari Rasulullah S.A.W dan yang masih tinggal hanyalah Ali, Umar, Abu bakar serta sebilangan kecil tentera islam. Abu surfyan berkata ” hari ini adalah pembalasan kepada peperangan Badar. Hidup Hubal! Kami mempunyai Uzza, sedangkan kamu tidak mempunyai apa-apa” lalu mengumpulkan bala tenteranya untuk berangkat pulang ke Mekah. Seraya dengan itu Umar segera menjawab ”Allah S.W.T pelindung kami, sedangkan kamu tidak mempunyai perlindung”
Abu Surfyan sambil menyejek berkata ”Tahun depan kita berjumpa lagi”. ”Baiklah. Itu perjanjian kita” kata Umar.

Setelah tentera Quraisy berangkat pulang ke Mekah Rasulullah memeriksa tentera islam yang gugur syahid. Baginda ternampak jasad bapa saudaranya iaitu Hamzah lalu mengalirkan air mata. Baginda amat sedih di atas kematian bapa saudaranya itu. Seluruh kaum muslimin amat sedih di atas kekalahan mereka. Tetapi mereka sedar kekalahan mereka itu adalah kerana mereka melanggar perintah Rasulullah S.A.W. Dalam peperangan ini seramai 70 orang tentera islam gugur syahid manakala seramai 23 orang tentera Quraisy terbunuh.

Kemudian turunlah wahyu yang menyejukan hati tentera muslimin di dalam ayat 139-143 surah Ali Imran yang bermaksud :

” Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu
orang- orang yang beriman.Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka,
maka sesungguhnya kaum (kafir) itu pun (pada perang Badar) mendapat luka
yang serupa. Dan masa(kejadian dan kekalahan) itu, Kami gilirkan di antara
manusia (supaya mereka mendapat pengajaran), dan supaya Allah membezakan
orang-orang yang beriman (dengan orang kafir) dan supaya kamu dijadikanNya
(gugur sebagai)syuhadak. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.
Dan supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (daripada dosa
mereka) dan membinasakan orang-orang kafir. Adakah kamu menyangkakan kamu
akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang berjihad
di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar. Sesungguhnya kamu
mengharapkan mati (syahid) sebelum kamu menghadapinya, (sekarang)
sungguhlah kamu telah melihatnya dan kamu telah menyaksikanya”



Hikmah peperangan Uhud

1. Berlakunya perpecahan di kalangan tentera muslimin apabila Abdullah bin ubhai bersama pengikutnya seramai 300 orang telah memboikot peperangan ini yang mengurangkan jumlah tentera islam.

- Dalam sesebuah organisasi atau pasukan perpaduan amatlah penting walaupun terdapat pandangan yang berbeza di kalangan ahli walaubagaimanapun kesepakatan majoriti itu lah yang perlu di utamakan.

2. Pasukan permanah telah mengingkari perintah Rasulullah S.A.W dengan meninggalkan kubu pertahanan di atas bukit.

- Amatlah penting bagi kita mematuhi perinta ketua selagi mana perintah tersebut tidak melanggar syariat kerana ketua amatlah penting di dalam sesebuah organiasi sebagai rujukan dan pembuat keputusan. Walaupun terdapat banyak pandangan tapi keputusan ketua lah yang perlu kita hormati

3. Kemewahan menguasai diri setelah melihat harta rampasan perang yang ditinggalkan oleh tentera Quraisy.

- Dalam kita mengejar kemewahan hendaklah kita sentiasa berwaspada kerana musuh boleh datang pada bila-bila masa. Selain daripada itu ketika mana kita sebuk untuk mencari harta hendaklah kita beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T

Semoga dengan sedikit coretan ini kita dapat mangmbil sedikit pengajaran dan ikhtibar bagi melayari bahtera kehidupan. InsyAllah.