Friday, July 16, 2010

Hak saudara Muslim

Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Hak seorang Muslim kepada Muslim lainya ada enam perkara :

1. Apabila engkau bertemu denganya, ucapkanlah salam.

2. Apabila ia mengundangmu, maka kabulkanlah.

3. Apabila ia minta nasihat daripadamu, hendaklah kamu menasihatinya.

4. Apabila ia bersin, lalu mengucapkan 'Alhamdulilah', maka hendaklah kamu sambut
dengan 'Yarhamukallah'.

5. Apabila ia sakit, hendaklah kamu ziarahinya.

6. Apabila ia mati, hendaklah kamu hantarkan jenazahnya ke kubur.

Gatal Tangan

Assalamualaikum w.b.t dan salam perjuangan

Sebenar xtahu nak tulis ape pun cuma buka blog dan tiba2 tangan ni gatal pulak nak tulis.... hehehe erm... hari ni merupakan hari terakhir budak2 praktikal di pejabat aku menjalani latihan prektikal... semua sekali ada 12 orang tapi yang tamat minggu ni hanya 4 orang ja dan lagi 5 orang akan tamat pada minggu depan. Bakinya akan tamat pada bulan 8 nanti. aku sebenarnya xrapat sangat dengan dorang lagipun tiada sorang pun yang diletakan di bawah unit aku...

Pagi tadi semasa majlis bacaan yasin & tazkirah sempat la diadakan majlis perpisahan dan penghargaan kepada pelajar praktikal yang akan menamatkan latihan praktikal. Xrancang pun sebenarnya cuma pagi2 tadi kak Adila minta diadakan majlis perpisahan untuk budak2 ni dan diberi sijil tamat latihan. Bagus juga majlis bacaan yasin ni kalau2 ada majlis sebegini senang terus je buat sekali. Cuma pernyediaan makanan tu kelam kabut sikit la sebab pagi tadi baru si Cristi & Diana cari makanan kat kantin bawah... nasib baik la ada dan sukup hehehe

Satu perkara yang hangat diperkatakan pada hari ini adalah kenaikan harga minyak, gula dan gas LPG. Semalam kerajaan mengumumkan kenaikan harga barang tersebut seperti berikut :

Minyak Petrol RON 95 naik 5 sen menjadikan harga sekarang RM 1.85 Seliter

Minyak Petrol RON 97 tidak diberikan subsidi.Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik

Minyak Diesel naik sebanyak 5 sen menjadikan harga sekarang RM 1.75 seliter

Harga gula juga naik sebanyak 25 sen menjadikan harga sekarang RM 1.90 sekilo.

Manakala kenaikan harga bagi LPG adalah seperti berikut :

Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Susah nak cakap la... walaupun naik tidak la banyak, cuma 5 sen sahaja tetapi ianya tetap memberi kesan kepada rakyat apabila semua barang keperluan akan turut naik disebabkan kenaikan kos bahanpi.

Aku pun malas nak komen banyak2... kalau aku komen banyak2 pun harga xturun juga... huhuhu

Ok la see u againt la.... hihihi

Monday, July 12, 2010

Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

Isra' Mikraj

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perjuangan

Hari ini tanggal 29 Rejab 1431H dan esok akan memasuki 1 Syaaban 1431H. Terlalu cepat masa berlalu sehinggakan masa yang di amanahkan berlalu bergitu sahaja. Ketika artikal ini ditulis musim perlawanan bola sepak piala dunia mula melabuhkan tirainya dengan pasukan Sepanyol menjuarai Piala Dunia menewaskan pasukan Belanda 1-0. Bergitu cepat masa berlalu, rasanya baru lagi demam piala dunia bermula, sedar tak sedar sebulan masa berlalu dengan bergitu pantas sekali. Tetapi bukan pasal bola sepak piala dunia yang mahu dicoretkan disini....

Bila berada di penghujung bulan Rejab, minda ini teringatkan satu peristiwa yang berlaku keatas junjungan agung Nabi Muhamad s.a.w iaitu peristiwa Isra' Mikraj. Peristiwa Isra' Mikraj merupakan mukjizat agung yang dialami oleh Rasulullah s.a.w pada malam 27 Rejab tahun ke 11 kenabian walaupun berlaku khilaf di kalangan ulama tentang tarikh sebenar berlakunya Isra' Mikraj. Namun bergitu bukanlah tarikh yang perlu dipertikaikan tetapi yang lebih penting adalah untuk meyakini kebenaran peristiwa ini. Apabila Rasulullah s.a.w menceritakan tentang peristiwa ini ramai penduduk Mekah tidak mempercayainya termasuklah beberapa sahabat Rasulullah s.a.w sehinggakan ada dikalangan mereka keluar daripada islam. Adalah menjadi wajib untuk kita umat islam meyakini peristiwa ini tanpa ragu dan sangsi.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. ( al-Isra : 1)

Kisah Isra' Mikraj memberi banyak pengajaran kepada kita seperti berikut:

1. Kita perlulah sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah s.w.t dengan melakukan segala suruhaNya dan meninggalkan segala larangaNya.

2. Menjauhi perkara maksiat dan kemungkaran. Semasa Rasulullah diIsra'kan, Rasulullah melihat banyak penyeksaan terhadap manusia yang melakukan maksiat dan kemungkaran seperti orang yang makan Riba, melakukan penzinaan, mengumpat, membuka aurat, tidak mengeluarkan zakat, tidak mentaati suami, tidak mahu solat, menerima amanah tapi tidak menunaikanya.

3. Satu peristiwa yang amat penting dalam Isra' Mikraj adalah turunya wahyu kewajipan menunaikan Solat. Wahyu ini diturunkan terus dari Allah s.w.t kepda Nabi tanpa perantara Jibrail. Kalau kita lihat inilah satu-satunya wahyu yang diturunkan terus kepada Rasulullah dan ini menandakan bertanpa pentingnya solat dalam kehidupan kita.

4.Dianjurkan memberi salam. Dalam peristiwa Isra' Mikraj Rasulullah s.a.w memberi salam kepada para nabi yang ditemuinya.

5.Peristiwa Isra' Mikraj sebenarnya mendekatkan hati kita dengan Negara Palestin. Dalam surah Isra' ayat satu dengan jelas Allah s.a.w menyebut bumi Palestin yang diberkati. Bumi yang menjadi saksi perintiwa Isra' Mikraj. Bumi yang tempat lahir para nabi dan para rasul serta anbia'. Bumi diturunya wahyu dan penyebaran agama sedangkan bumi ini sedang diratah dan dirampas oleh yahudi laknatullah.

Peristiwa Isra' Mikraj membuka mata hati kita untuk membawa kita kembali kepada islam yang sebanar. Menjalankan kehidupan seharian berpandukan al-quran dan al-sunah. Mengembalikan kegemilangan islam dan merampas kembali bumi palestin dari penjajahan zalim zionis laknatullah....