Monday, July 12, 2010

Isra' Mikraj

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perjuangan

Hari ini tanggal 29 Rejab 1431H dan esok akan memasuki 1 Syaaban 1431H. Terlalu cepat masa berlalu sehinggakan masa yang di amanahkan berlalu bergitu sahaja. Ketika artikal ini ditulis musim perlawanan bola sepak piala dunia mula melabuhkan tirainya dengan pasukan Sepanyol menjuarai Piala Dunia menewaskan pasukan Belanda 1-0. Bergitu cepat masa berlalu, rasanya baru lagi demam piala dunia bermula, sedar tak sedar sebulan masa berlalu dengan bergitu pantas sekali. Tetapi bukan pasal bola sepak piala dunia yang mahu dicoretkan disini....

Bila berada di penghujung bulan Rejab, minda ini teringatkan satu peristiwa yang berlaku keatas junjungan agung Nabi Muhamad s.a.w iaitu peristiwa Isra' Mikraj. Peristiwa Isra' Mikraj merupakan mukjizat agung yang dialami oleh Rasulullah s.a.w pada malam 27 Rejab tahun ke 11 kenabian walaupun berlaku khilaf di kalangan ulama tentang tarikh sebenar berlakunya Isra' Mikraj. Namun bergitu bukanlah tarikh yang perlu dipertikaikan tetapi yang lebih penting adalah untuk meyakini kebenaran peristiwa ini. Apabila Rasulullah s.a.w menceritakan tentang peristiwa ini ramai penduduk Mekah tidak mempercayainya termasuklah beberapa sahabat Rasulullah s.a.w sehinggakan ada dikalangan mereka keluar daripada islam. Adalah menjadi wajib untuk kita umat islam meyakini peristiwa ini tanpa ragu dan sangsi.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. ( al-Isra : 1)

Kisah Isra' Mikraj memberi banyak pengajaran kepada kita seperti berikut:

1. Kita perlulah sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah s.w.t dengan melakukan segala suruhaNya dan meninggalkan segala larangaNya.

2. Menjauhi perkara maksiat dan kemungkaran. Semasa Rasulullah diIsra'kan, Rasulullah melihat banyak penyeksaan terhadap manusia yang melakukan maksiat dan kemungkaran seperti orang yang makan Riba, melakukan penzinaan, mengumpat, membuka aurat, tidak mengeluarkan zakat, tidak mentaati suami, tidak mahu solat, menerima amanah tapi tidak menunaikanya.

3. Satu peristiwa yang amat penting dalam Isra' Mikraj adalah turunya wahyu kewajipan menunaikan Solat. Wahyu ini diturunkan terus dari Allah s.w.t kepda Nabi tanpa perantara Jibrail. Kalau kita lihat inilah satu-satunya wahyu yang diturunkan terus kepada Rasulullah dan ini menandakan bertanpa pentingnya solat dalam kehidupan kita.

4.Dianjurkan memberi salam. Dalam peristiwa Isra' Mikraj Rasulullah s.a.w memberi salam kepada para nabi yang ditemuinya.

5.Peristiwa Isra' Mikraj sebenarnya mendekatkan hati kita dengan Negara Palestin. Dalam surah Isra' ayat satu dengan jelas Allah s.a.w menyebut bumi Palestin yang diberkati. Bumi yang menjadi saksi perintiwa Isra' Mikraj. Bumi yang tempat lahir para nabi dan para rasul serta anbia'. Bumi diturunya wahyu dan penyebaran agama sedangkan bumi ini sedang diratah dan dirampas oleh yahudi laknatullah.

Peristiwa Isra' Mikraj membuka mata hati kita untuk membawa kita kembali kepada islam yang sebanar. Menjalankan kehidupan seharian berpandukan al-quran dan al-sunah. Mengembalikan kegemilangan islam dan merampas kembali bumi palestin dari penjajahan zalim zionis laknatullah....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.