Wednesday, October 27, 2010

LASKAR JIHAD



LASKAR JIHAD

Oleh :Fudzail Md. Nor

KEEMPAT-EMPAT mereka bernafas kelegaan sebaik memboloskan diri dari terowong sepanjang 640 meter. Salah satu dari lebih 800 terowong di sempadan Rafah dan Gaza, terowong yang memisahkan dua dunia. Dalamnya empat meter, lebar satu meter, tinggi mencecah dua meter, cukup-cukup untuk memuatkan seorang demi seorang. Berjalan dalam kegelapan. Meraba-raba, terkadang, teraba punggung orang di depan. Berjalan perlahan, bernafas dalam kekurangan oksigen. Dalam dada berdebaran.

Apa sahaja boleh terjadi, termasuk pengeboman daripada serangan udara tentera Israel.

Datuk Ariffin terduduk dalam bangsal, mencari oksigen, meraba mencari rokok, tetapi teringat sudah berada pada bulan Ramadan. Ketiga-tiga yang lain, Datuk Rusdi, Datuk Mushil dan Datuk Imran sama terduduk di atas pasir. Awal subuh dan suhu masih rendah memberi kenyamanan dalam debaran jantung yang terus kencang.
“Fasa pertama misi sudah selesai!”

Mereka mengangguk. Menyeludup masuk ke Gaza mempunyai risiko besar. Tetapi destinasi itu bukan kebetulan. Mereka tahu dan tidak peduli. Semuanya sudah dirancang dengan teliti, sudah bersedia dengan apa saja kemungkinan. Tiada jalan kembali.

Datuk Ariffin bangkit melihat keluar bangsal, memastikan tiada kelibat pihak penguatkuasa Palestin, apalagi tentera dan perisik Israel yang menjejak. Mata liar mencari petunjuk seperti yang telah dirancang. Ternampak sebuah kereta kuning cair parkir dalam 30 meter.
“Kenderaan yang ditempah sudah menanti!”

Mereka bergegas mengambil beg, berlari anak ke kereta.

“Kata laluan!” Pemandu berkumis, berkaca mata hitam bertanya.
“Angelina Jolie!”

Pemandu mengangguk sambil mata merenung wajah keempat mereka yang cuba kelihatan tenang. Cuba untuk menjadi macho dan hebat.


PERJALANAN dari Rafa ke bandar Gaza melalui kawasan kem pelarian yang kelihatan tidak teratur dengan bangunan seperti tidak siap. Keempat Datuk dengan satu misi bersama itu menatap pemandangan dengan penuh perhatian. Seperti dalam mimpi pula untuk berada di bumi bersejarah yang selama ini hanya diketahui dari media, buku-buku dan cerita-cerita.

“Ini bukan sahaja bumi anbia, tetapi juga bumi Musyrikin!”

Yasir, pemandu yang fasih berbahasa Inggeris itu menjadi pemandu pelancong yang baik.

“Kalau tiada orang jahat, tiada diturunkan nabi-nabi!”

Yasir menyambung cerita. Dari sejarah ribuan tahun ke situasi semasa. Seperti sahaja berada dalam dokumentari National Geoghrapic. Seketika, setelah berlegar di kawasan perumahan dan kedai-kedai, mereka menghampiri sempadan Israel.

“Tengok seberang tembok, di sana Israel, tanah kami yang dirampas sejak tahun 1948! Setiap hari melihat tanah yang dirampas, setiap hari yang tidak memudarkan semangat untuk kembali ke tanah kelahiran!”

Suara Yasir mendesir bersama-sama angin Mediterranean berhembusan. Suara yang melontar dendam dan keazaman. Wajahnya serius.

Datuk Ariffin, Datuk Imran, Datuk Rusdi dan Datuk Mushil mengangguk dengan wajah-wajah yang gusar. Kehadiran mereka ke bumi Gaza di bulan Ramadan bukan lagi satu mimpi, mereka benar-benar bernafas di ruang magis. Ruang yang membawa harapan berbunga dari satu misi kudus.

“Berapa lama kalian mahu berada di Gaza?” Yasir bertanya.

“Paling lama dalam dua minggu!” Jawab Datuk Mushil.

“Tidak menyambut Syawal di sini?”

“Kalau ada rezeki, mahu juga!” Datuk Imran pula menjawab.

“OK. Setelah tiba dan rehat di hotel, saya boleh bawa keliling Gaza, melihat kem-kem pelarian dan kita berbuka puasa di salah sebuah masjid dalam kem pelarian!”

Yasir mengatur jadual aktiviti, sesuatu yang tidak termasuk dalam pembayaran, tetapi cukup melegakan empat Datuk yang membawa pakaian cukup-cukup untuk seminggu.


MELIHAT kesan-kesan perang dan serangan rejim zionis yang ganas memang menginsafkan empat Datuk. Ada kalanya air mata mereka bergenangan melihat keadaan dhaif di khemah pelarian dan apabila bertemu dengan mereka yang cacat akibat serangan bom. Apalagi bertemu kanak-kanak pelarian yang kelihatan terbiar walau ceria dan berkumpul setiap kali melihat kedatangan mereka, ‘pelawat’ dari Malaysia, sebuah negara yang menjadi sebutan ramai kerana banyak membantu dan menyokong perjuangan rakyat Palestin sejak lama.

Sebaik solat Tarawih, mereka bersantai di kawasan pantai yang mula dipenuhi ramai warga Palestin. Meriah dengan manusia mengunjungi gerai makan yang menawarkan shisha dan tayangan filem percuma.

“Ada lebih 150 masjid yang musnah akibat pengeboman, manakala 300 yang lain rosak!”

Datuk Rusdi mengulang maklumat yang diterima. Sebagai seorang yang pernah menjadi pegawai kerajaan menjaga wang zakat dan masjid, dia mengira-ngira jumlah kos yang diperlukan untuk membina semula atau membaiki masjid-masjid tersebut. Sememangnya dia tahu wang zakat yang dikutip olehnya selama ini tidak semuanya sampai kepada yang berhak, malahan ada ketirisan dan digunakan untuk urusan lain, termasuk penyelewengan dalam bentuk hiburan seperti lawatan sambil belajar atas nama urusan rasmi. Walhal, tidak lebih untuk melancong secara percuma. Kekadang pelbagai perancangan dan tindakan dibuat atas nama agama pun tidak lebih sekadar menutup pelbagai kelemahan dan kepincangan di kalangan pegawai.

“Masjid di Gaza ini semuanya ada kelas tahfiz, sudah puluhan ribu hafiz yang lahir. Nampaknya dalam keadaan seperti penjara ini, warga Palestin di Gaza tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan, bersedia untuk kembali ke tanah yang dirampas!”

Sambung Datuk Mushil sambil matanya sesekali meninjau wanita-wanita Palestin yang lalu lalang. Tidak dapat mengelak untuk mengagumi kecantikan mereka, apalagi buat seorang yang selama ini ada banyak skandal sebagai ketua pengarah sebuah stesen TV. Dikelilingi artis-artis glamor yang mahukan publisiti dan kemewahan hidup tanpa bekerja keras. Datuk Mushil selalu mengambil kesempatan tanpa mengira dosa pahala. Asalkan bahagia dan seronok melapah seorang demi seorang artis wanita, terutama yang baru mahu berkecimpung dalam dunia hiburan dengan impian ke persada sebagai penghibur popular, selain kalau-kalau bernasib baik disambar para Datuk yang mahu melengkapkan kuota poligami.

“Kamu perasan selama dua hari di sini, sudah keliling Gaza, kita belum bertemu seorang pun peminta sedekah. Walhal, majoriti hidup di bawah paras kemiskinan!”

Datuk Ariffin mencelah. Sebagai seorang ahli politik yang sekian lama hidup mewah di bawah kuasa politik yang mana matlamat menghalalkan cara, dia cukup arif dengan sikap ahli politik yang lebih kurang sahaja sikap, sebagai peminta sedekah, kalau tidak sebagai pencuri dan perompak wang rakyat. Malah kekadang ada kebenarannya yang ahli politik sama taraf dengan pelacur, sesuatu yang tidak dinafikan oleh Datuk Ariffin yang telah menggadai bukan sahaja maruah diri, malah bangsanya sendiri dengan bisnes atas angin dan ali baba. Menidakkan hak majoriti kerana dia termasuk golongan elit yang berkuasa.

“Betullah! Malah ada yang apabila kita mahu beri wang, menolak dan minta masukkan dalam tabung, untuk dikongsi bersama!” Datuk Imran melepaskan kata-kata sambil melihat jauh ke arah kerlipan lampu kapal-kapal. Sebagai seorang penyanyi rock veteran yang bukan sahaja glamor, pernah menjadi idola anak muda malahan hidup dalam berfoya-foya, Datuk Imran selalu mencari publisiti murahan dengan konsert amal dan aktiviti seperti berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Semuanya sandiwara, apalagi pihak media terus memberatkan hiburan dengan menjadikan artis sebagai bahan pelaris, walhal, kebanyakan artis seperti Datuk Imran yang mendapat anugerah Datuk kerana jasa mencemarkan budaya dengan budaya rock dan hippie, tidak lebih sekadar gimik.
Hidup dalam kemungkaran, solat tidak tentu hala dan mabuk-mabuk. Lebih banyak membawa keburukan kepada masyarakat yang menjadikan hiburan sebagai pelengkap kehidupan setelah muak, jelak, mual dan benci dengan gelagat, suasana politik dan ahli politik yang tidak berhabisan berebut kuasa. Jatuh menjatuh dan fitnah menfitnah sesama sendiri terutama kalau dalam sidang Parlimen yang boleh menjadi sarkis dan zoo.

Maka dalam kemeriahan malam Ramadan di Gaza menyelubungi suasana, tetapi tidak pada keempat Datuk yang kelihatan serba kekeliruan. Masih dalam ketidakpastian walau sebelum ini bertekad dengan satu misi. Sanggup masuk secara haram ke Gaza kerana tidak mahu menunggu lama untuk visa dikeluarkan oleh pihak berkuasa Mesir.

Misi yang diharapkan boleh mengubah satu destini dan destinasi kehidupan, setelah puluhan tahun bernafas dalam dosa, noda, pembohongan dan hipokrasi. Misi yang lahir dari satu sesi karaoke di pusat perjudian atas gunung setelah melihat dengan mata sendiri, seorang Tan Sri bertaraf bilionair mati sakit jantung di atas dada telanjang seorang GRO dari negeri China.

“KAMU tahu, abang saya adalah seorang syuhada. Dia menjadi pengebom berani mati yang berjaya membunuh 15 orang askar Zionis laknatullah di bandar Jericho!”
Keempat-empat Datuk segera tersedar mendengar cerita Yasir walau cukup mengantuk. Perjalanan selepas Zuhur ke kawasan khemah pelarian terbesar dan paling padat di dunia, Al-Jabaliah memang cukup menyeksakan kerana mata terpaksa dibuka luas. Tersengguk bersama cerita Yasir yang tiba-tiba terasa menyegarkan.

“Kamu tahu ini juga bermakna, saya boleh menjadi ahli syurga kerana setiap syuhada boleh memilih 70 orang untuk bersamanya ke dalam syurga!”

Mendengar perkataan syuhada dan ahli syurga menambahkan tarikan. Semua orang mahu masuk syurga walau ramai yang mencorakkan neraka dalam kehidupan seharian.

“Sebab itukah kamu memandu berbahaya,” Tanya Datuk Ariffin yang sejak lama mahu menegur cara Yasir memandu. Ciluk sana, ciluk sini. Kadangkala laju tidak bertempat dan memotong ikut suka hati, walau Yasir bukan pemandu unik di Gaza, sedikit sebanyak mencemaskan.

Yasir ketawa.

“Ya! Saya ada lesen ke jannah!”

“Tetapi kami belum ada, kamu boleh mati syahid, masuk jannah, kami boleh mati katak di Gaza ini dengan cara kamu memandu!”

Ujar Datuk Rusdi diikuti ketawa beramai-ramai. Teringat jumlah mereka yang mati nahas jalan raya terus meningkat di tanah air, biarpun kenderaan semakin canggih dan jalan raya semakin banyak.

“Bukankah kamu berempat datang ke Gaza ini untuk mati syahid?”

Tanya Yasir kembali, setelah lima hari, Yasir sudah seperti lama mengenali empat orang Melayu awal lima puluhan yang juga sudah tidak segan silu bercerita latar belakang masing-masing.

Membongkar satu misi untuk mati syahid kerana yakin taubat mereka sukar untuk diterima. Walau berkali ke umrah dan haji, masih terasa terlalu banyak dosa dan noda untuk dihapuskan. Terlalu banyak menganiaya orang. Menipu, menyeleweng, berzina, memberi dan menerima rasuah, hantar santau, malah merogol dan merancang pembunuhan kerana persaingan dan dendam. Taraf kejahatan melampau yang menyebabkan keempat-empat mereka yang pernah bergelar golongan elit Melayu Baru itu bertekad untuk menyusup ke Gaza, berdepan dengan rejim Zionis dan kalau bernasib baik, mati syahid. Terus ke syurga tanpa hisab. Boleh bawa 70 orang lain sama-sama ke syurga.

“Kamu ahli politik bukan?” Tanya Yasir kepada Datuk Ariffin yang mengangguk.

“Di bumi Palestin ini pun ramai ahli politik yang korup. Sebab itu kami memilih parti Hamas walau dianggap teroris kerana sudah muak, jelak dan benci dengan pemimpin Fatah berpuluh tahun memungkiri janji dan amanah. Sebab itu saya cakap di sini bukan sahaja bumi anbiya, malahan bumi Musyrikin. Sebab itu orang Palestin berterusan dizalimi, dilanyak Yahudi kerana pemimpin kami ada yang sudah dibeli, korup dan mementingkan perut semata-mata. Perjuangan keramat membebaskan Palestin hanya sandiwara semata-mata. Apalagi dunia Arab yang bersetongkol dengan Israel dan Amerika!”

Tersentuh hati Datuk Ariffin yang memang selama ini sekadar proksi kepada ahli-ahli perniagaan yang menggunakan beliau untuk manipulasi kontrak. Kekayaan yang dikumpul di bawah dasar politik kronisme. Berguni-guni, malahan kadang berlori-lori wang tunai yang disimpan hasil rasuah dan penyelewengan. Hidup mewah tetapi seperti bangkai kerana makan minum duit haram.

“Kamu bayangkan nanti, berapa ramai yang kamu mesti minta maaf setelah menyalahgunakan, menyelewengkan duit rakyat, duit zakat, duit derma, seperti ramai ahli politik Palestin yang mengagihkan sesama sendiri sewaktu berkuasa dan menidakkan hak-hak kami, terutama anak-anak yatim, anak-anak pejuang yang syahid dan anak-anak yang terus dalam kemiskinan walhal hasil negara dari dana derma cukup menampung perbelanjaan untuk menanggung mereka!”

Yasir terus melepaskan apa yang selama itu terbuku dalam diri, apalagi setelah mengetahui niat dan tujuan misi empat orang Melayu bertaraf Datuk di bulan Ramadan ke Gaza, tanah genting sekangkang kera yang tidak putus dengan konflik dan terus mengorbankan jiwa para syuhada hampir setiap hari.

“Di kawasan Jabaliyah ini selalu ada tentera Israel menyusup masuk untuk membunuh mereka yang dianggap teroris. Kamu tahulah, dikalangan kami pun ramai pengintip upahan Israel yang cari makan dengan beri maklumat, kekadang maklumat salah kerana dendam dan dengki!”

Yasir memberhentikan kereta menghala ke kawasan lapang. Diperbukitan adalah sempadan Israel. Ada tembok dinding sedang dibina.

“Nampak kereta kebal, kereta pacuan empat roda yang mengawasi sempadan?”

Keempat-empat Datuk memandang dan mengangguk. Berdebaran, begitu hampir dengan sempadan Israel yang memungkinkan apa sahaja. Tentera Israel boleh bertindak mengikut keputusan mereka kerana ‘keselamatan negara Israel’ lebih penting daripada segalanya.

“Dahulu kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok kurma, pihak Israel musnahkan semua dan kini menjadi kawasan lapang untuk memudahkan mereka membolos masuk. Semua kilang yang pernah memenuhi kawasan ini dibom dan diratakan, meranapkan terus ekonomi Gaza!”

Suasana menjadi hening. Hembusan bayu menerojah minda yang diselaputi bayang-bayang.

“Kalian mahu mati syahid bukan?”

Tanya Yasir. Separuh serius, separuh berjenaka.

“Nampak kereta kebal Israel itu sedang mara ke sini?”

Terpaku keempat-empat Datuk. Debaran jantung membawa gelombang ke wajah.

“Bersedia untuk melontar dengan batu-batu seperti yang kami, terutama anak-anak kami lakukan, kalian baling sebaik kereta kebal itu masuk ke kawasan Palestin!”
Yasir memberi arahan, setelah lama berteori dengan pelbagai strategi, hari ke enam Ramadan yang cerah itu boleh merealisasikan satu misi empat Datuk Melayu sebagai Laskar Syuhada, ribuan kilometer dari tanah air dan keluarga yang sudah diwariskan harta dan wang jutaan ringgit dalam ASB, Tabung Haji, akaun bank Islam, yang semuanya dari hasil tidak halal.

Kalau mereka mati syahid, bukan sahaja ke syurga malah semuanya menjadi halal, begitulah fatwa yang mereka sama-sama rumuskan di malam terakhir berkaraoke sebelum Ramadan. Fatwa yang menjadi pegangan sebagai sandaran ke syurga. Fatwa yang membawa mereka ke genting Gaza.

Seketika dalam pandangan menerpa ke arah kereta kebal Israel yang seakan laju menghampiri, imej-imej kehidupan lima dekad mereka seakan terlontar ke layar yang memerangkap perasaan. Wajah-wajah mereka yang pernah dianiaya, dirasuah, difitnah, di jadikan kambing hitam mengejek-ngejek ke seluruh ruang.
Suara-suara menuntut keadilan dan hak-hak mereka yang telah disalahgunakan berdengung, bergema, memekik-mekik ke seluruh pendengaran.

Tiba-tiba Datuk Ariffin terasa mual oleh perut memulas, Datuk Mushil pula berpinar oleh kecepatan jantung mengepam udara, Datuk Rusdi basah berpeluh-peluh kepanasan dan Datuk Imran seakan mahu terkencing. Segala-galanya begitu real sekali, tidak lagi sureal atau dalam sebuah mimpi. Sesaat yang mengerikan, mereka kini berdepan dengan tentera paling canggih dan kejam di dunia dan serentak, mereka yang lengkap berbaju raya Melayu dengan samping songket, secara spontan keluar dari kereta, berlari selaju mungkin untuk berpatah, menyusup keluar Gaza, ke terowong nun 50 kilometer di Rafah!

Monday, October 25, 2010

Ceramah Palestin - Hapuskan Air mata Gaza, Bersama bebaskan Palestin

Assalamualaikum w.b.t... & Salam perjuangan

Alhamdulilah... Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah meizinkan untuk bersama - sama dalam satu ceramah Palestin - Hapuskan Air Mata Gaza, Bersama Selamatkan Palestin disampaikan oleh Tn. Hj. Noorazman Samsuddin yang merupakan Ketua Permuda Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi - Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) dan juga merupakan ketua pasukan Malaysia dalam misi Freedom Flotila kapal Mivy Marmara yang diserang Israel pada subuh 31 Mei yang lalu.

Segalanya tidak dirancang, sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Berkuasa, sekiranya Ianya berkehendakan sesuatu pastinya akan berlaku. Pada pagi rabu (20/09/2010) saya dihubungi oleh Saudara Yaras Yusup yang merupakan Bos saya di Pejabat dan merupakan Setiusaha HALUAN Sabah yang memaklumkan Tn. Haji Noorazman sekarang berada di Sabah untuk berbincang dengan bebarapa pihak dalam rangka untuk mengadakan Road show bagi mengumpul dana Flotila ke 2 yang akan berlepas ke Palestin bulan 3 tahun hadapan Insya Allah.

Perbincangan yang singkat di antara saya selaku Pengerusi Biro Agama Islam & Moral, Pertubuhan Kebajikan & Rekreasi Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (JASabah) dengan En. Yaras selaku setiusaha HALUAN Sabah telah menzahir persetujuan bersama untuk membawa Tn. Haji Noorazman ke Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah bagi berkongsi pengalaman tentang kekejaman israel terhadap rakyat Palestin serta kisah sebenar rampasa/serangan tentera israel terhadap kapal Mivy Marmara.

Pada tanggal 22 Oktober 2010 bersamaan 14 Zulkaedah 1431H hari Jumaat, jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah melakar sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya dikunjungi oleh Tn. Hj. Noorazman Mohd Samsudin yang merupakan wira malaysia dalam misi freedom Flotila kapal Mivy Marmara.

Ceramah yang mengambil masa hampir 2 1/2 jam berlasung dengan semangat dan kadang kala diiringi dengan lilangan air mata apabila ditayangkan gambar2 dan klip video penyesaan rakyat Palestin dalam mempertahankan maruah tanah air mereka.

Sedikit Gambar yang sempat diambil untuk kenang-kenangan.






















Terima Kasih kepada semua pihak yang menjayakan Ceramah ini....

Tuesday, October 19, 2010

Denggi & Family

Assalamualaikum w.b.t ... rasenye dah lama xup-date blog... hihihi selalu juga la buka blog tapi rasa malas betul nak menulis hihihi kadang2 tu xdtg ideal nak menulis... bukanya xde perkara yang mahu dikongsikan bahkan banyak pengalaman & peristiwa yang berlaku di sekeliling mahu di coretkan dalam blog ni. Cuma masalahnya bila mahu menulis xtahu nak mulakan bagaimana. Betulah orang cakap bukan senang mahu menjadi penulis. Orang yang betul2 mempunyai bakat & minat sahaja yang mampu menulis & menghasilkan kreativiti yang menarik dalam pernulisan,kalau tidak, jemu orang lain membacanya hihihi... (cam aku la tu xpandai menulis).

Pertama sekali aku nak kongsikan peristiwa yang berlaku pada bulan Syawal yang lalu yang mana seminggu selepas raya aku dimasukan kedalam WAD Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan selama 4 hari kerana menghidap penyakit DENGGI... Aku mula demam pada raya ke 3 lagi tapi demam aku semakin teruk walaupun dah 2 kali aku g klinik. Akhirnya bila badan aku dah mula naik ruam,aku terus g Hospital ambil darah, sekali...kene tahan Wad sebab penyakit denggi.... ni la kali pertama tidur, makan,berak,kencing dalam Wad hospital... hahaha... bila teringat balik rasa nak tergelak pun ada...hahaha tapi waktu masuk Wad tu Tuhan je la yang tahu perasaan aku...mana taknye ni kali pertama masuk Wad...xpengalaman so semua benda aku xtahu,tapi aku buat2 tahu je la cuma yang xbestnye kene pakai baju hospital dah la besr nasib baik tak terlondeh hihihi.....

Perkara yang kedua aku nak kongsi,pada 9.10.10 baru2 ni family aku dari semenanjung datang Sabah sempena Majlis Konvo abang ke 2 aku di UMS. abang aku sambung berlajar secara sambilan di UMS ambil Ijazah Sarjana Muda pendidikan sejarah. So family aku seramai 6 orang (ayah & mak aku,abang salung & isteri die serta paksaudara & maksaudra aku) datang la sambil2 jalan2 makan angin kat sabah.... Dorang dukkat sini selama 5 hari sempat la g kundasang & bermalam d Kundasang 2 malam. Tapi aku & Wife xikut la g Kundasang sebab kereta xmuat... hihihi (padahal dalam hati punyela nak ikut). Tapi xpela aku pun selalu juge dah g kundasang tu.... Dalam masa family aku datang Sabah,Jabatan aku buat Family Day d Mimpian Jadi Resort Tuaran, tapi kali ni aku xdapat join sekali sebab family aku datang so kene layan family aku la.... Aku tengok gambar dorang mandi kolam je la hahahahaha.... (dalam hati punyela dengki sebab xdapat mandi kolam). Tapi xpela kalau bukan tahun ni mungkin tahun depan kalau ada rezeki boleh la join hari keluarga Jabatan...

Ok...la...aku rasa cukupla buat seketika waktu dahulu.... aku blaaa dulu laaaa....

Monday, September 27, 2010

Tersungkurnya Kemenangan Di Uhud


Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Ukhwah

Pertama sekali marilah kita merafak sembah kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk mehirup udara segar, melihat persekitaran yang indah dan memijak bumi yang bertuah. Sesungguhnya udara yang kita sedut, bumi yang kita pijak ini adalah hak milik Allah S.W.T.

Sedar tidak sedar kita semakin hampir menuju ke penghujung syawal dan akan memasuki bulan Zulkaedah. Semakin cepat masa berlalu semakin cepat usia kita meningkat semakin dekat kita kealam kubur. Seperna penghujung bulan Syawal ini marilah kita menyusuri sirah Nabawi yang mana di dalam bulan syawal ini berlakunya peparangan yang di namakan Peperangan Uhud yang terjadi pada 15 Syawal tahun ketiga Hijrah. Peperangan ini di namakan peperangan Uhud kerana peperangan ini berlaku di kawasan yang bernama Uhud.

Sekiranya kita masih ingat pada bulan Ramadhan yang lepas kita telah merasai dengutan peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke dua Hijrah. Rintitan dari peristiwa tersebut telah menyebabkan kaum musyikin Quraisy Mekah yang kalah dalam peperangan Badar menyimpan rasa tidak puas hati & dendam terhadap islam di Madinah. Di dalam peperangan Badar ramai pemimpin – pemimpin Quraisy terbunuh termasuklah Abu Jahal serta permimpin-permimpin tertinggi Qursaisy yang lain. Di sebabkan rasa dendam yang amat tinggi untuk menuntut bela maka pemimpin Quraisy telah bersepakat untuk melancarkan perang terhadap umat islam dan tentera Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufyan menggantikan Abu Jahal yang telah mati di medan Badar.

Ramailah kaum kerabat & ahli keluarga kaum Quraisy yang mengikuti peperangan ini bagi menuntut bela di atas kematian sanak saudara mereka termasuklah isteri abu Sufyan iaitu Hindun binti Utbah yang menuntut bela bagi kematian bapa dan saudaranya iaitu Utbah dan Walid yang dibunuh oleh Ali & Hamzah.

Berita peperangan ini sampai ke Rasulullah S.A.W dan Baginda memanggil para sahabat untuk mendapatkan pandangan mengenai peperangan ini. Setelah para sahabat sampai di rumah Rasulullah S.A.W, baginda memberi pandangan untuk tentera islam menanti musuh di benteng pertahanan Kota Madinah sahaja dan sekiranya musuh menyerbu masuk barulah tentera islam menyerang kerana amat sukar tentera musuh untuk memasuki Kota Madinan dan ini memberi kelebihan kepada kaum Muslimin. Walaubagaimanapun terdapat orang-orang muda yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut dan mencadangkan supaya tentera islam keluar menentang musuh supaya musuh tidak beranggapan tentera islam lemah dan penyecut.

Ramai sahabat-sahabat Nabi yang tidak bersetuju dengan pandangan orang-orang muda yang mahu keluar berperang lalu seorang sahabat Nabi yang bernama Abdullah bin Ubai berkata ” lebih baik kita bertahan di dalam kota Madinan sahaja. Dalam pengalaman saya, belum pernah kami menang apabila menyerbu masuk dan belum pernah pula musuh menang apabila menyerbu masuk”. Abdullah bin ubai merupakan seorang pemimpin penduduk Madinan. Sebelum islam penduduk Madinah bercadang untuk mengangkatnya menjadi raja. Namun permuda-permuda islam Madinah terus menuntut supaya mereka keluar menyerang musuh. Rasulullah S.A.W masuk ke dalam rumah Baginda dan keluar semula dengan memakai pakaian perang lalu seorang pemimpin muslimin berkata ”Ya Rasulullah biarlah kita bertahan di Madinah sahaja seperti yang Engkau perintahkan” tetapi Nabi menjawab ” Tidaklah layak bagi seorang Nabi yang telah memakai pakaian perang berundur semula sebelum bertempur. Aku telah mencadangkan supaya kita semua bertahan di Madinah tetapi kamu menolaknya. Sekarang pesanku bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah dalam pertempuran melawan musuh.

Kemudian tentera muslimin seramai 1000 orang berkumpul di masjid dan Nabi sendiri yang memimpin akatan tentera ini. Walaupun bergitu Abdullah bin Ubhai merasa amat marah kerana Nabi tidak mahu mengikut nasihatnya lalu mengajak pengikutnya untuk memboikot peperangan ini iaitu seramai 300 orang tentera. Sekarang tinggalah 700 orang tentera islam sahaja untuk menentang tentera musuh. Setelah tentera islam sampai ke bukit uhud Baginda mengarahkan supaya pasukan perangnya membelakingi bukit Uhud dan pasukan memanah pula di tempatkan di bukit yang lain serta berpesan supaya tidak meninggalkan bukit tersebut kecuali dengan perintah Baginda.

Tentera islam seramai 700 orang berhadapan dengan tentera musuh seramai 3000 orang yang dipimpin oleh abu Sufyan. Setelah kedua dua pihak telah bersedia lalu berlakulah peperangan. Tentera islam dengan semangat yang tinggi telah hampir memenangi peperangan ini dan pihak musuh telah mula berundur tetapi tentera islam tidak mengejarnya sebaliknya mereka sebuk mengumpul harta rampasan perang. Pasukan pemanah tentera islam yang di tempatkan di atas bukit melihat kejadian tersebut dan beranggapan tentera musuh telah kalah lalu turun dari bukit untuk mengambil harta rampasan perang. Ketua pasukan pemanah cuba menghalang dengan berkata ”ingat pesan Rasulullah S.A.W. kita tidak boleh meninggalkan bukit ini tampa arahan dari Rasulullah”. Tetapi sayangnya nasihat tersebut tidak diendahkan oleh ahli-ahli pasukan pemanah lalu turun dari bukit dan mengambil harta rampasan perang. Baginda meletakan pasukan permanah di atas bukit adalah sebagai pertahanan kepada pasukan islam yang bertempur dengan tentera musuh.

Khalid bin Walid yang melihat pasukan pemanah trnteta islam telah turun dari bukit dan meninggalkan kubu pertahanan, lalu Khalid bin Walid yang mengetuai pasukan berkuda tentera Quraisy berpatah kembali melalui belakang Bukit Uhud dan menyerang kembali tentera islam dari belakang menyebabkan ramai tentera islam terkorban. Pada ketika itu Seorang tentera Quraisy yang bernama Washyi tenampak Hamzah lalu membaling lembing ke arah Hamzah dengan kuat menyebabkan Hamzah jatuh lalu syahid. Setelah itu Wahsyi berjumpa dengan Hindun bagi memaklumkan yang beliau telah berjaya membunuh Hamzah lalu Hindu terus mendapatkan jasad Hamzah dan membelah dada hamzah, mengambil hatinya lalu mengunyahnya bagi menuntut bela di atas kematian bapa dan saudaranya.

Ketika itu tentera islam telah bertempiaran lari jauh dari Rasulullah S.A.W dan yang masih tinggal hanyalah Ali, Umar, Abu bakar serta sebilangan kecil tentera islam. Abu surfyan berkata ” hari ini adalah pembalasan kepada peperangan Badar. Hidup Hubal! Kami mempunyai Uzza, sedangkan kamu tidak mempunyai apa-apa” lalu mengumpulkan bala tenteranya untuk berangkat pulang ke Mekah. Seraya dengan itu Umar segera menjawab ”Allah S.W.T pelindung kami, sedangkan kamu tidak mempunyai perlindung”
Abu Surfyan sambil menyejek berkata ”Tahun depan kita berjumpa lagi”. ”Baiklah. Itu perjanjian kita” kata Umar.

Setelah tentera Quraisy berangkat pulang ke Mekah Rasulullah memeriksa tentera islam yang gugur syahid. Baginda ternampak jasad bapa saudaranya iaitu Hamzah lalu mengalirkan air mata. Baginda amat sedih di atas kematian bapa saudaranya itu. Seluruh kaum muslimin amat sedih di atas kekalahan mereka. Tetapi mereka sedar kekalahan mereka itu adalah kerana mereka melanggar perintah Rasulullah S.A.W. Dalam peperangan ini seramai 70 orang tentera islam gugur syahid manakala seramai 23 orang tentera Quraisy terbunuh.

Kemudian turunlah wahyu yang menyejukan hati tentera muslimin di dalam ayat 139-143 surah Ali Imran yang bermaksud :

” Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu
orang- orang yang beriman.Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka,
maka sesungguhnya kaum (kafir) itu pun (pada perang Badar) mendapat luka
yang serupa. Dan masa(kejadian dan kekalahan) itu, Kami gilirkan di antara
manusia (supaya mereka mendapat pengajaran), dan supaya Allah membezakan
orang-orang yang beriman (dengan orang kafir) dan supaya kamu dijadikanNya
(gugur sebagai)syuhadak. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.
Dan supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (daripada dosa
mereka) dan membinasakan orang-orang kafir. Adakah kamu menyangkakan kamu
akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang berjihad
di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar. Sesungguhnya kamu
mengharapkan mati (syahid) sebelum kamu menghadapinya, (sekarang)
sungguhlah kamu telah melihatnya dan kamu telah menyaksikanya”



Hikmah peperangan Uhud

1. Berlakunya perpecahan di kalangan tentera muslimin apabila Abdullah bin ubhai bersama pengikutnya seramai 300 orang telah memboikot peperangan ini yang mengurangkan jumlah tentera islam.

- Dalam sesebuah organisasi atau pasukan perpaduan amatlah penting walaupun terdapat pandangan yang berbeza di kalangan ahli walaubagaimanapun kesepakatan majoriti itu lah yang perlu di utamakan.

2. Pasukan permanah telah mengingkari perintah Rasulullah S.A.W dengan meninggalkan kubu pertahanan di atas bukit.

- Amatlah penting bagi kita mematuhi perinta ketua selagi mana perintah tersebut tidak melanggar syariat kerana ketua amatlah penting di dalam sesebuah organiasi sebagai rujukan dan pembuat keputusan. Walaupun terdapat banyak pandangan tapi keputusan ketua lah yang perlu kita hormati

3. Kemewahan menguasai diri setelah melihat harta rampasan perang yang ditinggalkan oleh tentera Quraisy.

- Dalam kita mengejar kemewahan hendaklah kita sentiasa berwaspada kerana musuh boleh datang pada bila-bila masa. Selain daripada itu ketika mana kita sebuk untuk mencari harta hendaklah kita beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T

Semoga dengan sedikit coretan ini kita dapat mangmbil sedikit pengajaran dan ikhtibar bagi melayari bahtera kehidupan. InsyAllah.

Tuesday, September 7, 2010

Ramadhan di Penghujung waktu...


Assalamualaikum w.b.t & Salam Perjuangan

Alhamdulilah... Ramadhan sedang menunggu masa untuk melabuhkan tirainya & Syawal juga menunggu masa untuk diraikan bersama. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Bergitu cepat masa berlalu, rasanya baru sahaja semalam Ramadhan datang menjelma. Ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan, di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai panduan untuk Khalifah mentadbir bumi. Di dalamnya juga terdapatnya malam yangg lebih baik dari seribu bulan, beruntung la siapa yang menemuinya. Di dalamnya juga di lipat gandakan ganjaran pahala setiap amalan ibadah yang kita lakukan. Senang cite bulan Ramadhan Allah s.w.t lelong pahala & beruntunglah bagi mereka yang berusaha melaksanakan ibadah.

Kini bulan yang Allah anugerahkan kepada kita sudah hampir kepenghujungnya & kebanyakan di antara kita juga sekarang sudah sibuk membuat persiapan untuk menyambut Syawal. Pasaraya sudah mula berasak dengan pengunjung, jalan raya sudah mula besesak dengan kenderaan. Masjid & Surau sudah mula kekurangan pengunjugnya di malam hari. Ini lah realiti kehidupan manusia di penghujung Ramadhan. semuanya hendakan yang baru, semuanya ingin kepuasan nafsu sedangkan Ramadhan di ciptakan untuk manusia mendidik nafsu. Nampaknya Ramadhan belum melabuhkan tirainya lagi nafsu sudah mula berajalela kembali.

Syawal bukanlah di nilai dengan cantiknya baju yang digayakan di pagi hari raya.Syawal juga bukanlah di nilai dengan segala bentuk kemewahan yang dipamirkan. Sememangnya tidak salah berbaju baru di pagi Syawal tetapi janganlah berlebih lebihan yang akhirnya menimbulkan riak & takabur. Sewajarnya di penghujung Ramadan kita mengambil kesempatan yang ada untuk muhasabah diri kita. Adakah Allah s.w.t menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan ini. Adakah Ramadan kali ini merupakan Ramadan terakhir kita atau pun Allah s.w.t masih memberi perluang kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan.Kemana Ramadhan kita tahun ini??? Adakah Ramadhan tahun ini lebih baik amalan ibadah kita berbanding tahun lepas atau sebaliknya. Kadang2 Ramadhan silih berganti saban tahun namun tidak memberi sedikitpun kesan kepada keimanan & ketaqwaan kita. Di mana silapnya??? Tepuk dada tanyalah iman kita...

Setelah Ramadhan melabuhkan tirai, Allah s.w.t menganugerahkan kepada kita hari raya Eidul Fitri yang disambut pada 1Syawal. Bergitu besar nilainya hari raya Eidul Fitri sehinggakan Allah s.w.t mengharamkan kita berpuasa pada 1Syawal.Sewajarnya kita menyambut Eidul Fitri dengan tidak melakukan maksiat & Kemungkaran. Sememangnya Eidul Fitri merupakan hari untuk kita bergembira tetapi kegembiraan tersebut tidak sewjarnya kita cemarkan dengan kemaksiatan & kemungkaran. Eidul Fitri merupakan hari kemenangan bagi kita yang telah berjaya mendidik nafsu & berjaya menjulang Piala TAQWA. Semoga Ramadan tahun ini merupakan Ramadan yang penuh memberi makna kepada kita dan Syawal akan akan menjelma memberi keinsafan serta diharapkan kita keluar dari bulan tarbiyah ini dalam keadaan yang FITRAH yakini suci dari segala dosa... Insya Allah... Amin...

Selamat Menyambut Eidul Fitri dari:

Ahmad Nasrul Hakim Bin Hj. Saleh
Noorhayati Bt. Hj. Yakub
Ahmad Fateh Adam Bin Ahmad Narul Hakim
Ahmad Farhan Aqil Bin Ahmad Nasrul Hakim
Nur Farisya Alya Binti Ahmad Nasrul Hakim

Friday, September 3, 2010

Pertaruhan...

Ada seorang pak cik yang bernama Pak Di yang sangat kaya.
Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank.
Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Di dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menympan RM1000 nya.
Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari
disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya
ke office dan bertanya...

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank.
Apa kerja pak cik?
Pak Di : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh.
Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.
Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu
dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan
saya jangan haraplah nak menang.
Pak Di : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.
Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.
Pak Di : Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan
telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan
bayar encik RM1000.
Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.
Setelah kedua-duanya bersetuju, mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi
Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah
sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada..
Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Di.
Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..
Pak Di : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...
Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Di pun berkata..
Pak Di : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak Di pun menghulurkannya.
Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pak cik hari ni
pak cik tak dapat pergi bank lagi.. keh.. keh.. keh...
Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank.
Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Di..
Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu?
Pak Di : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik, Guard kat luar tu tadi RM5000.
Manager : Bertaruh apa?
Pak Di : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank..
Manager : Tak guna punya orang tua..

Thursday, September 2, 2010

Pengalaman Lailatur Qadar

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku
ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas
kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid
berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan
ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir
aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu
kubah tu dorg angkat letak kat tanah..[ SENSOR DC ]," sambung Abah
memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan
melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku
cuma pulang untuk cuti raya.

He..He..He