Friday, August 20, 2010

10 Ramadhan






Assalamualaikum w.b.t & Salam Perjuangan

Alhamdulilah... Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih diberi kesempatan untuk merasai kenikmatan dan keistimewaan didunia ini. Seharusnya juga kita meningkatkan keimanan & ketaqwaan kita terutamanya di bulan Ramadhan dengan memperbanyakan amalan soleh dan meninggalkan segala bentuk kemungkaran & kemaksiatan. Mudah-mudahan apabila kita keluar dari bulan tarbiah ini, Allah s.w.t mengampunkan dosa kita dan memperolehi rahmat Allah.s.w.t, Insya Allah.

Hari ini kita sudah memasuki hari ke 10 berpuasa, sedar tidak sedar masa berlalu bergitu pantas meninggalkan kita semua. Sedikit kita alpa banyak yang kita akan rugi terutamanya berkaitan dengan masa. Sebab itu ada orang mengatakan "Masa itu Emas". Ini menunjukan masa itu merupakan barang atau perkara yang amat bernilai yang tidak sepatutnya kita sia-siakan kerana masa akan terus meninggalkan kita tanpa kita boleh berpatah balik kebelakang. Segala kesilapan yang lalu sudah tidah boleh untuk kita ubah kerana masa tidak boleh diundur kebelakang untuk kita baiki kesilapan kita.Kerana itu la masa amat berharga untuk kita gunakan sebaiknya agar kita memperolehi manfaat bagi setiap detik yang berlalu.

Dipanjatkan juga rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana pada pagi tadi telah di adakan satu majlis ilmu di pejabat aku. Majlis di mulai dengan bacaan Yasin dan selepas itu ceramah Ramadhan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Anuar Bin Ali yang merupakan Ahli Majlis NGO Islam Sabah. Al-Fadhil Ustaz menceritakan bertapa pentingnya kita mengambil perluang dibulan Ramadhan ini untuk kita memohon keampunan kepada Allah s.w.t kerana berdasarkan satu Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Diawal Ramadhan merupakan rahmat, pertengahanya pengampunan dan dihujungnya perlepasan dari seksaan api neraka".

Al-Fadhil ustaz juga memperingatkan agar kita memperbanyakan amalan soleh di bulan Ramadhan ini seperti membaca al-quran, bersedekah, bangun di tengah malam, beriktiqaf di masjid, mendengar majlis ilmu dan memperbanyakan berdoa kepada Allah s.w.t. Selain daripada itu, puasa bukan la hanya menahan diri dari lapar & dahaga sahaja tetapi kita hendaklah menjaga pancaindera kita keseluruhanya agar sama-sama berpuasa.

Bergitula sedikit pengisian ceramah pada pagi tadi. Insya Allah jumaat minggu depan ada satu lagi majlis ilmu. Mudah-mudahan dipermudahkan olehNya dalam meniti jalan dakwah ini....

So cukup setakat ini, kita berjumpa lagi....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.