Wednesday, August 4, 2010

Aktiviti Malam

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perjuangan

Alhamdulilah segala puji bagi Allah yang memberi rahmat sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda dan para sahabat. Hari ni nak cite ape yek.... hihihi... erm... xde modal sangat pon tapi rase rajin pulak nak menulis. Ok la dengan izin Allah malam tadi aku pergi ke program Diskusi bersama Ustaz Zahazan Mohamed di Kompleks Tabung Haji, KK. Ramai juga yang datang. Program ni anjuran bersama Yayasan Amal, Pustaka Aslam dan satu lagi syarikat (aku dah xingat nama syarikat tersebut).

Alhamdulilah la sambutan amat menggalakan walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00. Kalau nak diikutkan kita berada di majlis ilmu pun dah berapa banyak pahala yang kita dapat nak dibandingkan dengan bayaran yang kita buat. Kebanykan yang hadir ustaz2 dan ustazah2 serta penuntut Universiti jadi aku ni menumpang je la huhuhu...

Tajuk diskusi malam tadi berkisar Ramadhan dan Ustaz Zahazan menyampaikan ceramah selama 50 minit dan diikuti dengan sesi soal jawab yang berlangsung lebih sejam. Kira2 jam 11 malam baru abis program malam tadi. Ustaz tekankan 3 perkara yang penting kita perlu lakukan semasa bulan Ramadhan sekiranya kita mahu menjadi hamba yang bertakwa iaitu berpuasa dengan puasa yang sebenarnya, bangun malam untuk bertahjud dan membaca Al-Quran. Sekiranya kita dapat lakukan 3 perkara ini dengan sungguh2 Insya Allah kita akan menjadi hamba yang bertakwa.

Ustaz juga menakankan bahawa puasa bukan la hanya kita berlapar dan dahaga sahaja tetapi kita perlu berpuasa keseluruhnya termasuk anggota badan kita yang lain seperti mata, telinga, mulut, tangan & kaki. Menurut imam Ghazali puasa ni terbahagi kepada 3 kategori iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al khusus. Imam Ghazali menarangkan puasa umum ini merupakan puasa orang kebanyakan yang mana puasanya hanya tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa sahaja manakala dalam masa yang sama anggota badanya dan hatinya tidak berpuasa. Sebab itu kita boleh lihat berapa ramai orang yang berpuasa tapi dalam masa yang sama membuat maksiat. berapa ramai perempuan yang membuka aurat, berpakaian seperti bertelanjang, mengumpat, mengata orang, dan banyak lagi maksiat yang dilakukan bergitu juga lelaki yang masih ade pakai seluar pendek dan sebagainya. Kalau di tanya kepada mereka adakah mereka berpuasa pasti mereka menjawab mereka berpuasa tetapi mereka berpuasa dalam keadaan kemaksiatan.Adakah ini puasa yang menjadika kita bertaqwa???

Manakala puasa khusus pula adalah seseorang itu berpuasa dengan tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa dan seluruh anggota badanya pun turut berpuasa.susahkan??? Persekitaran kita penuh dengan kemaksiatan. Didepan kita ditayangkan punggung yang montok, dibelakang kite terpampang kulit dada yang gebu, kanan kita ditayangkan peha yang putih, di kiri kita dihidangkan dengan permandangan susuk badan yang mengasyikan. Kemana kita mahu melihat kerana di sekeliling kita penuh dengan kemaksitan. Disinilah terletakan iman orang berpuasa sama ade mahu memandang dengan penuh nafsu ataupun memandang sekadar sepintas lalu.

Kategori puasa yang ketiga pula adalah puasa khusus al khusus yang mana puasa seseorang itu bukan sahaja tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa dan keseluruhan anggota badanya juga berpuasa serta hatinya juga berpuasa. Bagaimana dikatakan puasa hati??? Puasa hati ialah puasa nafsu. Kita mendidik nafsu kita supaya tunduk dengan kehendak akal dan tidak mengganas. Nafsu umpama kuda liar yang perlu kita jinakan dan bulan puasa merupakan madrasah menjinakan nafsu supaya dapat dididik mengikut kehendak akal dan iman.

Sewajarnya kita mempunyai azam untuk mempertingkatkan puasa kita kalau sebelum ini puasa kita hanyalah kategori puas umum mari sama2 kita berazam pada tahun kita tingkatkan ke puasa khusus. Mudah2an diizinkan Allah untuk kita mengharungi bulan Ramadhan ini dengan penuh khusyuk dan dapat rahmat daripada Allah untuk kita menjadi hamba yang bertaqwa.

See u againt...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.