Monday, August 2, 2010

Persiapan Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perjuangan

Alhamdulilah, kita masih lagi diberi talian nyawa untuk menikmati segala keistimewaan di muka bumi ini dan merasai setiap anugerah yang Allah s.w.t pinjamkan kepada kita. Dah lama xup-date blog, selalu juga buka tapi malas nak taip hihihi...

Kita sedang berada di penghujung bulan syaaban dan tidak lama lagi kita akan menempuh bulan Ramadhan yang akan muncul beberapa hari sahaja lagi. Bulan Ramadhan merupakan penghulu segala bulan yang mana di dalamnya penuh dengan kerahmatan Allah s.w.t. Sewajarnya kita ternanti-nanti bulan Ramadhan seperti tertamu tercinta. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia, bulan al-quran, bulan bertahjud dan qiamulai, bulan kesabran dan takwa, bulan kasih sayang, bulan diampunkan dosa dan dilipat gandakan pahala, bulan di bebaskan dari api neraka, bulan yang terdapat di dalamnya malam lailatul qadar, bulan ditutp pintu neraka dan dibuka seluas-luasnya pintu syurga. Ramadhan merupakan tetamu agung yang perlu kita sambut dengan persiapan-persiapan supaya kita dapat memperolehi keberkatanya.

Antara persipan untuk menyambut Ramadhan adalah:

1. Berdoa
Kita panjatkan doa kepada Allah agar kita dipanjangkan umur untuk bertemu
Ramadhan. Kita mohon juga kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk melakukan
ibadah sebanyknya dan kita berdoa kepda Allah agar diberi kesihatan sepanjang
Ramadhan.

2. Berlajar Hukum hakam Ibadah Puasa
Kita selak lah kembali kitab2 berkaitan ibadah puasa terutama sekali berkaitan
hukum hakam puasa.

3. Kebersihan/kesucian rohani
Sewajarnya kita untuk kita bertemu dengan bulan mulia ini, kita membersihan
rohani kita dari sebarang sifat keji seperti dendam, hasad dengki, pemarah dll.
Sewajarnya juga kita memohon maaf kepada kedua ibu bapa kita serta semua orang
yang berda disekeliling kita agar kita dapat melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan
dengan lebih kusyuk.

4. Berpuasa di Bulan Syaaban.
Adalah lebih elok kita sudah mula berpuasa pada bulan Syaaban supaya tidaklah
nanti terasa kekok sangat bula kita sudah mula berpusa.

5. Persiapan Harta
Persiapan harta bukanlah bermaksud kita menyediakan wang ringgit yang banyak
untuk membeli persiapan berbuka puasa yang akhirnya banyak membazir tetapi
persiapan harta ini adalah untuk kita bersedekah kepada orang yang memerlukan.
Selain itu elok juga kita amalkan untuk menyediakan sedikit wang ringgit untuk
kita menjamu orang lain berbuka puasa.

6. Wujudkan Persekitaran
Kita perlu memainkan peranan untuk mewujudkan suasana persekitaran kita selaras
dengan suasana ramadhan. Sekiranya kita ada anak, ajarlah anak tersebut untuk
berpuasa sekali selain itu kita budayakan untuk solat berjemaah bersama keluarga
dan bertadarus bersama keluarga.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.