Monday, February 7, 2011

Kenali Rasulullah S.A.W

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW
Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)

BIODATA RASULULLAH SAW

•Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
•Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
•Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
•Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
•Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
•Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
•Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
•Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN

•Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN

•Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
•Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

•Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
•Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

•Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
•Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

•Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
•Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

•Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
•Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
•Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
•Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

•Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
•Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
•Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

•Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

•Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
•Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

•Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

Khadijah Binti Khuwailid
Saudah Binti Zam ' ah
' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab Binti Jahsy
Maimunah Binti Harith
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah 2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib 2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ' Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ' Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya..

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas

Monday, January 24, 2011

Wakaf Masjid Daerah Penampang, Sabah



LATAR BELAKANG

Masjid merupakan satu anugerah dan satu institusi yang sinonim dengan umat Islam. Masjid adalah sebagai tempat beribadah dan berinteraksi khusus untuk umat Islam.

Daerah Penampang ialah jiran yang rapat dengan Bandar Raya Kota Kinabalu. Oleh yang demikian maka berlakulah kepesatan penambahan penduduk pelbagai kaum di daerah ini, khususnya yang beragama Islam. Di samping itu, penjawat awam, swasta dan para peniaga yang beragama Islam juga penyumbang kepada penambahan penduduk Islam yang ketara di daerah Penampang.

Hal demikian menjadi kepentingan dan keperluan asas bagi penduduk Islam di Penampang agar sebuah masjid dapat didirikan di kawasan ini dengan kadar yang segera. Dengan terdirinya sebuah Masjid di daerah ini, umat Islam dapat menunaikan Solat Jumaat di samping menunaikan fardhu kifayah yang lain seperti pengurusan jenazah, solat terawih dan yang berkaitan.

Selaras dengan tujuan ini, satu Jawatankuasa Wakaf Masjid Penampang telah ditubuhkan hasil idea pelbagai pihak dan diharapkan agar Jawatankuasa ini dapat menggembleng tenaga serta usaha agar satu kutipan dana diperoleh untuk merealisasikan pembinaan Masjid ini melalui sumbangan kerajaan, orang awam dan syarikat-syarikat korporat.


MATLAMAT

- Menyediakan tempat ibadat yang strategik untuk umat Islam
- Tempat umat Islam berkumpul untuk menjalankan aktiviti-aktiviti agama.
- Mewujudkan institusi pendidikan agama untuk keperluan generasi Islam di daerah Penampang dan kawasan sekitarnya.
- Menjadi pusat informasi Islam dan “One Stop Centre”
- Menyemarakkan syiar Islam di daerah Penampang.


MAKLUMAT TAPAK

Cadangan tapak bagi pembinaan Masjid Wakaf ini telah dikenalpasti berhampiran dengan Jalan Penampang Bypass. Tapak yang sesuai yang telah dikenalpasti merupakan milik individu yang telah bermurah hati untuk memindah milik tanah ini pada harga yang sangat rendah berbanding harga sebenar pasaran. Individu ini berhasrat untuk melihat terbinanya masjid ini bagi memenuhi tuntutan agama Islam di daerah ini. Kebenaran kutipan dana dari Jabatan Ketua Menteri juga telah diperoleh bagi tujuan ini.


TAWARAN HARGA TAPAK WAKAF

Jawatankuasa Wakaf Masjid Penampang telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menetapkan harga bagi satu lot tapak wakaf bersamaan dengan satu kaki persegi bagi masjid ini seperti berikut:

1 Lot Tapak Wakaf bersamaan 1 kaki persegi bernilai RM100.00


KAEDAH SUMBANGAN

- Tunai / Cek
- Pemindahan wang bank
- Memasukkan terus ke akaun bank “Jawatankuasa Wakaf Masjid Penampang”

***Bagi tujuan pembelian tapak menggunakan Wang Pos/Cek/Akaun Bank Islam, sila bayar atas nama JAWATANKUASA WAKAF MASJID PENAMPANG dan faks salinan resit transaksi bank untuk rekod.

No Akaun Bank Islam : 10016010074517

Untuk maklumat lanjut sila ke laman http://wakafmasjidpenampang.blogspot.com/

Amalan Wakaf Menjana Kemajuan Ummah

Oleh: Mohd Rumaizuddin Ghazali

Amalan wakaf memainkan peranan penting dalam membangunkan agama, masyarakat dan negara. Dalam rangka pembangunan ekonomi ummah, Islam mengemukakan pendekatan yang bersepadu dan proaktif di antara lain mengemukakan ibadat wakaf. Bahkan wakaf ini diinstitusikan untuk menyusun masyarakat dan telah terbukti melalui sejarah betapa institusi ini berperanan penting dalam membangun kekuatan dan kesejahteraan umat Islam sejak berzaman.

Muhammad Abu Zahrah dalam bukunya Muhadarat fi al-Waqf ( Perbahasan Mengenai Wakaf) menyebutkan bahawa pembinaan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa adalah sebahagian daripada usaha kerja amal wakaf yang pernah berlaku dalam sejarah manusia. Sifat naluri manusia juga mahu memberi sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain selepas ia meninggal dunia.

Oleh itu, agama Islam menggalakkan umatnya melakukan amalan wakaf supaya pahala tersebut akan berterusan walaupun ia telah meninggal dunia selagi mana harta wakaf itu digunakan untuk kepentingan umum.

Rasulullah merupakan orang yang pertama mewakafkan hartanya selepas peperangan Uhud apabila baginda mewakafkan harta yang diberikan oleh sahabat yang bernama Mukhairiq daripada hasil habuan perang. Kemudian perkara tersebut diikuti oleh para sahabat seperti Umar bin al-Khatab.

Amalan tersebut terus subur dalam masyarakat Islam sehingga kini. Begitu juga, pembinaan Masjid al-Nabawi adalah hasil daripada harta wakaf. Amalan jariah mendirikan bangunan masjid tersebut menjadi amalan keseluruhan umat Islam. Antara masjid-masjid yang masyhur adalah masjid al-Azhar,Masjid al-Husain di Mesir, Masjid Umawi di Syria dan Masjid al-Qairawan di Tunis. Di Malaysia, amalan tersebut bermula sejak kurun ke 15, apabila Islam mula bertapak di sini dengan pembinaan masjid di seluruh Tanah Melayu.

Wakaf merupakan sebahagian daripada bentuk amal jariah yang ganjaran pahalanya akan terus menerus berlaku hingga wakafnya berakhir atau musnah, walaupun pewakaf itu telah meninggal dunia. Hukum mewakafkan harta adalah sunat kerana ia merupakan perbuatan yang baik daripada kerja kebajikan yang sangat dituntut.Abu Hurairah telah menjelaskan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud :

“ Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaat dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.” (riwayat Muslim).

Imam al-Rafi’i menjelaskan perkataan bersedekah jariah dalam hadith tersebut dengan maksud wakaf kerana pahala sedekah jariah wakaf terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain pahala tidak berpanjangan mengalir seperti wakaf.

Antara tujuan wakaf adalah untuk mendekatkan seorang hamba dengan Allah. Oleh itu, wakaf hanya dibolehkan kepada perkara kepentingan umum umat Islam dan bukan kepada tempat ibadat orang-orang kafir, atau disalurkan ke dalam aktiviti yang haram atau maksiat atau yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Muhammad Abu Zahrah menyatakan amalan wakaf tidak terhad kepada pembinaan masjid, bahkan merangkumi semua bentuk amalan yang berlaku pada sedekah seperti amalan mewakafkan harta benda, tanah, wang sewaan tanah, pembinaan hospital, rumah-rumah anak yatim dan fakir miskin.

Salah satu contoh harta wakaf umat Islam yang kekal sehingga kini ialah pembinaan Universiti al-Azhar semenjak 1000 tahun lalu. Sehingga kini pembiayaan dikendalikan daripada harta wakaf yang memberi khidmat percuma pengajian kepada pelajar Islam dari seluruh dunia.

Friday, January 7, 2011

Penghijrahan Bermula....


Assalamualaikum w.b.t... Salam Perjuangan

Segala puji bagi Allah... Segala puji bagi Allah... Segala puji bagi Allah tuhan sekian alam... Merafak sembah kesyukuran yang tidak terhingga kerana diri ini masih diberi keizinan oleh Allah untuk terus muhasabah diri membaiki kelemahan, meningkatkan potensi dan menambah amal soleh sebanyak yang mungkin.

Hari ini diri ini berada di bumi semenanjung. Tiada ungkapan yang layak melainkan kesyukuran kepada Allah kerana diberi keizinan untuk diri ini berbakti di bumi semenanjung setelah lebih 5 tahun di izinkan Allah untuk merantau di bumi Sabah di Bawah Bayu.

Sabah di Bawah Bayu merupakan bumi yang bertuah. Bergitu juga manusia yang berada di bumi tersebut juga adalah manusia yang bertuah. Sebuah negeri yang mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi bangsanya, makanannya, budayanya, adat resamnya, undang-undangnya, cara kehidupanya, bahasanya, tingkah lakunya, kemesraanya serta banyak lagi keunikan bumi Sabah.

Terlalu banyak kenangan indah & pahit sepanjang perjalanan merantau ke bumi Sabah. Jauh dari kampong halaman, ibu bapa & sanak saudara. Yang ada ahanyalah sahabat handai yang sudi membantu sekiranya memerlukan.

Buat masa sekarang kenangan di bumi sabah masih dalam ingatan. Tempat-tempat menarik sukar untuk di lupakan, walaupun sebenarnya hati ini amat berat untuk meninggalkan bumi yang sudah mula serasi dengan diri ini. Namun bergitu penghijrahan itu satu fitrah yang kadang-kadang tidak dapat di sembunyikan. Keinginan untuk berkhidmat di semenanjung juga membuak-buak di samping berhampiran dengan keluarga. Duduk jauh bukanya tidak seronok tapi kadang-kadang dirasakan sedikit kesusahanya apatah lagi sekiranya ada ahli keluarga ditimpa musibaah kesihatan. Sememangnya diakui kos perjalanan untuk pulang ke kampong amat memeritkan kadang-kadang mencecah RM2000-RM 3000.

Namun bergitu negeri Sabah di Bawah bayu kekal di dalam ingatan. Tanah tempat aku mencari rezeki tidak akan aku lupakan. Bumi yang banyak mencoretkan kenangan dalam hidup ini. Terima kasih kepada semua warga sahabat yang mengenali diri ini ketika diri ini menumpang teduh di bumi Sabah yang banyak membantu diri ini mengenal erti kehidupan. Jasa kalian tidak akan di lupakan...

Monday, December 27, 2010

Majlis Sambutan Maal Hijrah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah 1432H
















Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah... Segala puji bagi Allah s.w.t yang masih memberi kesempatan diri ini untuk terus berjuang menegakan kalimah Mu.

Agak lama juga tak up-date blog nie... ermmm... hari nie nak kongsi sedikit berkaitan dengan majlis sambutan Maal Hijrah jabatan aku yang berlangsung pada 18 Muharram 1432 @ 24/12/2010 yang lalu. Dipanjangkan juga kesyukuran Majlis berjalan dengan lancar tanpa banyak masalah.

Alhamdulilah di kesempatan majlis ini ceramah Maal hijrah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman yang merupakan Presiden Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN).

Apa yang penting dalam majlis sambutan ini adalah pengumuman penerima Anugerah Maal Hijrah peringkat Jabatan yang pemenangnya adalah seperti berikut :

Hj. Jasmi Bin Chik - Anugerah Maal Hijrah kategori Individu
Chai Hsieh Nee - Anugerah Maal Hijrah kategori Individu (non-muslim)
Mardianah Bt. Aliska - Anugerah Maal Hijrah kategori unit terbaik
Hashim Awamg - Anugerah Maal Hijrah kategori unit terbaik
Edahwati@Liana Bt. Ismail - Anugerah Maal Hijrah kategori unit terbaik
Jikula Mongijal - Anugerah Maal Hijrah kategori unit terbaik
Subainah Lahimin - Anugerah Maal Hijrah kategori unit terbaik
Christe Joan Vitalis - Anugerah Maal Hijrah kategori unit terbaik
Norhazamimah Awang Damit - Anugerah Maal Hijrah kategori unit terbaik
Dayang Zaiton Awang Ali - Anugerah Maal Hijrah kategori unit terbaik

Tahun ini merupakan tahun ke 2 majlis sebegini dibuat, itu pun sebab aku pengerusi biro agama kalau tidak entah la.... Cuma tahun ini spesial sikit sebab aku wujudkan anugerah untuk non-muslim & anugerah unit terbaik. Ini merupakan perluang untuk berdakwah kepada non-muslim.

Ok la itu sahaja setakat ini....

Tuesday, December 14, 2010

KISAH PENDAYUNG SAMPAN

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudiandigoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuatkajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya diaberkata di dalam hati, 'Hmm. Hari nak hujan.'

' OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat' kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan...

'Kamu dah lama kerja mendayung sampan?' Tanya Professor itu.

'Hampir semur hidup saya.' Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

'Seumur hidup kamu?' Tanya Professor itu lagi. 'Ya'.

'Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?' Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu
bertanya lagi, 'Kamu tahu geografi?'

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

'Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.'

Kata Professor itu lagi, 'Kamu tahu biologi?'

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

'Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?' Professor itu masih lagi bertanya...

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

'Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.' Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,

'Kamu tahu berenang?'

Professor itu menggelengkan kepala.

'Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.' Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.

Tak guna kalau kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.

Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi 'MASTER' dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?


Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah : Bersama Melakukan Perubahan


Assalamualaikum w.b.t & Salam Perjuangan

Agak lama tidak up-date blog, kadang-kadang tu agak malas juga nak memerah otak utuk menulis hiehiehie... senang cerita malas untuk berfikir... ape-ape pun dipanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Memiliki diri ini yang masih memberi perluang untuk diri ini memperhambakan diri kepadaNya.

Masa yang berlalu kadang-kadang melekakan kita, kecuali bagi mereka yang beramal soleh. Sedar tidak sedar kita telah berada di penghujung bulan zulhijjah yang merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah. Insya Allah tidak lama lagi kita akan memasuki bulan Muharram 1432 Hijrah yang merupakan tahun baru dalam kalendar Hijrah.

Sekadar peringatan untuk diri ini & kalian, kedatangan Awal Muharram merupakan kesempatan yang terbaik untuk kita muhasabah diri sepanjang ranjau perjalanan tahun yang telah dilalui. Sesetengah orang apabila datang tahun baru akan kedengaranlah perihal tentang azam baru. Sememangnya azam baru amatlah baik tetapi sebelum meiltizamkan azam baru baiklah sekiranya kita menjenguk kembali azam lama kita, sama ada telah tertunai atau pun tidak. Sebaik - baiknya azam yang lama itu hendaklah dicapai terlebih dahulu sebelum kita berbicara tentang azam baru.

Sememangnya mempunyai azam merupakan perkara yang amat baik & sebagai satu matlamat yang perlu dicapai oleh kita pada tahun tersebut. Tetapi kalau hanya pandai berazam & tidak berusaha untuk mendapatkanya disebabkan kealpaan, kemalasan, kecuaian diri kita, maka amatlah malang sekiranya kita masih mampu mencipta azam yang baru. Sebaik - baiknya kita perbaiki segala kelemahan diri kita bagi membolehkan kita dapat mencapai azam yang kita impikan... Insya Allah...

Bersama melakukan perubahan.... Salam Maal Hijrah 1432H