Wednesday, June 30, 2010

Dengan Satu Kesilapan

Ya... Mungkin dengan satu kesilapan orang lain tidak dapat memaafkan kite... mungkin dengan satu kesalahan yang kita lakukan orang lain akan membenci kita... dan mungkin juga dengan satu tindakan yang bertentangan dengan orang lain menyebabkan orang lain akan menyisihkan kita... semua ini bermula dengan satu kesilapan, satu kesalahan dan satu tindakan yang kurang tepat. Tapi adakah ada manusia mahu melakukan kesalahan. Secara warasnya tidak ada manusia yang mahu melakukan kesilapan dan keslahan kerana kesilapan dan kesalahan berlawanan dengan fitrah manusia yang mahukan kesempurnaan. Ya kesempurnaan.... satu ungkapan yang sukar untuk direalisasikan kerana manusia tidak sempurna kecuali Nabi Muhamad s.a.w yang maksum dan diperlihara oleh Allah s.w.t.

Semua manusia melakukan kesilapan sama ada disedari mahupun tidak disedari. Tapi apa yang penting macamama manusia memperbaiki kesilapan dan kesalahan tersebut. Ada juga manusia yang melakukan kesalahan dan kesilapan yang sama dan berulang kali. Kita lebih mudah mengingati setiap kesilapan dan kesalahan orang dan terus melupakan kebaikan yang dilakukan walaupun setinggi gunung pun kebaikanya, orang tetap berkata tentang kesalahan dan kesilapan yang dilakukanya. Bergitu mudah kita melupakan kebaikan seseorang itu apabila orang tersebut melakukan kesilapan...

Ya... kesalahan tetap kesalahan, kesilapan tetap kesilapan tetapi adakah tiada ungkapan maaf bagi mengubah keadaan. Orang kata mengukap ucapan maaf adalah semudah berkata 1... 2... dan 3 tetapi ianya tetap tersemat dan tersimpan di dalam memori minda kita yang kita boleh ingat kembali kesilapan tersebut pada bila2 masa. Tidak keterlaluan kalau saya katakan kesilapan dan kesalahan mempunyai kuasa besar yang boleh memberi kesan negetif kepada orang yang melakukanya. manakan tidak kalau seseorang itu melakukan kesalahan walaupun kesalahan tersebut kecil, orang yang mentafsir kesalahan tersebut akan ingat saampai mati... betul kan???. Kita tanyalah diri kita adakah kenyataan saya tadi betul ataupun tidak???

Memang diakui ada kesalahan yang tidak dapt dimaaf kan dan memberi kesan emosi kepada seseorang. Kalau boleh saya katakan bergini, di dalam diri manusia terdapat 3 elemen yang penting iaitu minda, emosi dan fisiologi yang ketiga tiganya mempunyai kaitan satu sama lain. Minda akan mentafsir apa yang dicerap oleh sistem representasi dan menghasilkan peta minda, kemudia ianya akan melahirkan emosi samada emosi sedih, geram, marah dll berdasarkan peta minda yang terhasil oleh mida kita tadi dan seterusnya kan menzahirkan tingkah laku seperti menangis, bertindak agrasif dll. Selagi mana kesalahan tersebut tersemat di dalam memori minda kita selagi itu lah minda kita akan menhantar kod negetif kepada emosi kita dan seterusnya ke fisiologi kita. Bak kata Karam Sing Walia rumah terbakar nampak asap tapi hati terbakar siapa yang tahu.

Kalau kita membicarakan tentang kesalahan kita juga tidak boleh lari daripada berkata menganai hukuman. Kesalahan tetap ada hukuman, kesilapan tetap ada hukuman, semacam ianya sebati dengan fitrah alam. Mungkin bentuk hukumanya itu tidak dizahirkan dengan terang dan jelas. Mengata orang, itu juga semacan satu hukuman, memulaukan orang yang melakukan kesalahan itu juga merupakan satu hukuman, menidakan hak orang yang melakukan kesalahan itu juga hukam, tidak bertegur sapa itu juga hukuman, menunjukan riak muka masam, memuncungkan bibir itu juga hukuman dan banyak lagi la tapi ianya kadang2 dirasai dan kadang2 ia tidak memberi kesan pun kepada orang yang malakukan kesalahan.

Apa jua tindakan kita, ia tetap mempunyai risiko untuk kita melakukan kesilapan. Tetapi ianya sukar untuk diterima kerana fitrah manusia mahukan kesempurnaan tampa kegagalan. Adakah kita mampu untuk tidak gagal??? Dalam buku Berani Gagal yang saya baca, Penulis buku itu Billi Lim mengatakan lagi banyak kegagalan yang dilakukan lagi besar kejayaan yang akan ditemui tetapi orang takut untuk melakukan kegagalan. Tetapi orang akan tetap ingat kegagalan itu lebih daripada kejayaan yang dilakukan.

Sememangnya diakui ada perkara yang kita tidak boleh melakukan kesilapan seperti mendidik anak, ya kalau kita salah didik ianya kan memberi kesan negetif bukan sahaja kepada keluarga tetapi kepada negara seperti masalah gejala sosial dan sebagainya. Mungkin banyak lagi keadaan yang mana kita tidak boleh melakukan kesilapan... tapi adakah kita mampu untuk tidak melakukan kesilapan dalam kehidupan seharian kita...??? Mungkinlah boleh saya katakan kegagalan itu merupakan guru untuk melakukan perubahan tetapi sukar untuk diterima oleh orang lain...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.