Friday, July 2, 2010

Anak: Kau Anugerah Allah




Assalamualaikum w.b.t

Salam perjuangan semua....

Saya sebenarnya dah lama nak tulis entri ni tapi dek kerana kesuntukan waktu dan dengan liputan 3G celcom yg amat mengecewakan di kawasan perumahan saya menyebabkan entri ini tertangguh sehingga kini....

Tanggal 29 Jun 2010 yang lalu merupakan tarikh ulang tahun kelahiran anak saya yang sulung yang bernama Ahamd Fateh Adam. Sememangnya kesibukan waktu kadang2 menyebabkan tarikh sepenting ini berlalu tanpa disedari walaupun tiada niat di hati. Nasib baik juga la tarikh tersebut merupakan tarikh temujanji anak untuk ke Klinik kesihatan Ibu dan Anak di Telipok, KK bagi pemeriksaan rutin ketika umur memasuki 2 Tahun. Sedar tak sedar anak semakin membesar dan dah pun memasuki 2 tahun pembesaran. Masa berlalu bergitu pantas tanpa disedari namun kasih sayang yang dicurahkan tidak pernah putus. Mendidik anak yang semakin membesar memerlukan kesabaran yang tinggi untuk melayan setiap kerenah dan tingkah lakunya ditambah lagi dengan anak lelaki yang semestinya agak nakal seusia ini. Walaupun kadang2 kesabaran ini agak tercabar untuk mempertahankanya.

Dalam keadaan zaman sekarang ini, mendidik anak bukan la perkara yang mudah dengan keadaan sosial yang meruncing. Kita dapat lihat sekarang ini di media-media elektrik dan elektronik terpampang isu penderaan anak sehingga membawa maut, Isu keruntuhan rumahtangga yang memberi kesan kepada pembesearan anak2, isu pembuangan anak dan banyak lagi isu2 lain yang melibatkan anak2 kecil yang tidak mengerti kenapa ianya terjadi.
Kalau diikutkan pada zaman mak ayah kita dulu jarang ada isu2 sebegini. Perkembangan zaman yang semakin moden menzahirkan persekitaran kehidupan yang semakin mencabar. Kita didedahkan dengan persekitaran yang tidak sihat melalui sumber2 seperti TV, Radio, Majalah, Internet, kemasukan budaya barat dan banyak lagi yang menjadi punca persekitaran yang tidak sihat. Semua ini memperngaruhi minda kita dan akhirnya dizahirkan dengan perlakuan yang bertentangan dengan normal kehidupan.

Kehidupan yang semakin mencabar terutamanya dibandar bandar besar sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada kehidupan berkeluarga. Suami isteri bekerja untuk mencari nafkah bagi meneruskan kehidupan menyebabkan kadang2 anak terabai tanpa belaian kasih sayang. Keluar pagi balik malam, kadang2 muka anak pun dapat ditatap pada hujung minggu sahaja. Bagi anak-anak yang kecil dihantar ke pusat jagaan dan mungkin waktu menghantarnya ke pusat jagaan anak masih tidur dan mengambilnya setelah pulang dari kerja anak pun sudah tidor. Masa bersama anak sudah semakin kurang, anak dibiarkan membesar tanpa perhatian sepenuhnya ibu bapa. Keadaan kadang-kadang tidak memberi perluang kepada kita untuk membuat pilihan yang terbaik buat anak-anak. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik bagi anak-anaknya tidak kira dalam keadaan apa sekalipun, namun kemahuan yang terbaik itu susah untuk direalisasikan.

Anak akan membesar dalam suasana keluarga yang kita bina. Kalau suasana keluarga yang harmoni mungkin anak boleh membesar dengan sempurna namun sekiranya suasana yang dibina dipenuhi dengan tekanana, emosi dan tingkah laku atau pun contoh yang tidak baik mungkin juga anak akan mebesar mengikut acuan suasana yang sedemikian. Anak ketika berusia 0-7 tahun akan mencerap maklumat yang diterimanya, anak yang berusia 7-14 tahun akan mengikut modal yang ada disekelilingnya seperti adik beradik dan mak ayah, anak yang berusia 14-21 tahun pula akan menzahir tingkah laku yang terhasil dari maklumat yang diperolehi dan dari modal yang dicontohi.

Anak bukanlah bola yang boleh disepak dan ditendang. Anak bukanlah batu kecil yang boleh dibaling dan dilempar bergitu sahaja tetapi anak adalah anugerah Allah yang perlu dijaga, diasuh dan dibelai bagi menzahirkan generasi pewaris negara. Ya... mungkin satu dua tingkah laku ibu bapa yang bertindak bertentangan dengan emosi rasional bukan lah menandakan kasih sayang telah terputus tetapi kadang kala kawalan emosi agak terganggu menyebabkan pentafsiaran yang negetif dizahirkan. Pada fitrahnya anak yang dilahirkan ada suci, bersih dan tiada dosa tidak kira apa agama ibu yang melahirkanya, terpulang la kepada kita untuk mencorakanya sama ada mahu menjadikanya muslin, yahudi mahupun nasrani.

Kepada anak ku Ahmad fateh adam: Setiap saat abah menyayangi mu dan setiap detik abah mengingati mu...


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.