Monday, July 5, 2010

Merapu

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perjuangan Semua

Aku pun xtahu ape nak tulis sebenarnya.... tengah2 cari mood untuk buat keje akhirnya aku buka blog kot2 ada cerita yang nak dikongsikan. Aku sebenarnya tak pandai sangat nak menulis ni ayat pun lintang pukang tapi ni salah satu alternatif yang aku ambil untuk menambah ketajaman minda aku dalam bidang pernulisan. Kalau nak diikutkan keputusan BM aku dalam SPM pun cukup2 makan je.... tapi takpe la yang penting blog sebagai medan untuk aku menulis seberapa banyak artikal bagi mengasah bakat penulisan aku... hahaha... ada bakat ke aku ni huhuhuhu....

Dalam keluarga aku, hanya ayah aku je yang ada bakat dalam pernulisan... masa muda2 dulu ayah aku ada juga antar artikal kat majalah mustika, tapi mustika zaman dulu bukan cam mustika zaman sekarang yang banyak kisah tentang hantu dan masalah sosial. Penulisan mustika zaman dahulu banyak berkaitan dengan Politik, isu semasa dan berkaitan dengan agama. Sekarang ni ayah aku dah tak antar artikal kat mustika lagi tapi ayah aku masih menghasilkan pernulisan dalam bidang dakwah seperti khutbah Jumaat dan khutbah hari raya puasa/haji. Ayah aku juga merupakan salah seorang ahli panel yang diberi tauliah untuk menulis khutbah Jumaah untuk Pejabat Mufti Negeri Pahang. Kalau tengok koleksi khutbah ayah aku memang banyak dari zaman aku Sek. Rendah lagi sampai la sekarang.

Erm... adik beradik aku cam takda yang berminat dalam pernulisan cuma aku je la yang mengada-ngada nak berjinak dalam pernulisan tu pun dalam blog je la walaupun takda orang yang nak baca blog aku tapi yang penting aku ada blog untuk aku tulis apa yang aku suka. Orang nak baca ke tak baca lantak la hihihi sekurang kurangnya aku ada blog cam orang lain hihihi..... Aku ada juga niat nak tulis khutbah cam ayak aku tapi baru buat mukadimah dah mati ayat... sampai sekarang masih tergendala. Satu masalah dalam pernulisan aku adalah aku selalu tersilap ejaan... entah lah rasa cam betul dah tulis tapi bila baca balik banyak kesalahan terutamanya ejaan dan ayat yang lintang pukang... Walaubagaimana pun setiap pernulisan yang aku buat aku akan cuba semak beberapa kali bagi membetulkan ejaan tapi kadang2 mata aku takberapa nak kesan kesalahan tersebut, namun aku masih mencuba untuk mebaiki setiap ejaan yang aku tulis supaya orang yang baca artikal aku taklah pening kepala hihihihi......

Ok la cam dah datang mood untuk buat keje.... See u againt....

Friday, July 2, 2010

Anak: Kau Anugerah Allah




Assalamualaikum w.b.t

Salam perjuangan semua....

Saya sebenarnya dah lama nak tulis entri ni tapi dek kerana kesuntukan waktu dan dengan liputan 3G celcom yg amat mengecewakan di kawasan perumahan saya menyebabkan entri ini tertangguh sehingga kini....

Tanggal 29 Jun 2010 yang lalu merupakan tarikh ulang tahun kelahiran anak saya yang sulung yang bernama Ahamd Fateh Adam. Sememangnya kesibukan waktu kadang2 menyebabkan tarikh sepenting ini berlalu tanpa disedari walaupun tiada niat di hati. Nasib baik juga la tarikh tersebut merupakan tarikh temujanji anak untuk ke Klinik kesihatan Ibu dan Anak di Telipok, KK bagi pemeriksaan rutin ketika umur memasuki 2 Tahun. Sedar tak sedar anak semakin membesar dan dah pun memasuki 2 tahun pembesaran. Masa berlalu bergitu pantas tanpa disedari namun kasih sayang yang dicurahkan tidak pernah putus. Mendidik anak yang semakin membesar memerlukan kesabaran yang tinggi untuk melayan setiap kerenah dan tingkah lakunya ditambah lagi dengan anak lelaki yang semestinya agak nakal seusia ini. Walaupun kadang2 kesabaran ini agak tercabar untuk mempertahankanya.

Dalam keadaan zaman sekarang ini, mendidik anak bukan la perkara yang mudah dengan keadaan sosial yang meruncing. Kita dapat lihat sekarang ini di media-media elektrik dan elektronik terpampang isu penderaan anak sehingga membawa maut, Isu keruntuhan rumahtangga yang memberi kesan kepada pembesearan anak2, isu pembuangan anak dan banyak lagi isu2 lain yang melibatkan anak2 kecil yang tidak mengerti kenapa ianya terjadi.
Kalau diikutkan pada zaman mak ayah kita dulu jarang ada isu2 sebegini. Perkembangan zaman yang semakin moden menzahirkan persekitaran kehidupan yang semakin mencabar. Kita didedahkan dengan persekitaran yang tidak sihat melalui sumber2 seperti TV, Radio, Majalah, Internet, kemasukan budaya barat dan banyak lagi yang menjadi punca persekitaran yang tidak sihat. Semua ini memperngaruhi minda kita dan akhirnya dizahirkan dengan perlakuan yang bertentangan dengan normal kehidupan.

Kehidupan yang semakin mencabar terutamanya dibandar bandar besar sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada kehidupan berkeluarga. Suami isteri bekerja untuk mencari nafkah bagi meneruskan kehidupan menyebabkan kadang2 anak terabai tanpa belaian kasih sayang. Keluar pagi balik malam, kadang2 muka anak pun dapat ditatap pada hujung minggu sahaja. Bagi anak-anak yang kecil dihantar ke pusat jagaan dan mungkin waktu menghantarnya ke pusat jagaan anak masih tidur dan mengambilnya setelah pulang dari kerja anak pun sudah tidor. Masa bersama anak sudah semakin kurang, anak dibiarkan membesar tanpa perhatian sepenuhnya ibu bapa. Keadaan kadang-kadang tidak memberi perluang kepada kita untuk membuat pilihan yang terbaik buat anak-anak. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik bagi anak-anaknya tidak kira dalam keadaan apa sekalipun, namun kemahuan yang terbaik itu susah untuk direalisasikan.

Anak akan membesar dalam suasana keluarga yang kita bina. Kalau suasana keluarga yang harmoni mungkin anak boleh membesar dengan sempurna namun sekiranya suasana yang dibina dipenuhi dengan tekanana, emosi dan tingkah laku atau pun contoh yang tidak baik mungkin juga anak akan mebesar mengikut acuan suasana yang sedemikian. Anak ketika berusia 0-7 tahun akan mencerap maklumat yang diterimanya, anak yang berusia 7-14 tahun akan mengikut modal yang ada disekelilingnya seperti adik beradik dan mak ayah, anak yang berusia 14-21 tahun pula akan menzahir tingkah laku yang terhasil dari maklumat yang diperolehi dan dari modal yang dicontohi.

Anak bukanlah bola yang boleh disepak dan ditendang. Anak bukanlah batu kecil yang boleh dibaling dan dilempar bergitu sahaja tetapi anak adalah anugerah Allah yang perlu dijaga, diasuh dan dibelai bagi menzahirkan generasi pewaris negara. Ya... mungkin satu dua tingkah laku ibu bapa yang bertindak bertentangan dengan emosi rasional bukan lah menandakan kasih sayang telah terputus tetapi kadang kala kawalan emosi agak terganggu menyebabkan pentafsiaran yang negetif dizahirkan. Pada fitrahnya anak yang dilahirkan ada suci, bersih dan tiada dosa tidak kira apa agama ibu yang melahirkanya, terpulang la kepada kita untuk mencorakanya sama ada mahu menjadikanya muslin, yahudi mahupun nasrani.

Kepada anak ku Ahmad fateh adam: Setiap saat abah menyayangi mu dan setiap detik abah mengingati mu...


Wednesday, June 30, 2010

Dengan Satu Kesilapan

Ya... Mungkin dengan satu kesilapan orang lain tidak dapat memaafkan kite... mungkin dengan satu kesalahan yang kita lakukan orang lain akan membenci kita... dan mungkin juga dengan satu tindakan yang bertentangan dengan orang lain menyebabkan orang lain akan menyisihkan kita... semua ini bermula dengan satu kesilapan, satu kesalahan dan satu tindakan yang kurang tepat. Tapi adakah ada manusia mahu melakukan kesalahan. Secara warasnya tidak ada manusia yang mahu melakukan kesilapan dan keslahan kerana kesilapan dan kesalahan berlawanan dengan fitrah manusia yang mahukan kesempurnaan. Ya kesempurnaan.... satu ungkapan yang sukar untuk direalisasikan kerana manusia tidak sempurna kecuali Nabi Muhamad s.a.w yang maksum dan diperlihara oleh Allah s.w.t.

Semua manusia melakukan kesilapan sama ada disedari mahupun tidak disedari. Tapi apa yang penting macamama manusia memperbaiki kesilapan dan kesalahan tersebut. Ada juga manusia yang melakukan kesalahan dan kesilapan yang sama dan berulang kali. Kita lebih mudah mengingati setiap kesilapan dan kesalahan orang dan terus melupakan kebaikan yang dilakukan walaupun setinggi gunung pun kebaikanya, orang tetap berkata tentang kesalahan dan kesilapan yang dilakukanya. Bergitu mudah kita melupakan kebaikan seseorang itu apabila orang tersebut melakukan kesilapan...

Ya... kesalahan tetap kesalahan, kesilapan tetap kesilapan tetapi adakah tiada ungkapan maaf bagi mengubah keadaan. Orang kata mengukap ucapan maaf adalah semudah berkata 1... 2... dan 3 tetapi ianya tetap tersemat dan tersimpan di dalam memori minda kita yang kita boleh ingat kembali kesilapan tersebut pada bila2 masa. Tidak keterlaluan kalau saya katakan kesilapan dan kesalahan mempunyai kuasa besar yang boleh memberi kesan negetif kepada orang yang melakukanya. manakan tidak kalau seseorang itu melakukan kesalahan walaupun kesalahan tersebut kecil, orang yang mentafsir kesalahan tersebut akan ingat saampai mati... betul kan???. Kita tanyalah diri kita adakah kenyataan saya tadi betul ataupun tidak???

Memang diakui ada kesalahan yang tidak dapt dimaaf kan dan memberi kesan emosi kepada seseorang. Kalau boleh saya katakan bergini, di dalam diri manusia terdapat 3 elemen yang penting iaitu minda, emosi dan fisiologi yang ketiga tiganya mempunyai kaitan satu sama lain. Minda akan mentafsir apa yang dicerap oleh sistem representasi dan menghasilkan peta minda, kemudia ianya akan melahirkan emosi samada emosi sedih, geram, marah dll berdasarkan peta minda yang terhasil oleh mida kita tadi dan seterusnya kan menzahirkan tingkah laku seperti menangis, bertindak agrasif dll. Selagi mana kesalahan tersebut tersemat di dalam memori minda kita selagi itu lah minda kita akan menhantar kod negetif kepada emosi kita dan seterusnya ke fisiologi kita. Bak kata Karam Sing Walia rumah terbakar nampak asap tapi hati terbakar siapa yang tahu.

Kalau kita membicarakan tentang kesalahan kita juga tidak boleh lari daripada berkata menganai hukuman. Kesalahan tetap ada hukuman, kesilapan tetap ada hukuman, semacam ianya sebati dengan fitrah alam. Mungkin bentuk hukumanya itu tidak dizahirkan dengan terang dan jelas. Mengata orang, itu juga semacan satu hukuman, memulaukan orang yang melakukan kesalahan itu juga merupakan satu hukuman, menidakan hak orang yang melakukan kesalahan itu juga hukam, tidak bertegur sapa itu juga hukuman, menunjukan riak muka masam, memuncungkan bibir itu juga hukuman dan banyak lagi la tapi ianya kadang2 dirasai dan kadang2 ia tidak memberi kesan pun kepada orang yang malakukan kesalahan.

Apa jua tindakan kita, ia tetap mempunyai risiko untuk kita melakukan kesilapan. Tetapi ianya sukar untuk diterima kerana fitrah manusia mahukan kesempurnaan tampa kegagalan. Adakah kita mampu untuk tidak gagal??? Dalam buku Berani Gagal yang saya baca, Penulis buku itu Billi Lim mengatakan lagi banyak kegagalan yang dilakukan lagi besar kejayaan yang akan ditemui tetapi orang takut untuk melakukan kegagalan. Tetapi orang akan tetap ingat kegagalan itu lebih daripada kejayaan yang dilakukan.

Sememangnya diakui ada perkara yang kita tidak boleh melakukan kesilapan seperti mendidik anak, ya kalau kita salah didik ianya kan memberi kesan negetif bukan sahaja kepada keluarga tetapi kepada negara seperti masalah gejala sosial dan sebagainya. Mungkin banyak lagi keadaan yang mana kita tidak boleh melakukan kesilapan... tapi adakah kita mampu untuk tidak melakukan kesilapan dalam kehidupan seharian kita...??? Mungkinlah boleh saya katakan kegagalan itu merupakan guru untuk melakukan perubahan tetapi sukar untuk diterima oleh orang lain...

Tuesday, June 29, 2010

Bermula Dengan Syukur

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulilah hari ni kita bermula dengan ucapan syukur kepada Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk melihat dunia ini dan masih lagi diberi segala keistimewaan, kenikmatan dan kesempatan untuk kita bertaubat.

Marilah pada tiap2 pagi apabila kita bangun dari tidur kita ucapkan kesyukuran kepada Allah sebelum kita memulakan hidup ini. Selain daripada itu kita berkata kepada diri kita, kita tanamkan dalam hati kita supaya hari yang akan dilalui pada hari ini penuh dengan makna kesyukuran.
Kita berkata lagi pada diri kita untuk menjadikan hari ini hari yg penuh dengan semangat dan keceriaan...

ulangi la kesyukuran ini setiap pagi.... anda akan merasa diri anda semakin hebat...

Monday, June 28, 2010

Santapan Minda

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejatera....

errrmmm rasenye dah seminggu xup date blog hihihi ermm kadang2 tu sebuk mengatasi keingnan untuk menulis, walaubagaimana pun janji untuk up date blog sekurang kurangnye seminggu sekali tetap menjadi pegangan untuk ditunaikan Insya Allah.....

Nak tulis ape yekk.... erm ok la sebenarnya minggu lepas aku hadir kursus NLP... aku dah cite sikit sebelum ni sal kursus ini.... Alhamdullah kursus berjalan dengan jayanya walaupun kursus ini bagi aku amat padat dan taf, lebih taf daripada kursus BTN yg aku pernah hadir.... Walaubagaimana pun aku amat bersyukur kerana Allah s.w.t telah mentakdirkan utk aku hadir kursus ini yg mane kursus ini membuka mata & permikiran aku yg hidup ini sememangnya indah jika kita tahu menggunakan kaedah NLP untuk kita menjadi hebat.

Secara ringkasnya boleh aku ceritakan bahawa NLP merupakan kaedah yg kita boleh gunakan untuk menjadikan diri kita insan yg cemerlang. walaupun NLP ini dicipta oleh orang barat tetapi xsalah utk kita ambil kebaikanya dan digunakan dlm kehidupan seharian. NLP juge boleh dikatakan sebagai mencontohi kecemerlangan yang mana kita boleh modelkan insan yg hebat dan kita mengambil ciri2 kehebatan insan tersebut untuk dicontohi. hebat kan?!!!

Minda ataupun akal merupakan anugerah yg cukup hebat diciptakan oleh Allah untuk manusia. Dalam Al-Quran juge banyak menceritakan tentang akal fikiran sehinggakan Allah membezakan manusia yg menggunakan akal utk berfikir dengan manusia yg tidak mahu menggunakan akal utk berfikir dengan haiwan ternakan.Di dalam diri manusia terdapat 3 bahagian iaitu minda/akal, emosi dan tingkah laku/perbuatan. Minda mentafsir maklumat apa yang dicerap/diterima oleh deria kita seperti deria melihat (mata), mendengar (Telinga) dan perasaan (sentuhan, dll) dan maklumat yg ditafsirkan akan membentuk peta minda. Seterusnya maklumat tersebut juga akan dihantar ke bahagian emosi untuk menzahirkan emosi ketika itu samada sedih, gembira, benci, dll.Seterusnya ianya dizahirkan melalui tingkah laku seperti senyum, menangis, dll.

Kebanyakan bahagian minda kita dikuasai oleh minda separa sedar dan di dalam kaedah NLP ini lah kita menggunakan minda separa sedar untuk kita programkan semula dalam mentafsir setiap maklumat yang dicerap oleh deria manusia. Sebagai contoh seorng perokok kita boleh programkan midanya untuk mentafsir rokok tersebut sebagai suatu benda yang meloyakan, membusukan dan ape2 shaja yg die tidak suke. Bagi menjelaskan lagi saya bawakan satu kes yg mane seorang perokok telah berjaya behenti merokok dengan menggunakan salah satu kaedah di dlm NLP iaitu corak coklat godiva. Kita programkan minda separa sedarnya untuk mentafsir bau rokok yg dicerap oleh deria bau dengan bau popedom yg mane perokok tersebut tidak suke dngn bau popedom. Apabila asap rokok dicerap oleh deria bau dan maklumat cerapan tersebut dihantar kpada minda separa sedar dan minta separa sedar pula akan mentafsir bau rokok tersebut merupakan bau popedom dan maklumat tersebut akan dihantar ke bahagian emosi untuk menzahirkan perasaan tidak suke kepada bau rokok. Seterusnya maklumat tersebut akan dihantar ke bahagian fizikal utk menzahirkan maklumat yg telah ditafsirkan tadi yg mane menyebabkan perokok tersebut akan membuang rokok kerana tidak suke dengan bau rokok yg sama baunya dengan bau popedom.

Hebat bukan... bukan itu saje tapi banyak lagi perkara yg kta boleh buat dngan menggunakan kaedah NLP seperti menghilangkan Fobia/ketakutan, merawat hati yg luka, mengubah sejarah diri, dan banyak lagi.... ape2 pun berbaloi kursus yg aku hadir ni... insya Allah dengan sedikit ilmu yg diberikan ini aku mohon pertunjuk dari Allah agar ilmu ini dapat aku amalkan untuk kebaikan bersama..... ok la nnti kita sambung lagi engan cerita yg entah ape2 hahaha ok see u againt I LOV NLP.....

Friday, June 18, 2010

Palestin - Hanya Apabila Kita Bersatu

Salam Palestin,

Misi Flotila bantuan kemanusian Palestin yang digerakkan kumpulan aktivis keamanan sedunia masih menemui jalan buntu untuk memasuki Gaza. Israel mara dengan kesombongan dan kekejamannya. Tetapi, misi tersebut telah melihat satu lorong cahaya yang telah ditemui, kemudian diterokai para pejuang intifadah Palestin lebih 20 tahun yang lepas.

Lorong yang menerobos masuk ke liang dan pembuluh di benak bangsa Yahudi yang dihimpit ketakutan. Kita selalu menjangka mereka gagah dan kuat, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Mereka terlalu takut dan pengecut.

Si pemberani hanya menyerang lawan setaranya. Menyerang aktivis keamanan daripada pelbagi ugama dan kepercayaan yang tiada memiliki selain rasa belas dan kemanusian dalam fitrah diri adalah tanda kebaculan dan ketakutan yang sukar dibendung. Ketakutan itulah yang akhirnya menutup akal dan logik Yahudi oleh bertindk secara betul.

Maka kegerunan dan kebaculan itulah yang menjadi barah buat Yahudi dan negara haram Israel. Bagi kita umat Islam, Allah telah mewahyukannya sejak lebih seribu tahun dahulu. Tetapi ia ditinggalkan umat yang telah membelakangi al Quran. Mereka pula menjadi takut dan bacul terhadap Yahudi.

Apabila gerakan intifadah yang digerakkan oleh HAMAS menemui lompang besar ini, mereka hanya memerlukan anak – anak batu yang dipecah – pecahkan menggunakan batu – batu yang lebih besar, lalu dilontar dan direjam ke arah bala askar Yahudi oleh anak – anak muda, bahkan anak – anak kecil Palestin yang masih hingusan.

Akhirnya persenjataan yang berteknologi tinggi di tangan Yahudi tumpas dan lebur di tangan si pemberani para pejuang intifadah. Yahudi mula goncang dan kerana kuatnya goncangan itu, Amerika turut menerima kegoncangan dan ia amat kuat sekali. HAMAS kemudiannya, kehadirannya tidak dapat disekat – sekat lagi. Ia telah menggenggam ulu hati bangsa Yahudi yang penakut. Ia telah menjajah hati dan sanubari Yahudi itu.

Aktivis Flotila menemuinya hari ini. Adakah anda menyangka mereka menjadi takut selepas melihat kematian dan darah yang berhamburan di dek dan dinding kapal itu? Tidak, mereka akan mula ketagih untuk datang lagi kepada Yahudi yang ketakutan itu, lebih daripada datang kepada Gaza yang dihuni para pendekar dan pahlawan berani mati! Mereka seronok bermain darah dengan Yahudi.

Tetapi misi Flotila juga adalah memalukan. Memalukan umat Islan sedunia yang terpaksa melihat keberanian yang seawalnya dimiliki para pejuag intifadah itu kini dimiliki pula oleh kumpulan aktivis kemanusiaan dan keamanan sedunia. Adapun, negara – negara Islam sedunia, mereka terus dibuai ketakutan dan kebingungan. Sungguh memalukan. Sungguh membingungkan!

Jika ada penawar yang boleh mengubati, maka ia adalah dari kerana para aktivis muslim yang turut sama menyertai misi besar ini. Negara kita turut disertai oleh para aktivis dan pejuang yang telah ditatah kerakyatan Palestin di isi sanubari mereka. Merekalah pejuang yang benar dalam iman dan keyakinan mereka terhadap Allah dan janjiNya, insya Allah.

Satu hari, dengan izin Allah, darah rakyat Malaysia akan turut bersimbah di perjalanan, kemudian di bumi, kemudian di anjung masjid al Aqsa. Saat itu, tiada perayaan yang lebih besar buat kita selain berbondongan mengiringi syuhada’ Malaysia ke syurga tuhan.

Darah adalah bayaran tuntutan al Aqsa, bukan tuntutan Yahudi. Al Aqsa menuntut darah bersimbah di buminya dan kerananya pintu al Aqsa akan terbuka buat kita. Kita atau anak kita akan bersujud nanti di mihrab para anbiya’ sebagaimana kita telah sujud kepada Allah di Masjidil Haram dan Masjid al Nabawiy hari ini.

Ketahui olehmu bahawa janji tuhan tiada akan berubah. Al Aqsa adalah milik umat Islam. Kita melepaskannya kerana kita telah melepaskan al Quran dari genggaman kita. Kita lalu terburai dan terhumban dari kapal yang pecah dan karam. Kerana kekuatan yang telah hilang, akhirnya Yahudi datang sebagaimana angkatan iblis sebelumnya datang untuk menjajah al Aqsa.

Al Quran mengajar kita untuk memiliki kesatuan kerana dengannya datanglah kekuatan dan keberanian. Dengan kedua – duanya, Yahudi akan lari dan lari ketakutan dan saat itu giliran kita pula memburu mereka.

Semoga seruan al Aqsa memudahkan kesukaran kita untuk bersatu sesama kita. Jika tidak al Aqsa, apa lagi?

Yang Remeh Bukan Temeh : Tulus Bahasa

“Tak baik langkah duit. Berdosa!” pesan opah.

Anak cucu tersengih.

Tunduk mengutip duit syiling yang bertaburan di lantai.

Bukan banyak pun, kalau dicampur-campur mungkin jauh daripada cukup untuk membeli sebatang ais krim berjenama popular di kedai.

Anak cucu yang bijak laksana itu mula bertanya sesama sendiri, kenapa pula berdosa melangkah duit? Bukannya ada apa-apa firman pada kepingan tembaga dan besi itu. Malah nilainya juga serendah satu sen. Mereka ada jawapan, bahawa opah memang sengaja begitu. Banyak benar pesannya. Dalam pesan yang sederet itu, banyak pula yang remeh temeh.

Antara anak cucu itu adalah saya.

Anak kecil yang tidak mengerti mengapa opah begitu banyak pantang larangnya.

Semakin saya pandai, semakin remeh nasihat opah saya perhatikan.

Segalanya mula menunjukkan makna, hanya apabila saya berhenti menilai nasihat opah dengan akal. Opah memberi nasihat bukan dari akal, tetapi dari hati. Hanya dengan merenung menerusi mata hati, nasihat opah menampakkan bijaknya.

PENGAJARAN DI ISTANBUL

Cuti musim panas itu, saya bertandang ke rumah Mahmud yang terletak di Draman, Istanbul.

Malam itu panas.

Sebelum kami melelapkan mata, saya meminta segelas air masak untuk membasahkan tekak. Mahmud mengambil cawan yang tersimpan di rak pinggan, membasuhnya terlebih dahulu sebelum diisi dengan air yang diminta.

Hairan…

Mengapa pula cawan yang sudah bersih itu mahu dibasuh dahulu sebelum dituang air?

Soalan itu timbul semula apabila saya berbual dengan Pakcik Mehmet di Bolvadin, Afyon.

“Mengapa nama Pakcik adalah Mehmet, sedangkan nama Rasulullah itu Muhammad? Kenapa yang itu Muhammad dan yang ini Mehmet? Maknanya sama, sebutannya berbeza!” saya mencari jawapan.

“Oh, tiada apa-apa rahsia. Biarlah yang mulia itu sahaja namanya Muhammad. Untuk kita-kita, sebut sahaja Mehmet. Supaya kalau ada di kalangan Mehmet ini yang mencuri telur ayam, maka yang disebut nanti ialah Mehmet si pencuri telur ayam. Bukan Muhammad. Nama yang baik itu terselamat daripada dinisbahkan kepada perbuatan buruk mencuri telur ayam!” jelas Pakcik Mehmet.

Oh, begitu!

Baru saya faham, orang Turki itu orang yang berhalus. Mengambil kira benda-benda yang sering dianggap kecil. Apabila mereka sudah sebati dengan sikap sedemikian, maka kebersihannya bukan setakat cawan yang sudah dibasuh perlu ditos dengan air, malah setiap inci rumah dijaga kebersihannya. Tong sampah juga harus bersih. Tong sampah bukan sampah, maka tong mesti dijaga kebersihannya.

Dengan pandangan yang teliti pada yang kecil, kesannya nampak pada seni masjid, seni ukiran, seni pakaian malah seni bunyi, seni tari dan seni lagu. Semuanya menjadi halus dan tinggi. Keindahan tidak meremeh temehkan benda yang kecil, tumpah pada manusia, dan alam sekitar yang dihuninya. Lebih teliti, lebih indah seninya.

PENGAJARAN DIBAWA PULANG

Teringat semula kepada nasihat opah.

Opah yang jahitan bajunya kemas. Tekat bantalnya halus. Bahasa bualnya lunak. Malah lenggok tarian zamannya lembut, dan lagu juga indah di telinga.

Halus…

Di dapur opah, lauk pula cukup rempah-pawahnya. Bawang betul berhiris. Ikan molek disiang. Serai halus dititik, cili cantik berpotong.

Saya baru mampu melihat, bahawa opah itu orangnya berkira. Mengira yang kecil-kecil.

Langkah duit dosanya bukan pada melangkah itu. Salahnya ialah pada meremehkan benda kecil.

Segera saya teringat, ketika Nabi Yusuf memberikan saranan bahawa tugas paling cocok buat dirinya adalah sebagai Bendahara negara Mesir, beliau berkata, “jadikanlah aku pemegang harta negara. Sesungguhnya aku ini seorang yang teliti lagi berilmu” [Q 12: 55]

Kelayakan bukan hanya pada berilmunya seseorang itu menguruskan kewangan, malah pada sikap telitinya pada apa yang dihitung sebagai amanah.

Tatkala duit satu sen atau sepuluh sen tidak dibiarkan bersepah di belakang kerusi atau bawah almari, itulah cermin kepada sikap telitinya seseorang dalam kehidupan. Orang yang lebih jelas kelayakan dirinya, memegang amanah dengan integriti.

Itu jugalah semangat yang diajar dalam berwudhu’. “Jangan membazir air, walaupun kamu di sungai,” pesan Nabi Muhammad. Berjimat bukan soal kekurangan bekal. Tetapi latihan membentuk sikap. Peka dengan keperluan, dan mengguna pakai seadanya, biar pun pada sekecil soal wudhu’ di tebing sungai.

KECIL-KECIL YANG BESAR

“Tolong-tolong!” jerit penduduk kampung.

Mereka gempar melihat kelibat harimau melintas desa.

Besarnya harimau, dengan taring yang mencarik tubuh, tentu sahaja terbit rasa gerun di empat penjuru kampung. Semua takut kehilangan nyawa, dek harimau yang gagah perkasa itu.

Tetapi berapa sangatlah dalam setahun, manusia mati dibaham harimau? Di sebuah negara yang masih kaya dengan hutan belantara seperti Malaysia, terhitungkah jari bilangan mangsa keganasan harimau? Ada lima puluh? Usahkan lima puluh, mahu dicari lima pun payah!

Jarang benar manusia mati dibaham harimau.

Tetapi bagaimana dengan nyamuk?

Berapa ramaikah manusia yang mati kerana menjadi mangsa gigitan nyamuk di negara kita?

Sehingga ke minggu ke-12 tahun 2010, negara mencatatkan jumlah kes demam denggi sehingga 12,157 dengan 43 kematian! Jumlah itu sangat besar. Lebih membimbangkan, kes demam denggi ini tertumpu di kawasan pembangunan bersama kepadatan penduduk yang tinggi. Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor adalah di antara negeri yang mencatatkan kes demam denggi tertinggi.

Ketika kegerunan kita masih berlegar pada haiwan sebesar dan seganas harimau, akhirnya kita tumpas dengan seekor nyamuk!

Yang kecil. Yang dilihat remeh. Tetapi tidak temeh.

Wabak demam denggi itu adalah peringatan untuk kita semua. Amaran bahawa sikap meremehkan perkara kecil, boleh menjadi besar. Apalah sangat usaha menerbalikkan bekas air yang bertakung di depan rumah, atau membersihkan pinggan melapik pasu bunga. Terlalu remeh, jika mahu dinisbahkan dengan tanggungjawab-tanggungjawa
b lain yang lebih besar dalam rutin seharian kita.

Namun akhirnya, sikap itulah yang mengundang musibah.

Jika generasi ibu bapa kita dahulu memberi pesan bahawa sikit-sikit lama jadi bukit, kini dengan sikap meremehkan perkara kecil itu, peribahasa berubah makna. Bukan lagi yang sikit menjadi bukit, tetapi merebakkan wabak dan penyakit.

Sukar benar untuk dunia yang besar ini diselamatkan, selagi manusia lupa kepada perkara yang kecil-kecil dalam hidupnya. Apalah sangat sekeping tisu yang dicampak dari tingkap kereta. Besar sangatkah masalah kalau sebuah mentol menyala tanpa keperluan?

Soalnya bukan saiz tisu atau mentol.

Isunya adalah SIKAP.

Hilangnya kepekaan terhadap persekitaran, meremehkan benda-benda kecil yang disangka tiada kepentingan, segalanya menjadi sumber musibah dan bencana apabila ia digandakan dengan bilangan manusia. Bukan seorang yang membuang sampah begitu, bukan seorang yang membiarkan mentol menyala seperti itu.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi penyakit.

SARANAN

Bercita-cita biar besar.

Tetapi bertindak, mulakan dengan yang kecil.

Tidak guna mengangankan sebuah rumah yang lengkap dengan landskap Jepun atau Bali ketika bajet tidak mengizinkan. Andaikata di poket hanya ada RM5, belilah penyapu dan sapu sampah di halaman. Jika setiap rumah menyapu halaman, nescaya bersihlah satu negara.

Terlalu jauh mengejar impian, untuk mengusahakan sebuah dunia yang aman tanpa konflik dan peperangan. Tetapi mulakanlah dengan langkah yang sebenarnya di lingkungan kemampuan kita.

“Pulanglah ke rumah, kasihilah keluargamu!” itu pesan Mother Theresa suatu ketika dahulu.

Yang besar itu impian.

Yang gah itu harapan.

Yang sederhana itu keseimbangan.

Yang kecil itu permulaan.

Peliharalah yang kecil-kecil itu.

Yang remeh, bukan temeh.