Monday, July 19, 2010

Menyebar Salam Pencetus Kasih Sayang Sesama Muslim

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Kamu tidak akan masuk syurga kecuali kamu beriman dan tidak sempurna iman kamu sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah jika aku beritahu kepada kamu sesuatu yang apbila kamu lakukan boleh mencetuskan kasih sayang di antara satu sama lain? iaitu sebarkanlah salam di antara kamu" (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Dari Abu Yusuf Abdulullah bin Salam r.a., Katanya; aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Wahai sekalian manusia, tebarkanlah salam, sentiasalah membuat jamuan makan, sambunglah silaturrahim, solatlah ketika manusia sedang tidur (solat tahjud, nescaya kamu akan dapat masuk syurga dengan sejahtera," (Riwayat al-Tirmizi)

Friday, July 16, 2010

Hak saudara Muslim

Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Hak seorang Muslim kepada Muslim lainya ada enam perkara :

1. Apabila engkau bertemu denganya, ucapkanlah salam.

2. Apabila ia mengundangmu, maka kabulkanlah.

3. Apabila ia minta nasihat daripadamu, hendaklah kamu menasihatinya.

4. Apabila ia bersin, lalu mengucapkan 'Alhamdulilah', maka hendaklah kamu sambut
dengan 'Yarhamukallah'.

5. Apabila ia sakit, hendaklah kamu ziarahinya.

6. Apabila ia mati, hendaklah kamu hantarkan jenazahnya ke kubur.

Gatal Tangan

Assalamualaikum w.b.t dan salam perjuangan

Sebenar xtahu nak tulis ape pun cuma buka blog dan tiba2 tangan ni gatal pulak nak tulis.... hehehe erm... hari ni merupakan hari terakhir budak2 praktikal di pejabat aku menjalani latihan prektikal... semua sekali ada 12 orang tapi yang tamat minggu ni hanya 4 orang ja dan lagi 5 orang akan tamat pada minggu depan. Bakinya akan tamat pada bulan 8 nanti. aku sebenarnya xrapat sangat dengan dorang lagipun tiada sorang pun yang diletakan di bawah unit aku...

Pagi tadi semasa majlis bacaan yasin & tazkirah sempat la diadakan majlis perpisahan dan penghargaan kepada pelajar praktikal yang akan menamatkan latihan praktikal. Xrancang pun sebenarnya cuma pagi2 tadi kak Adila minta diadakan majlis perpisahan untuk budak2 ni dan diberi sijil tamat latihan. Bagus juga majlis bacaan yasin ni kalau2 ada majlis sebegini senang terus je buat sekali. Cuma pernyediaan makanan tu kelam kabut sikit la sebab pagi tadi baru si Cristi & Diana cari makanan kat kantin bawah... nasib baik la ada dan sukup hehehe

Satu perkara yang hangat diperkatakan pada hari ini adalah kenaikan harga minyak, gula dan gas LPG. Semalam kerajaan mengumumkan kenaikan harga barang tersebut seperti berikut :

Minyak Petrol RON 95 naik 5 sen menjadikan harga sekarang RM 1.85 Seliter

Minyak Petrol RON 97 tidak diberikan subsidi.Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik

Minyak Diesel naik sebanyak 5 sen menjadikan harga sekarang RM 1.75 seliter

Harga gula juga naik sebanyak 25 sen menjadikan harga sekarang RM 1.90 sekilo.

Manakala kenaikan harga bagi LPG adalah seperti berikut :

Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Susah nak cakap la... walaupun naik tidak la banyak, cuma 5 sen sahaja tetapi ianya tetap memberi kesan kepada rakyat apabila semua barang keperluan akan turut naik disebabkan kenaikan kos bahanpi.

Aku pun malas nak komen banyak2... kalau aku komen banyak2 pun harga xturun juga... huhuhu

Ok la see u againt la.... hihihi

Monday, July 12, 2010

Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

Isra' Mikraj

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perjuangan

Hari ini tanggal 29 Rejab 1431H dan esok akan memasuki 1 Syaaban 1431H. Terlalu cepat masa berlalu sehinggakan masa yang di amanahkan berlalu bergitu sahaja. Ketika artikal ini ditulis musim perlawanan bola sepak piala dunia mula melabuhkan tirainya dengan pasukan Sepanyol menjuarai Piala Dunia menewaskan pasukan Belanda 1-0. Bergitu cepat masa berlalu, rasanya baru lagi demam piala dunia bermula, sedar tak sedar sebulan masa berlalu dengan bergitu pantas sekali. Tetapi bukan pasal bola sepak piala dunia yang mahu dicoretkan disini....

Bila berada di penghujung bulan Rejab, minda ini teringatkan satu peristiwa yang berlaku keatas junjungan agung Nabi Muhamad s.a.w iaitu peristiwa Isra' Mikraj. Peristiwa Isra' Mikraj merupakan mukjizat agung yang dialami oleh Rasulullah s.a.w pada malam 27 Rejab tahun ke 11 kenabian walaupun berlaku khilaf di kalangan ulama tentang tarikh sebenar berlakunya Isra' Mikraj. Namun bergitu bukanlah tarikh yang perlu dipertikaikan tetapi yang lebih penting adalah untuk meyakini kebenaran peristiwa ini. Apabila Rasulullah s.a.w menceritakan tentang peristiwa ini ramai penduduk Mekah tidak mempercayainya termasuklah beberapa sahabat Rasulullah s.a.w sehinggakan ada dikalangan mereka keluar daripada islam. Adalah menjadi wajib untuk kita umat islam meyakini peristiwa ini tanpa ragu dan sangsi.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. ( al-Isra : 1)

Kisah Isra' Mikraj memberi banyak pengajaran kepada kita seperti berikut:

1. Kita perlulah sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah s.w.t dengan melakukan segala suruhaNya dan meninggalkan segala larangaNya.

2. Menjauhi perkara maksiat dan kemungkaran. Semasa Rasulullah diIsra'kan, Rasulullah melihat banyak penyeksaan terhadap manusia yang melakukan maksiat dan kemungkaran seperti orang yang makan Riba, melakukan penzinaan, mengumpat, membuka aurat, tidak mengeluarkan zakat, tidak mentaati suami, tidak mahu solat, menerima amanah tapi tidak menunaikanya.

3. Satu peristiwa yang amat penting dalam Isra' Mikraj adalah turunya wahyu kewajipan menunaikan Solat. Wahyu ini diturunkan terus dari Allah s.w.t kepda Nabi tanpa perantara Jibrail. Kalau kita lihat inilah satu-satunya wahyu yang diturunkan terus kepada Rasulullah dan ini menandakan bertanpa pentingnya solat dalam kehidupan kita.

4.Dianjurkan memberi salam. Dalam peristiwa Isra' Mikraj Rasulullah s.a.w memberi salam kepada para nabi yang ditemuinya.

5.Peristiwa Isra' Mikraj sebenarnya mendekatkan hati kita dengan Negara Palestin. Dalam surah Isra' ayat satu dengan jelas Allah s.a.w menyebut bumi Palestin yang diberkati. Bumi yang menjadi saksi perintiwa Isra' Mikraj. Bumi yang tempat lahir para nabi dan para rasul serta anbia'. Bumi diturunya wahyu dan penyebaran agama sedangkan bumi ini sedang diratah dan dirampas oleh yahudi laknatullah.

Peristiwa Isra' Mikraj membuka mata hati kita untuk membawa kita kembali kepada islam yang sebanar. Menjalankan kehidupan seharian berpandukan al-quran dan al-sunah. Mengembalikan kegemilangan islam dan merampas kembali bumi palestin dari penjajahan zalim zionis laknatullah....

Monday, July 5, 2010

Merapu

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perjuangan Semua

Aku pun xtahu ape nak tulis sebenarnya.... tengah2 cari mood untuk buat keje akhirnya aku buka blog kot2 ada cerita yang nak dikongsikan. Aku sebenarnya tak pandai sangat nak menulis ni ayat pun lintang pukang tapi ni salah satu alternatif yang aku ambil untuk menambah ketajaman minda aku dalam bidang pernulisan. Kalau nak diikutkan keputusan BM aku dalam SPM pun cukup2 makan je.... tapi takpe la yang penting blog sebagai medan untuk aku menulis seberapa banyak artikal bagi mengasah bakat penulisan aku... hahaha... ada bakat ke aku ni huhuhuhu....

Dalam keluarga aku, hanya ayah aku je yang ada bakat dalam pernulisan... masa muda2 dulu ayah aku ada juga antar artikal kat majalah mustika, tapi mustika zaman dulu bukan cam mustika zaman sekarang yang banyak kisah tentang hantu dan masalah sosial. Penulisan mustika zaman dahulu banyak berkaitan dengan Politik, isu semasa dan berkaitan dengan agama. Sekarang ni ayah aku dah tak antar artikal kat mustika lagi tapi ayah aku masih menghasilkan pernulisan dalam bidang dakwah seperti khutbah Jumaat dan khutbah hari raya puasa/haji. Ayah aku juga merupakan salah seorang ahli panel yang diberi tauliah untuk menulis khutbah Jumaah untuk Pejabat Mufti Negeri Pahang. Kalau tengok koleksi khutbah ayah aku memang banyak dari zaman aku Sek. Rendah lagi sampai la sekarang.

Erm... adik beradik aku cam takda yang berminat dalam pernulisan cuma aku je la yang mengada-ngada nak berjinak dalam pernulisan tu pun dalam blog je la walaupun takda orang yang nak baca blog aku tapi yang penting aku ada blog untuk aku tulis apa yang aku suka. Orang nak baca ke tak baca lantak la hihihi sekurang kurangnya aku ada blog cam orang lain hihihi..... Aku ada juga niat nak tulis khutbah cam ayak aku tapi baru buat mukadimah dah mati ayat... sampai sekarang masih tergendala. Satu masalah dalam pernulisan aku adalah aku selalu tersilap ejaan... entah lah rasa cam betul dah tulis tapi bila baca balik banyak kesalahan terutamanya ejaan dan ayat yang lintang pukang... Walaubagaimana pun setiap pernulisan yang aku buat aku akan cuba semak beberapa kali bagi membetulkan ejaan tapi kadang2 mata aku takberapa nak kesan kesalahan tersebut, namun aku masih mencuba untuk mebaiki setiap ejaan yang aku tulis supaya orang yang baca artikal aku taklah pening kepala hihihihi......

Ok la cam dah datang mood untuk buat keje.... See u againt....

Friday, July 2, 2010

Anak: Kau Anugerah Allah




Assalamualaikum w.b.t

Salam perjuangan semua....

Saya sebenarnya dah lama nak tulis entri ni tapi dek kerana kesuntukan waktu dan dengan liputan 3G celcom yg amat mengecewakan di kawasan perumahan saya menyebabkan entri ini tertangguh sehingga kini....

Tanggal 29 Jun 2010 yang lalu merupakan tarikh ulang tahun kelahiran anak saya yang sulung yang bernama Ahamd Fateh Adam. Sememangnya kesibukan waktu kadang2 menyebabkan tarikh sepenting ini berlalu tanpa disedari walaupun tiada niat di hati. Nasib baik juga la tarikh tersebut merupakan tarikh temujanji anak untuk ke Klinik kesihatan Ibu dan Anak di Telipok, KK bagi pemeriksaan rutin ketika umur memasuki 2 Tahun. Sedar tak sedar anak semakin membesar dan dah pun memasuki 2 tahun pembesaran. Masa berlalu bergitu pantas tanpa disedari namun kasih sayang yang dicurahkan tidak pernah putus. Mendidik anak yang semakin membesar memerlukan kesabaran yang tinggi untuk melayan setiap kerenah dan tingkah lakunya ditambah lagi dengan anak lelaki yang semestinya agak nakal seusia ini. Walaupun kadang2 kesabaran ini agak tercabar untuk mempertahankanya.

Dalam keadaan zaman sekarang ini, mendidik anak bukan la perkara yang mudah dengan keadaan sosial yang meruncing. Kita dapat lihat sekarang ini di media-media elektrik dan elektronik terpampang isu penderaan anak sehingga membawa maut, Isu keruntuhan rumahtangga yang memberi kesan kepada pembesearan anak2, isu pembuangan anak dan banyak lagi isu2 lain yang melibatkan anak2 kecil yang tidak mengerti kenapa ianya terjadi.
Kalau diikutkan pada zaman mak ayah kita dulu jarang ada isu2 sebegini. Perkembangan zaman yang semakin moden menzahirkan persekitaran kehidupan yang semakin mencabar. Kita didedahkan dengan persekitaran yang tidak sihat melalui sumber2 seperti TV, Radio, Majalah, Internet, kemasukan budaya barat dan banyak lagi yang menjadi punca persekitaran yang tidak sihat. Semua ini memperngaruhi minda kita dan akhirnya dizahirkan dengan perlakuan yang bertentangan dengan normal kehidupan.

Kehidupan yang semakin mencabar terutamanya dibandar bandar besar sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada kehidupan berkeluarga. Suami isteri bekerja untuk mencari nafkah bagi meneruskan kehidupan menyebabkan kadang2 anak terabai tanpa belaian kasih sayang. Keluar pagi balik malam, kadang2 muka anak pun dapat ditatap pada hujung minggu sahaja. Bagi anak-anak yang kecil dihantar ke pusat jagaan dan mungkin waktu menghantarnya ke pusat jagaan anak masih tidur dan mengambilnya setelah pulang dari kerja anak pun sudah tidor. Masa bersama anak sudah semakin kurang, anak dibiarkan membesar tanpa perhatian sepenuhnya ibu bapa. Keadaan kadang-kadang tidak memberi perluang kepada kita untuk membuat pilihan yang terbaik buat anak-anak. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik bagi anak-anaknya tidak kira dalam keadaan apa sekalipun, namun kemahuan yang terbaik itu susah untuk direalisasikan.

Anak akan membesar dalam suasana keluarga yang kita bina. Kalau suasana keluarga yang harmoni mungkin anak boleh membesar dengan sempurna namun sekiranya suasana yang dibina dipenuhi dengan tekanana, emosi dan tingkah laku atau pun contoh yang tidak baik mungkin juga anak akan mebesar mengikut acuan suasana yang sedemikian. Anak ketika berusia 0-7 tahun akan mencerap maklumat yang diterimanya, anak yang berusia 7-14 tahun akan mengikut modal yang ada disekelilingnya seperti adik beradik dan mak ayah, anak yang berusia 14-21 tahun pula akan menzahir tingkah laku yang terhasil dari maklumat yang diperolehi dan dari modal yang dicontohi.

Anak bukanlah bola yang boleh disepak dan ditendang. Anak bukanlah batu kecil yang boleh dibaling dan dilempar bergitu sahaja tetapi anak adalah anugerah Allah yang perlu dijaga, diasuh dan dibelai bagi menzahirkan generasi pewaris negara. Ya... mungkin satu dua tingkah laku ibu bapa yang bertindak bertentangan dengan emosi rasional bukan lah menandakan kasih sayang telah terputus tetapi kadang kala kawalan emosi agak terganggu menyebabkan pentafsiaran yang negetif dizahirkan. Pada fitrahnya anak yang dilahirkan ada suci, bersih dan tiada dosa tidak kira apa agama ibu yang melahirkanya, terpulang la kepada kita untuk mencorakanya sama ada mahu menjadikanya muslin, yahudi mahupun nasrani.

Kepada anak ku Ahmad fateh adam: Setiap saat abah menyayangi mu dan setiap detik abah mengingati mu...